Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

Pesanan menjelang 2021

  Assalamualaikum. Terjumpa nota ringkas yang berpesan pesan perihal undang undang pertama menjelang tahun 2021. Katanya... Okay,'take note'  ..

Kita belum menang

  Assalamualaikum. Ingatkan 31 Disember 2020 ,kita dah tak payah nak berpkpb lagi,rupanya jangkaan meleset. bersambung tu sampai tahun depan. Batu Pahat pun  join the team !  Inilah suratan ,bukan kebetulan. Bersangka baiklah dengan Allah,pasti ada hikmahnya untuk semua yang terjadi ini. Apapun, ibuayah jangan lupa pasal anak anak yang nak bersekolah. Pantau mereka sebaik mungkin sebab hujung Januari 2021 mereka dah mula keluar rumah untuk ke sekolah. Pastikan kesihatan mereka betul betul terjamin barulah dilepaskan kesekolah.  Maq kesian kat anak anak yang bersekolah pada tahun 2020. Mereka tu pelajar sekolah tapi macam tak sekolah. Bukan je kesian kat murid murid ,kesian jugak kat tenaga pengajarnya. Semoga mereka lebih tabah ditahun baru kali ini. 2021 hadirlah dengan sinar baru.. Yang pasti hingga tamatnya detik 2020 ,kita masih belum menang..😭

Kuah pecel

  Assalamualaikum. Maq jumpa resepi ni kat facebook. Sedap kuah pecel /kuah kacang ni kalau makan dengan sayur celur dan tauhu,tempe goreng. jom baca resepi. Goreng dgn minyak semua bahan. Sekilo kacang tanah rm2 cili kering Segenggam ikan bilis seketul ubi keledek,buang kulit dan potong nipis Bawang kecik 15 biji, racik halus (saya guna 2biji  bawang besar) belacan (agak2 dlm 2 inci) Cara membuatnya, tumbuk/blend kering , Cili,ikan bilis,bawang,ubi keledek (tumbuk dgn lesung batu pun boleh) tumbuk/blend kacang jangan sampai halus.. Gaul rata semua bahan yg di tumbuk/blend. Tabur 2 cawan gula, satu sudu aji (kalau suka) dan 2 sudu besar garam.. Gaul sekata. Kalau tumbuk dgn lesung, boleh tumbuk sekali lagi untuk bagi sekata... Cara bancuh : Air asam jawa (agak2 la masamnya ye) gaul dgn kacang yang ditumbuk tadi..Jangan cair sangat dan taknak pekat sangat.. Gaul dgn timun,kangkung,pucuk ubi,kacang panjang,tauge yg telah dicelur serta tempe dan tauhu yg telah di goreng.. Masyaallah,sedap

Bila anak bersuara nak kawin

 Assalamualaikum. Musim wabak ni,kerajaan senantiasa update pasal kawal pergerakan yang tak menentu asbab kes yang kadang meningkat,kadang menurun dinegara kita. Hati semakin jadi celaru bila tetiba anak bersuara , "mak..bila orang ni dapat kawin ni? SOP sana ,SOP sini. PKPB sana ,PKPD sini. zon merah disana ,zon merah disini.." maq cuma mampu bersuara.. 'sabo sikit boleh tak?kita tak tahu apa cerita hari esok. Malaysia ni boleh berubah ubah undang undangnya. mak dengan ayah pun pening..' Kesian kat anak maq ni, tahun 2020 ni umur dia dah masuk 25 tahun.Dia cakap dia dah tua ! hahaha alasan je tu ! Maq dan suami pun berbincang.Dan apakah hasil perbincangan ?  okey ,kita nikahkan je dia dulu. Tak perlu ramai orang .Hanya family pengantin perempuan dan family pengantin lelaki. Total 20 orang . Maq suruh anak siapkan dokumen nikah mana yang patut. Kalini agak lain sedikit sebab dapat menantu dari luar Johor. So persiapan ambil masa.Lebih lagi pkpb yang sedang berlangsung

