Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Ainul Petah Membebel

Assalamualaikum. Sejujurnya maq ngaku,maq memang kuat bebel ,kuat bersembang, tidur je maq senyap. Tapi tu perangai dalam rumah la, kalau diluar rumah maq senyap sepi jek ,i kan pemalu orangnya ,heee.. Tengok..pemalu sangat , bergambar pun menyorok kat belakang cucu , kikiki  Dulu maq ingat dalam keluarga ,maq sorang jelah yang suka bercakap ,anak anak biarlah ikut perangai ayah dia  yang lebih kepada krik³ (pendiam ) dan ternyata ,anak anak maq memang pendiam ,alhamdulillah..kecuali yang nombor dua tu suka buat lawak selamber.  Tapi sekarangni ,bila muncul si cucu pulak ! Nah ! Tu diaaaa.. Nonstop ! Mandi ke, makan ke,menonton ke dia memang kuat membebel. Kadang siap package nyanyi lagi , 😂 Biarpun butir patah perkataan masih langsung tak jelas ,namun riak muka dia ,maq macam paham je apa yang cuba dia nak katakan. Ada orang kata ' connection ' tu kena ada ! Haha dan tak semua orang boleh paham apa baby cakapkan tau. Mungkin kat Batu Pahat ni ,maq sorang kot yang

Selawat Makkiyyah

Assalamualaikum. Sempena sambutan maulidulrasul di Taman Bukit Perdana yang lalu , group whatsapp Biro , ada membuat aktiviti sampingan sebagai aktiviti maulud. Kami ahli ahli group whatsapp selawat makkiyyah telah membaca selawat makkiyyah berjemaah di Masjid Al Azim ,Taman Bukit Perdana ,pada petang tersebut. Kitab yang digunakan. Antara jemaah yang hadir untuk menjayakan Ahli kumpulan yang terdiri dari ibu ibu ditaman kami Kumpulan makkiyyah 6 ( kumpulan maq ) Kumpulan ini baru setahun ditubuhkan di Taman kami. Aktiviti berlangsung digroup whatsapp setiap hari. Apa kah selawat makkiyyah? Bawah ini serba sedikit infonya. Kalau quran mempunyai 30juzuk ,tapi selawat makkiyyah ini hanya mempunyai 7 hizib. Bagi kami ahli kumpulan , setiap hari kami perlu habiskan 1 hizib . Bermula dari waktu maghrib hinggalah maghrib keesokan harinya. Sebelum selawat ,ahli kena niatkan pahala bacaan untuk siapa ,pastinya pertama untuk rasulullah dan ahli keluarganya

Me Time

Assalamualaikum. Bila jadi suri rumah sepenuh masa ni, rutin kita memang 90% akan dihabiskan dirumah. Masa ,usia , kerjaya , apa je aktiviti memang dirumah. Kalau nak keluar pun kena tunggu encik suami free. Itu pun biasanya habiskan masa di pasaraya sebab nak cari barang dapur. Dan bila ada urusan peribadi yang perlu diuruskan ,barulah dapat melebarkan sayap keluar dari tempat tinggal. Hal ini pun bukan selalu berlaku , lebih kepada jarang jarang. Selebihnya memang dirumah sahaja. Sebagai surirumah tegar ,berkerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa masuk tahun ke 25tahun dah , maq akui ,bukan mudah kerjaya ini. Tak perlulah maq taip panjang lebar tentang kerjaya ni sebab semua orang dah tahu. Selagi celik mata ,kerja ,kerja ,kerja..kan? Ye kita kan ,kan ajalah hehe Bagi ibu ibu muda ,kadang tekanan tu akan datang mendampingi jiwa. Kan? Haha kan lagiiii.. Rasa letih ,bosan ,sunyi , 2,3belas ribu ratus perasan datang ..aduhai paham paham sudahlah. I feel you sis , 😂. Tapi nak ta

Kawasan Larangan Merokok 2019

Assalamualaikum. Beberapa hari lagi 2019 muncul dalam kamus hidup kita. Di Malaysia , banyak hal akan terlaksana bila tiba tahun baru ini. Walaupun pemakaian kasut hitam untuk murid murid sekolah belum berkuatkuasa  sepenuhnya , tapi terdapat ibubapa mula bersuara ,harga kasut hitam murid sekolah dah naik . Okey ,itu lah hakikatnya. Tapi pada maq ,kalau tak berkuatkuasa pun pemakaian kasut hitam disekolah sekolah ,harga kasut itu tetap akan naik , sebab cukai pembekal sudah naik. Jadi ,jangan salahkan penjual kerana harga naik kerana ianya kesan dari pembekal. Redho lah.. Apa pun ,ini juga antara tanda tanda akhir zaman. Kata ustaz , tanda akhir zaman ,harga barang barang naik. Waallah hua'lam , Allah yang maha mengetahui pada setiap kejadian. Selain isu kasut , isu perokok juga telah berkuat kuasa dan ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Apa dia ? Info ini maq dapat dari group whatsapp . Selain Kementerian berikan jarak 3meter perokok dari meja

