Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Lawan dan Bangkit

 Assalamualaikum. Harini Malaysia dikejutkan dengan perhimpunan " baju hitam" di perkarangan masjid jamek Kuala Lumpur dan  kemudian bergerak disepanjang jalan menuju ke dataran merdeka. ye..kumpulan nilah yang maq jumpa dalam group telegram tempohari.Inilah yang mereka rancangkan .Maq sempatlah baca chat mereka pasal perhimpunan ni sebelum maq left the group.  Ini pendapat peribadi maq , Tak salah mereka bangkit dan lawan.Ini negara demokrasi.Rakyat berhak bersuara. Tetapi jika kita kata  kerajaan gagal ,janganlah kita rakyat yang muda belia ,bijak pandai nak ikut sama gagal. Kita buatlah hal yang "cerdik". Tunjukan kat kerajaan yang orang muda mampu handle negara dengan kebijaksanaan kita.Pak pak  menteri yang umur dah lebih 60 tahun dah boleh rehat rehat duduk dirumah. Tapi sayangnya bila dah terlalu bijak ,inilah padahnya. Yang berhimpun tu bukan takda akal tapi mereka berakal pendek ,malas nak fikir risiko mendatang dan buat ikut arahan dan ikut kata hati. Makl

Anti Vaksin

 Assalamualaikum... Beberapa minggu lepas maq dijemput menyertai group anti vaksin di telegram. Maq layankan je ,paling tidak dapat jugak baca isi hati mereka atas alasan kenapa menolak vaksin. Kini dah nak sebulan maq disitu.Apa yang maq perhatikan tentang mereka,ini pendapat maq. Mereka tu bukan tak suka vaksin tapi mereka tak suka kerajaan . Ye itu realiti sebenarnya ! Setiap masa mereka tampilkan kesilapan menteri itu ,menteri ini. Mereka kata kerajaan sentiasa buat dosa seperti mereka tak pernah buat dosa. Mereka hamparkan cerita cerita yang diambil dari luar negara.Mereka bandingkan negara luar dengan Malaysia.Mereka burukan Malaysia, mereka burukan kerajaan Malaysia dan mereka burukan rakyat Malaysia yang telah divaksin. - Sedangkan mereka masih diMalaysia Apakah terjadi hal serupa kalau Tun M masih menerajui kerajaan harini? Apakah Tok Ajib  akan tanggung masalah sama jika masih jadi pemimpin Malaysia harini? Ye, pastinya semua tokoh tokoh tu bakal jadi bahan kepada anti keraja

Tahniah dan takziah buat Sahabatku

  Assalamualaikum. Bila kita rasa usaha nak lindungi diri dari wabak tu antara usaha yang Nabi sarankan. Makanya tak salah kot kita berusaha untuk dapatkan vaksin yang telah kerajaan sediakan. Setakad ni pengambilannya masih lagi percuma tapi tak hairanlah sikit masa nanti ianya dah jadi proses yang berbayar. Perbetulkan niat kita bila nak buat sesuatu. Niatkan yang baik baik, maka hasilnya inshaallah yang baik juga nanti. Kita berusaha ,kita berdoa ,kita tawakkal. Kita serah semua kat Allah. Ye, tu semua kerja Allah,kita hanya berusaha tanpa perlu menghasut orang lain.. Bawah ni gambar kenangan sahabat sahabat maq yang telah menerima vaksinasi ditempat masing masing.  Tahniah sahabat. Sebab ramai yang berkongsi ,jadi maq simpan sini sebagai kenangan peribadi.  Actually nak beritahu , Kami ni antara baby yang diberi vaksin selepas umur 50tahun ,hahaha gurau jelah. Macam comel jekan dapat vaksin diusia tersisa ni, macam baby baby gitu.. tahniah kepada semua. Sebelum ni ada jugak sahabat

