Skip to main content

Posts

Showing posts with the label palestin

Gencatan Senjata di Gaza

  Bismillah, 10/10/2025 - Gencatan Senjata di Gaza. Rujuk pada  gambar*** Mereka ini semua dihalau secara paksa. Bukan sekadar dengan kekerasan fizikal tapi dipaksa dengan peluru dan bom. Terpaksa lari meninggal rumah.  Dipaksa tinggalkan semua yang mereka bina bersama keluarga. Ada yang berpisah dengan ahli keluarga. Ramai yang terbunuh. Hancur semuanya.  Ditinggalkan tanpa ada berita apakah masih ada sisa untuk mereka kutip.  Lari jauh-jauh tanpa kenderaan.  Sejak semalam mereka mula berjalan kaki. menghala ke arah ‘rumah’ mereka yang dulu. Bersama harapan yang sangat tipis untuk mereka bina kembali.  Kita sendiri pun boleh tahu yang tinggal mungkin kenangan. Gambaran rumah yang dulu. Sekarang cuma ada runtuhan. Air tak ada, elektrik tak ada. Malah duit pun mesti dah tak ada.  Namun mereka punya semangat. Yang bertunjangkan iman.  Mereka yakin Allah pasti akan membela mereka. Kalau bukan di dunia, pasti di akhirat sana. Aaminn 🤲🏻 Credit t...

Palestin di Gaza - Oktober 2025

  Bismillah, Keadaan Gaza pada Oktober 2025 Gaza kini hampir musnah sepenuhnya selepas lebih 700 hari pengeboman berturut-turut oleh rejim Israel dengan 90 peratus infrastruktur wilayah itu dimusnahkan dan kerugian dianggarkan melebihi USD68 bilion (RM320 bilion), menurut laporan rasmi Pejabat Media Kerajaan Gaza (GMO). Dalam satu kenyataan pada Isnin, GMO menyatakan bahawa serangan berterusan Israel sejak Oktober 2023 telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 76,600 penduduk Palestin terbunuh, manakala 9,500 lagi dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan. Daripada jumlah korban itu, lebih 20,000 merupakan kanak-kanak, 12,500 wanita, serta 2,700 keluarga telah terhapus sepenuhnya daripada daftar penduduk. Selain itu, 1,670 petugas kesihatan, 248 wartawan, 139 anggota pertahanan awam, dan 173 pekerja majlis perbandaran turut menjadi korban. Lebih 162,000 lagi dilaporkan cedera, termasuk ramai yang mengalami kecederaan kekal seperti kehilangan anggota badan, lumpuh, dan buta akibat s...

Teruskan Usaha Untuk Iman dan Amal

  Bismillah, 11 Ramadhan 1446 H Apa khabar dunia hari ini? Bawah ini adalah keratan akhbar yang disiarkan pada hari Isnin 10 March 2025. Dan pada hari Selasa : "Kami akan menjadikan Laut Merah seperti neraka bagi anda." Itu kata kata dari seorang komandan militer Yaman hari ini (Selasa) menanggapi ancaman Presiden AS "Donald Trump" yang mengatakan bahwa "pintu neraka akan terbuka bagi Gaza" Dan Yaman juga akan menjadikan Laut Merah sebagai neraka bagi Amerika. Hasbunallah wani'mal wakeel... Sumber : telegram  Post kali ini bukan bermaksud maq nak ajak korang pergi berperang.Tapi sekadar nak berkongsi sesikit tentang dunia hari ini dan nak ajak korang " top up " mana yang masih lagi kurang. Jom guys,kita lebihkan usaha dan kerja keras untuk top up iman dan amal. Bagi Maq ,Peperangan mustahil berhenti ,selagi bumi ini masih berputar.So korang jangan risaukan sangat.Kita ada Allah. 🗨️ jangan lupa berselawat. Ada orang  bertanya kenapa kita nak ...

Khabar Apakah Malaysia Hari Ini

  Bismillah, Bila usia sudah semakin menua, bohonglah kalau cakap hati ni tak risau pasal anak cucu. Kerana merekalah waris yang bakal ditinggalkan. Dan mereka jugalah saham yang bakal memberi hasil bila kita dah "balik" ke sana nanti. Pernah terbaca satu nasihat,jangan terlalu berfikir tentang masa depan yang tak pasti dan jangan terlalu menyesali tentang masa silam yang sudah berlalu pergi tanpa erti , tapi nikmati waktu yang sedang dijalani supaya keindahan itu tidak merugikan diri. Bila difikir semula,ada betul juga kata kata tu,kita ni asyik lah nak risaukan masa akan datang padahal waktu yang sedang kita hadap itulah yang sepatutnya kita manfaatkan.Lepastu nanti bila momen dah terlepas pergi ,kita pulak rasa nyesal sebab dah mensia siakan peluang. Tajuk entri Khabar apakah Malaysia hari ini ? Apa ceritanya?  Korang cari kisah di laut China Selatan,kemudian cari pula kisah cerita di Pulau Pinang.Lepastu korang fikir fikirkanlah bebaik. Okey, bagi pihak maq secara peribad...

Isu Palestin,Ramai lagi Muslim Tak Peka

Bismillah, Ramai muslim yang terkenal dan dikenali dan langsung tidak dikenali di Malaysia ini takut nak update pasal kekejaman Israel & tentang penyiksaan rakyat Palestin? Ada setengah tu pula,langsung tak ambil iktibar dengan penderitaan rakyat palestin.Tapi buat kenyataan bahawa mereka sukakan keamanan. Ah sudah.. Malah ada yang sanggup mereka reka cerita yang tak masuk dek akal.Cerita yang berat sebelah ,yang kadang sengaja direka untuk menutupi kesalahan yang memang sah sah salah. Maq sendiri terpaksa buka semua laman sosial yang maq ada demi untuk meyakinkan diri agar tidak salah infomasi.Isu palestin ni bukan isu korang sokong siapa tapi isu ni tentang keamanan.Tentang kemanusiaan.Dan juga tentang keagamaan. Apa maknanya  mengaku muslim tapi tak perihatin langsung dengan muslim yang lain. Benda dah puluhan tahun berlangsung tapi dunia macam tak ambil peduli. Pada harini ,berita terkini di Gaza,Israel  menyerang hospital yang sedang merawat mangsa perang yang sakit ....

Palestin di Gaza - Oktober 2023

Bismillah, Palestin di Gaza. Meruntum jiwa tua maq bila dalam beberapa harini laman laman sosial asyik menyiarkan penderitaan anak anak kecil & wanita wanita disana berjuang untuk hidup. Lebih 70 tahun mereka menderita.Namun keturunan mereka tak pernah mengalah dengan musuh. Hidup & Mati mereka bersama Allah.Anak anak kecil lisannya sentiasa berzikir dan bertakbir,kuat sungguh iman mereka. Betullah sesetengah pendapat mengatakan, seluruh dunia telah ditawan oleh yahudi laknatullah hanya Palestin je mereka belum berjaya tawan. MasyaAllah.Semua itu adalah benar. Nota kata : Maq pernah tonton satu video ceramah seorang ustaz,beliau kata ,bila jiwa kita sedang celaru atau tengah bersedih atau ada masalah yang sangat berat,zikirlah zikir nabi Yunus. Baca banyak mana yang termampu.Lagi bagus buat waktu bangun sepertiga malam (lepas solat tahajjud ) video :Palestin hari ini 17/10/2023 sumber : telegram HasbunaAllah wane'mal waqeel..