Assalamualaikum. Kalini maq nak kongsi perjalanan Ainul Mardhiah dari hari pertama dilahirkan hingga habis pantang ( 44hari ). Semua hasil idea ini hanya untuk tatapan Ainul Mardhiah bila beliau dah besar nanti. Ainul Mardhiah ..awak adalah cucu pertama Tok Emak dan Tok Ayah . Kami semua sayang awak ... Ini gambar pertama Ainul. Papa hantar ke group whatsapp family. Masa ni airmata kesyukuran je mampu terluah. Dalam hati beribu ucapan Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah... Terima kasih Allah.. Mesti Ainul nak tahu , Kenapa mama kena operate? Bila dah lebih 9bulan dalam kandungan , pada 3hb April ,mama sudah "bleeding" tapi jalan tak bukak lagi. Masih jauh. Doktor doktor KKM dan doktor pakar dah buat scan berkali kali dan akhirnya keputusan diperolehi. BABY BESAR ! maybe 4kg or more ! Allah hu..sejarah kini berulang. Kalaulah betul baby 4kg , makanya kelahiran serupa bagi mama ainul sebab beliau pun dulu lahir dengan berat 4kg ! Dan kelahiran adalah N
" Sejenis emak emak yang suka membebel beri nasihat,berpesan pesan dan menyayangi kerana Allah"