Adam Muqri 2 bulan

  Assalamualaikum. 6/6-6/8 nanti genaplah Adam Muqri 2 bulan. Bila along hantar gambar Adam dengan sepupunya yang jarak 2minggu lebih je kelahirannya,maq terkejut! SubhanAllah ... Adam Muqri dah macam 3bulan . Tapi dia memang kuat menyusu. Sampaikan mama dia terpaksa beli pam susu sebab baby tak puas minum direct dari mama. Dia puas bila hisap susu 3-4 aun sekali jalan macamtu guna botol.  Kadang papa terpaksa bancuh susu formula bila mama tidur keletihan dan Adam Muqri nangis kehausan. So tak heranlah kalau belum cukup lagi 2 bulan berat Adam Muqri dah 5.2kg.  Alhamdulillah. Membesar dengan sihat ye sayang... Atas ni antara video² Adam Muqri yang ada dalam galeri fon tok mak...Kita simpan sini buat koleksi peribadi. Tu dia..bila kakak jaga adik**

24 Julai 2021

 Assalamualaikum. Harini birthday Aida anak perempuan maq yang nombor 3. 2002-2021 itulah umur Aida harini.Alhamdulillah.. Seboleh boleh dia suruh nyanyikan lagu birthday ,so kenalah ayah dia belikan kek comel tu (saiz 4inci je) untuk dia makan sengsorang dan emak dia pulak jadi tukang nyanyi , haha hancur.. Nak tahu tak apa hajat usu pada birthday dia tahun ni? Layan video kat bawah ni kejap. Allahhu..bisa bikin pusing ini gadisku.. Cerita ke dua 24 Julai 2021 Harini dalam sejarah hidup maq.Hari maq diarah ambil vaksin. Maq dapat sesi petang (3pm) alhamdulillah orang tak ramai pun. Maq sampai dewan 2.13pm -2.25 pm dah siap semua. temujanji dari mysejahtera. Last proses selepas dicucuk. Masani tengah tunggu dapatkan  tarikh dos ke 2.Masa ni juga barulah dapat ambil gambar sebab kat sini lama sikit dapat duduk. Dalam 15minit macamtu. Sebelum tu duduk kejap dah gerak,duduk kejap dah  gerak. Servis sangat tip top kat Uthm ni. Terbaik 👍 Menarik rekabentuk bangunan ni. Dalam perjalanan ke

Encik Suami Sudah

 Assalamualaikum. Akhirnya... Semalam 21 Julai 2021 ,Encik suami telah divaksin untuk dos pertama beliau. Pfizer ON! Vaksinasi dilakukan di Uthm ,Parit Raja ,Batu Pahat. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar.  -bawa ballpen -bawa fon -bawa air masak Beliau belanja gambar dalam group family kami sebagai kenangan. Sempat selfie .. Alhamdulillah , semoga beri manfaat. Kata beliau ,dah lengkap  vaksin nanti, boleh lah join qariah masjid semula.Rindu dah rasanya.. Inshaallah..,🤲 Encik suami sudah , maq bila? Hahha  maq belum lagi ,muda lagi kot sebab tu lambat dipanggil ,💕  Encik suami ni jarang nak post apa apa dalam group family . Tapi bila beliau belanja gambar , kami semua jadi teruja nak nyakat beliau ,😂 Mujur anak yang lagi dua tu busy dengan kerja,kalau tak ... 

Aidil Adha 1442 H

  Assalamualaikum. Salam hari kedua idul adha. Tahun ni tak dapat daging korban nampaknya. Biasanya petang raya pertama lepas zohor qariah masjid kat taman dah hantar kerumah rumah penduduk sekitar,tapi kalini menunggu hingga lah petang raya kedua ni, sorang pun tak nampak bayang. Rupanya tak semua tempat dibenarkan buat korban. Oh..sekarang baru maq paham... Semalam. 10 -12-1442. Juadah simple jek.Nasi minyak ,ayam merah,rojak timun.Sebetulnya rindu nak makan nasi minyak pengantin. Dah lama rasanya tak pergi undangan majlis kahwin ...hehehe memasing buat majlis anak beranak je musim pendemik ni kan ,termasuklah maq sendiri. Gambar pinjam dari google. Semalam tak sempat nak ambil gambar nasi minyak maq sebab leka melayan cucu 2 orang tu.  Anak kedua maq (Ety)kena kerja semalam. Lagi pun dia tak dapat nak merentas daerah atas arahan SOP. Maq akur. Sebagai frontliner ,itu tanggungjawab beliau. Semoga dipermudahkan semua urusannya dan kawan kawan lain. Along sekeluarga balik pun tak lama.