Sepetang bersama Ainul Mardhiah

 Assalamualaikum. Cucu maq si Ainul Mardhiah tu dah pun berusia 2 tahun 8 bulan. Sekarang ni mulut dia dah petah bercakap walaupun butir kata tu kadang boleh lah nak paham tapi kadang tu langsung tak dapat nak dipahamkan. Ada masa boleh jadi gaduh sebab kami tak tau apa yang dia mahukan melalui kata katanya. Bawah ni perbualan antara kami bertiga ,waktu  sama sama melepak dalam bilik mak usunya Ainul ( anak maq nombor 3 ) entah macamana boleh pulak dia sendiri gelar diri dia 'baby' ,kami pun tak panggil dia baby tetiba je dia ngaku dia baby. Maq pun layankan jek hehehe.. Ainul Mardhiah - semoga menjadi anak yang mudah dididik oleh mama dan papa. Menjadi penyeri dalam  keluarga kecil kami. Dan menjadi kakak yang penyayang kepada adik adiknya  nanti,inshaallah..Aamiin.. saranghea ♥️

Cara tukar nombor fon kat akaun Rhb

  Assalamualaikum. kalini maq nak kongsi pengalaman maq tukar nombor fon dalam akaun bank di Rhb bank. Urusan ni maq terpaksa buat 2 hari. Pertama sebab hari dah petang,masa suntuk.Tujuan pergi bank semata mata sekadar nak bertanya caranya sahaja. Nombor giliran pada hari pertama. di Kaunter nombor 4: ye puan, apa boleh saya bantu? cik.. boleh saya tahu bagaimana nak buat penukaran nombor fon dalam akaun bank?  okey,puan kena bawa pengesahan yang mengatakan puan dah guna nombor baru. Boleh tanya dikedai fon. Puan guna prepaid atau postpaid? saya guna prepaid.  okey ,pergi kedai tanya diaorang macamana nak buat pengesahan tu. Yang penting ada nama puan dan nombor fon yang baru. print dan bawa ke sini .Nanti kami proseskan. okey,terima kasih ,cik.. maq pun pergi ke kedai umobile di Bukit Pasir. Ada 2 kedai mobile disitu.  Masuk kedai pertama.Bila maq kata maq nak dapat kan pengesahan dari kedai untuk urusan penukaran nombor fon dibank, ini yang maq dapat. Ada nombor fon ,ada nombor mykad

Sembang Orang tua

  Assalamualaikum.. Puan Anim. Sahabat maq merangkap besan pertama maq. Inilah perbualan  orang tua seperti kami bila berkesempatan chat diwhatsapp.  Mengenang pasal salah sendiri,mengaku untuk kesilapan sendiri.  Sembang orang tua ni tiada dah istilah nak membawang lagi sebab usia ni dah sipi sipi. Entah esok,entah lusa ,entahkan hari ini ianya akan terhenti. Sebab itu kami akan pilih untuk mengalah bila orang keliling buat karenah. Diam dan memaafkan. Kadang timbul rasa malu kat Allah bila anak buat perangai. Bila suami berjaya menguris hati tua ni dengan kata kata dengan perbuatan tapi kami tetap redha. Buat je macam tiada apa yang berlaku. Pedih hati kami tahan sendiri. Dalam hati sering mengaku inilah balasan pada dosa dosa silam kami.. Semoga kami 'kuat' sebelum kami pergi. Aamiin...

Selamat tinggal maxis

  Assalamualaikum. Bila dapat tahu nombor fon maxis maq kena block, anak menantu dan anak maq ( Along ) tawarkan diri untuk hantar maq uruskan masalah simcard tu.Tanpa berfikir panjang ,maq pun terus kata , "ok,boleh jugaklah.." Walaupun plan awal nak tunggu je encik suami balik kerja pukul 4.30 petang  kemudian kami ke kedai maxis yang berhampiran. Mula mula mereka bawa maq ke pergi kedai maxis pertama. Pekedai tu kata , "kalau nombor kena blocked you kena guna postpaid selama 6 bulan dengan harga rm98/bulan. Kemudian lepas 6 bulan you akan dapat balik nombor lama you yang dah kena blocked tu." Kami pergi kedai maxis yang kedua pun ,mereka beri kata putus yang serupa. Guna postpaid selama 6 bulan dengan kos rm98/bulan. what?ini dah macam kena denda dengan maxis je ni. Padahal maq bisnes apa je untuk bayar bil internet sebanyak tu? wifi Yes kat rumah tu dah rm 90 + bil maxis ni pulak rm 98 . Bayar rm 188 sebulan untuk internet semata bagi maq ini adalah satu pembazi