Jaman Tory ,Kuantan

Assalamualaikum. Ketika diKuantan , anak dara kedua tu sibuk nak makan tengahari berlauk ikan patin. Kami sekeluarga memang pengemar ikan patin. Masaklah resepi apa pun tetap suka! Selepas check google ,kami pun terjah kedai ikan patin tempoyak di Jaman Tory ,Kuantan. Tak jauh pun dari pusat bandar. Senang je waze carikan. Ketika kami sampai ,pengunjung dah memenuhi meja meja dalam kedai tu walaupun jam baru menunjukan pukul 12tengahari. Okey ,maq pesan ikan patin tempoyak satu set. Begitu juga anak anak ,manakala encik suami pilih kerang bakar sebagai penambah menu. Bila makanan sampai , wow ! Berbaloi ! Ikan yang  dipotong sungguh memuaskan hati. Si aida makan sepotong bahagian ekor pun tak habis .ikannya segar ! Tempoyaknya pedas berasa ,memang sedap ya ampunnnn.. Tak sia sia kami pilih Jaman Tory untuk menikmati ikan patin tempoyak ini. Sedikit gambaran kedai tersebut ketika maq kesana tempuhari. Bawah ni model ikan patin ! Hehehe Menu pilihan maq?

Casa Adelia Guest House ,Kuantan

Assalamualaikum. Ketika berkunjung ke Terengganu ,maq tidak tidur disana pun sebab anak maq sudah book in homestay di Kuantan. Semua ini hasil dari risikan di rumah pak google. Kalau anda nak tahu , maq dan ahli keluarga lebih selesa tinggal dihomestay berbanding hotel. Ini disebabkan suasana rumah tu buat kami rasa lebih selesa dan tidur malam pun bakal lena. Dan di Casa Adelia guest house diKuantan ini , ianya merupakan homestay ke empat milik  pengusaha.  Baru beroperasi pada bulan oktober 2018 baru baru ni. Waw ! Dasyat kan ? Dengan harga rm 150/ malam , dan kelengkapan rumah yang ringkas , bilik utama dan bilik ke dua berpenghawa dingin. Dua bilik air . Dibelakang ada 2 lagi bilik yang memuatkan 3biji katil bujang ,maq rasa 1/2 keluarga menginap disini dalam satu masa pun masih rasa selesa. Seperti homestay lain , kelengkapan lain seperti  petiais , cerek elektrik ,periuk nasi elektrik , iron dan iron board , telekong dan sejadah, bath shower , gula , teh ,garam dan ais cu

Jalan Jalan Pantai Timur 2018

Assalamualaikum. Harini nak berkongsi pengalaman. Minggu lepas ,pada 17hb Disember 2018, maq dan keluarga berkesempatan berkunjung ke salah satu negeri pantai timur iaitu negeri Terengganu. Lokasi sasaran kami ialah pengkalan maritim ,Kemaman. Kenapa kami kesitu ? Ya , ibu dan bapa saudara maq tinggal dan berkerja disitu , alhamdulillah. Apa yang menarik pada hari tersebut ,ayah saudara maq pelawa kami sekeluarga meninjau kapal maritim yang diberi nama K.M. Bagahak. Dasyat ! Bawah ini antara gambar yang sempat dirakamkan. Tuan dan Puan. Terima kasih berkongsi pengalaman. Banyak ikan siakap kat sini..itu kata abang kawasan Ehemmm.. Gaya kena lebih, padahal semua takut bila kapal goyang goyang. Ini yang belakon Titanic tu kah ? Tua dah.. Bilik mesyuarat yang sangat sangat terhad ruangnya. Tapi itulah tempat petugas berkerja. Ni kalau nelayan asing nampak terus serah diri ,padahal belum diberi arahan menyerah  pun lagi. Katanya bila malam,ramai

