Assalamualaikum. Tertarik dengan perkongsian ini. Jom baca supaya kita sama sama dapat perbaiki diri kita pada mana yang perlu. Terutama kepada emak emak diluar sana. Tanpa kita sedari, semakin besar anak anak, semakin besar tanggungjawab kita ni. Ye, itulah realiti... [ BILA SEORANG IBU BERSANGKA BURUK PADA ANAKNYA ] Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, cukup degil dan tak boleh buat apa-apa dah.. Umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata. Saya dah tak nampak jalan nak buat camana katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya amat bertuah dan beruntung.. Tapi saya memang rasa mustahil.. Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat. Ish! ustaz ni, takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer.. Jawab saya, puan tukar sangkaan dan doa