SIM Card expired

 Assalamualaikum. Bila dah 24 jam hanya guna wifi Yes kat rumah. Maxis hantar sms pun maq dah tak perasan.  "Penting! " Haaa..padahal orang tu dah cakap penting kot. Allahhu memang tak perasan langsung.Yang maq ingat, dalam nombor tu ada dalam rm28.00 jumlah kreditnya .Expired date langsung maq ingat.  Harini 15/12/2020 - simkad maq dah kena block dengan hotlink. Untuk kisah selanjutnya ,tunggu maq update lepasni. Banyak nak kena buat. Abaikan wallpaper tu. POCO M3 memang setiap masa akan update wallpaper .  ..Emergency call only..hehehe 

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,hasilnya tidak mengecewak

Jiwa Otai

 Assalamualaikum. Bila mood memasak takda ditambah pulak anak nak belanja nasi beriani kambing,okey kita santai kat blog kejap ye sementara runner datang hantar nasi. Gambar : nasihat dari Boss dari group stokis D' Calysta  Alhamdulillah, bila dah masuk era awal usia 50an. Mood nak bersuara tu adalah satu masalah bagi maq. Lebih lagi nak 'cakap lepas'.  Kadang kadang dah taip,delete,pastu taip lagi ,delete lagi,pastu taip lagi,last last delete dan terus tak taip apa pun.  Alasan? Takut ayat yang ditaip nanti bakal menyakiti oranglain,walhal niat asal bukan untuk menyakiti tapi sekadar nak luahkan pendapat je.  Dulu..ye dulu dulu la ( zaman darah mudah panas ) sesedap jari je menaip ngata itu salah,ini salah. Padahal maq  sendiri yang salah . Baru harini perasan bersalah nya hehe.  Bila difikirkan semula buat apa nak risau pada hal hal remeh. Dari meluah lebih baik diam. Diam dan renung dosa sendiri. Dosa yang bukan sikit sikit. Itu je mampu  dibuat sekarang ni.  Serius ,bil

Nota Buat Diri

  Selamat malam dan selamat tidur.

POCO M3 sempena 27 tahun

  Assalamualaikum. Alhamdulillah 27-11-2020, genap 27 tahun maq dan encik suami mendirikan rumahtangga. Syukur dalam suka ,dalam duka,akhirnya kami melepasi fasa ini. Semua dengan izin Allah. Ini rezeki kami. Sempena 27 tahun ni jugak, maq dapat hadiah istimewa dari encik suami. Beliau ni tak reti nak bersweet sweet tapi apa yang beliau buat pasti maq paham. Itu adalah tanda kasih ,tanda perihatin dan tanda dia menghargai. encik suami : abang belanja fon ,nak ? tapi tak mahal lah. maq : serius la??? encik suami : ha ah,pilihlah. Nanti tanya menantu kita fon apa yang terkini ,harga mampu milik dan power. menantu kami cadangkan POCO M3. Katanya produk ni baru je keluar oven. Jenis mak mertua tak reti pasal fon 👆 POCO M3 bateri 6000mah!  Mulanya maq nak yang warna kuning yang harga paling rendah tapi kata anak menantu, kedai takda stock. Yang ada cuma 4gb /ram 128gb. Warna kuning pun takda. So maq pilih je warna cool blue. Dan nak jadikan cerita , encik suami pun beli warna yang sama!  h

4 amalan kecil tapi ganjarannya besar

  selamat berusaha untuk dunia dan untuk akhirat. 

Covid19, Denggi, Johor

 Assalamualaikum.  Lama dah tak berblog apatah lagi blog walking, lama sangat rasanya tak jalan jalan masuk blog kawan kawan. Terima kasih kepada adik adik yang rajin komen kat setiap post maq. Semoga kehidupan anda semua senantiasa dipermudahkan. Insyaallah, Aamiin.  Sebetulnya takda idea nak taip topik malam ni tapi asbab rasa rindu nak menaip datang membuak buak, sambil layan buletin utama tv 3, maq pun gagah menaip.  Batu Pahat diduga dengan Covid19?  Harini 4hb Disember, daerah Batu Pahat merupakan daerah kes Covid19  tertinggi di negeri Johor.  Innalillahiwainna ilaihirojiiun..  Sampai bila covid19 ni nak menghantui kehidupan kita lah kan. Maq pun tak boleh nak jangkakannya. Bila ada sesetengah orang menganggap covid19  ni hanya isu fake, hanya alasan yang direka reka, hanya bebanan untuk rakyat, hanya permainan ahli ahli politik ,selagi itulah virus ni tidak dipeduli. Bila ramai tak peduli maka ramai tak jaga SOP. Sebab tu lah covid19 tenggelam timbul datang dalam hidup kita.  H