Jangan Cepat Besar Nanti Rindu

Assalamualaikum. Bila jaga baby sejak dia lahir hingga dia membesar dari hari kesehari , suasana tu orang lain tak boleh nak kata apa lah. Dia punya keseronokan hanya tuan badan je yang tahu. Bayangkan dari si baby tak tahu apa apa hingga dia dah boleh buat macam macam keletah ,dan semua itu terjadi didepan mata kita ! Subhanallah .. Mungkin orang lain kata " heyy cepat jek dah besar budak ni ..." Tapi pada maq " heypp.. Bio lah dia .. Kalau boleh nak dia macam tu jek. Nak dukung hari hari , nak peluk hari hari , nak cium bau masam dia bangun tidur hari hari. Nak mandikan hari hari sampai maq basah kuyup kena percikan air mandi . Nak  tengok dia gelak ,nak tengok manjanya dia nangis . Ehh .. Boleh kata semua lah maq nak tengok benda yang sama hari hari! Tapi dapat ke? Pasti takkan sebab proses tumbesaran manusia memang berlaku ! Contoh jek jaga Qaisara , dulu  masa baru jaga ,usia Sara 6bulan. Seronoknya bagi fokus kat dia ,layan karenah manja dia. Sekarang Sar

PassPort

Assalamualaikum. Bila dah jadi suri rumah sepenuh masa. Kemudian dengan kerjaya sebagai babysitter sepenuh hati , peluang untuk berjalan jalan atau melancung memang tak ada. Kerana selain kekangan masa yang terhad ,bajet pun tak ada hehe. Minggu lepas , ketika kemas laci tempat simpan dokumen diri sendiri dan  anak anak . Maq terjumpalah satu harta peninggalan Ahmad Albab , 😂. Aikk ..Apakah ? Tengoklah betapa legend nya passport maq. Dah boleh masukan dalam list barangan antik kot. Atau mungkin jadi bahan sejarah di museum negeri ,😂 Buat pada  4/12/1988 ! Kalau nak tahu, passport ni guna sekali je . Masatu maq dan family pergi ziarah makcik belah ibu dan abah kat Singapura.  Masa tu umur maq 21tahun . Lahai kenapalah takda group travel masa tu ek? Kalau tak mesti maq guna passport tu tiap tiap bulan . 5tahun tu !  Okey , ternyata ,bukan dah jadi isteri orang jek maq ni tak bebas sesuka hati kesana sini , masa bujang terang tang tang pun tak dapat juga  kebebasan na

Khasiat Air Kelapa Muda.

Assalamualaikum. Bila tekak dahaga , dapat minum air kelapa pasti sedap. Dalam kesegaran air kelapa , ada banyak khasiatnya. Lihat penjelasan pada gambar bawah ini. Semuga beri manfaat. 

Kek Oren Legend

Assalamualaikum. Masa korang kecik dulu , emak korang mesti suka buat kek masa hari raya ,kan? Era tahun 70an /80an - kek adalah kuih wajib untuk tetamu berkunjung. Selain dodol ,baulu , kuih bangkit ,kuih siput , tumpi ,rempeyak. Dan paling legend ialah kek oren ! Pernah makan tak? Dulu dulu kita takda cookies ,takda almond london , takda kuih batik ,kek leleh ,tak ada tart cheese. Kek oren ini bezanya pada rasa dia. Kalau kek oren sekarang cuma letak bahan perasa oren saja tapi ,kek oren legend , diaorang masak kek tu dicampur dengan kulit oren yang telah disagat halus. Sagat tau kan? Maaflah gambar kulit oren yang disagat tu maq lupa ambil. Seronok sangat masak , sampai lupa ambil gambarnya. Bahan bahan kek oren. Tepung kek 2cawan Margerin 1cawan Gula 1cawan Kulit oren parut dari 2biji oren Telur 2biji Pewarna oren Ovelet 1sudu Perasa oren (kalau tak ada  pun boleh ) Caranya : Blend semua bahan , kecuali tepung dan kulit oren. Bila dah ringan dan kembang ,masukan d

Kek Pisang

Assalamualaikum. Bila cuti sekolah , anak maq yang bongsu memang suka buat kuih. Biasanya dia akan masak kek. Tapi minggu ini bila dia dah sibok melayan anak buah dia si Ainul Mardhiah tu ,maq pulak ambil tempat,  berjinak jinak dengan oven . Lama dah tak masak kek pisang .. Aida jaga ainul ,maq buat kek ! Eah ?  * aida anggukkan kepala jek . Dia memang tak banyak bantah ,gelak je dia suka bedekah ! Grrr..anak dara siapa ntah.. 😒. Kek pisang sebelum letak toping.. Bahan kek Pisang. Pisang 2cawan Tepung gandum 3cawan Serbok baking powder 1sudu teh Gula 1cawan Minyak masak 1cawan Telur 2biji Esen vanilla 1penutup Cara : Tepung + serbuk baiking powder diayak. Telur + gula + pisang + esen vanila  diblend sampai kembang. Bahan yang dah diblend tu masukan dalam mangkok adunan. Masukan tepung yang dah diayak sikit demi sedikit. Gaul sampai habis tepung ( akan rasa berat sebab adunan mampat ). Masukan minyak masak. Kacau perlahan lahan sampai adunan sebati. Pana