C19 cepatlah pergi

  Assalamualaikum. Dah lama tak keluar rumah. Last keluar kalau tak silap sehari sebelum hari raya aidil fitri. Lepastu duduk je kat rumah menghitung hari demi hari, detik demi detik...cewah  Jumaat haritu,maq pergi Summit Prade diJalan Bakau Condong,Batu Pahat. 7-8minit je dari rurmah maq. Tapi maq bukan kemana pun , cuma pergi ke pasaraya Target untuk cari barang dapur sekali gus beli bahan untuk masak raya aidil adha nanti. Raya tak raya ,masak tetap masak.Biarpun pagi raya nanti cuma kami bertiga , juadah tetap kena sediakan. "masak simple simple je yang" - haaa itu pesan encik suami kat maq.  " okey ,beres bosssss..." - chef ni semadang okey je dalam jawapan dia ,😁 Sampai kat dalam pasaraya target  ,orang dah ramai.Paling ngeri part nak pilih bawang bawang tu. Rasa malasnya nak sentuh semua benda dalam pasaraya tu.Tapi kalau tak sentuh ,nak beli macamanaaa..kan hehehe. Lepas beli mana patut,kami gerak balik. Petang tu ,lepas siap semua tugasan kat dapur ,maq p

Puding Roti periuk Noxxa

 Puding Roti Bakar Noxxa Penyediaan 5min Pembakaran 20 min Roti gardenia 8 keping Telor A 3biji Susu cair 1 tin Sedikit esen vanila Gula 3 sudu Butter potong dadu Kismis *Set time bake 20 minit* Dah masak tunggu sejuk sikit baru telungkupkan dia. *Sos* 1 tin susu cair 1/2 tin air 3 sd gula 1 sd teh esen 2-3 sudu tepung kastard Secubit garam Kacau2 sampai likat atas dapur *Jom joint kutu noxxa*

Kes baru makin menaik

  Assalamualaikum. Kes baharu C19 menaik dengan jumlah yang menakutkan!  Katanya bermula esok ( 16/7/2021) maq tak boleh nak komen apa untuk kenaikan kes baharu ni. Sekarang bukan masanya nak salahkan kluster sana,kluster sini tapi maq nak pesan dan nak ingatkan diri sendiri jugak.  **Hati hati bila berada diluar rumah. Sebab virus ada dimana mana sekarang ni. Paling bahaya bila pesakit tak tahu yang dia adalah positif C19 sebab takda simptom. Biarpun sudah divaksinasi ,kita belum menang dan penerima vaksin masih berrisiko ...** Stayhome Staysave 💕

Mohamad Adam Muqri

  Assalamualaikum. Cucu kedua maq ,Mohamad Adam Muqri nama yang papa dia beri.  Alhamdulillah sekarangni Adam Muqri dah berusia sebulan lebih. Mereka anak beranak pun dah balik rumah sendiri setelah hampir sebulan lebih along berpantang dirumah maq.  Kini giliran anak menantu maq nak jaga along pulak.Lagi pun along dah tak kekok lagi nak melayan Ainul Mardhiah dengan baby Adam Muqri.Papanya pulak musim musim lockdown 3.3 ni masih kerja on off ( oncall)  Semoga dipermudahkan semua urusan mereka sekeluarga.. Mohamad Adam Muqri. Lahir 6/6/2021 Berat masa lahir 3.7kg Lahir secara Czer. Gambar pertama Adam Muqri💕 Atas ⬆️ gambar kiriman mama sewaktu diward. Waktu ni ⬆️Adam Muqri dah berusia seminggu lebih. Baby baru balik dari Klinik Kesihatan sebab check kuning . Video pertama Adam Muqri💕 ⬆️ video waktu di ward. Video selepas bebas kuning dan dah masuk minggu ke 2⬇️ ⬇️video ketika masuk minggu ke 3 ⬇️ video Adam Muqri berusia sebulan.  Alhamdulillah.. Selamat datang dalam keluarga kami ,M