Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Wanita Solehah

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

  Sekadar hiasan*** Bismillah, Jom kita baca doa ini bersama, Yaa Allah, jagalah hatiku dari membenci. Kerana ada luka yang masih berbekas. Ada kata-kata yang masih teringat ingat. Ada perbuatan yang masih sukar untuk dilupakan. Namun hari ini aku tidak mahu hati ini dipenuhi dendam dan kebencian. Ajarkan aku Yaa Allah, Ajar aku untuk memaafkan, meskipun belum mampu melupakan sepenuhnya. Ajarkan aku untuk reda, meskipun hati ini pernah terluka. Aku sedar, hati yang dipenuhi kebencian tidak akan pernah tenang. Dan aku memilih ketenangan yang datang daripada Mu berbanding memelihara rasa yang hanya menyakitkan hati dan diri sendiri. Inshaallah.. Aamiin.

Hikmah Disebalik Sesat

  Gambar bunga tulip ini maq dapat dari galeri google plus maq. Gambar yang maq post pada tahun 2008. Bismillah, Bila sebut 2008, Maq teringat kisah seorang pelajar UiTM tahun akhir yang sesat dalam hutan selama 19 hari dihutan Gunung Tahan. Nama panggilan viralnya Umai.Nama sebenar Nur Maisara.Beliau berasal dari Johor. Masa tu laman sosial taklah sehebat sekarang.Dengar berita pun dalam tv jek.So setiap pukul 1.30 tengahari atau pukul 8.00 malam Maq akan tunggu berita demi nak tahu perkembangan terkini kisah adik Umai. Semalam,Allah beri maq rezki masa,dapatlah melayan podcast ulang cerita kisah Umai selepas 18tahun peristiwa itu berlalu.Dapatlah Maq tahu kisah yang sebenar yang belaku kat beliau. Korang tau tak,durasi 1jam 39minit tu,Maq tonton buat 3 episod.Bila kisah tu jadi sedih,maq 'pause' kan kejap.Maq buatlah kerja rumah semula. Lepas siap kerja rumah,dah masa berehat,maq sambung tonton video podcast tu.Gitulah cara maq layan youtube yang durasinya panjang berjela. M...

Kata Kata Pilihan Hari ini

  Bismillah, Wahai Adik adik perempuan, Wahai Anak anak perempuan, Wahai Sahabat sahabat perempuan, Bila sesuatu hukum Allah itu kita dah tahu dan dah faham,ia telah menjadi kewajiban kita untuk patuhinya. Orang lain tak boleh mengubah kita kecuali diri kita sendiri sebab oranglain tak akan tanggung dosa dosa kita. Diakhirat nanti,dosa kita itu beban untuk kita.Beban untuk ayah kita, pasangan kita dan beban juga untuk saudara lelaki kita. Selagi diberi masa dan peluang,paksa diri untuk lakukan yang wajib dan tinggalkan yang haram. Jika sayang ayah,sayang suami,sayang saudara lelaki, fikirkan dalam dalam kata kata ini. Rasa malu dekat Allah bila kita diberi akal yang waras tapi kita balas anugerah itu dengan kedegilan dan kesombongan kita denganNya. Maq pun pendosa. Maq hidup sebagai mahluk yang tak pernah sempurna.Tapi selagi ada ruang dan peluang,maq takkan berhenti untuk berpesan pesan. Pesanan ini untuk diri sendiri dan untuk anda wanita wanita hebat yang dimuliakan. Salam Jumaa...

Gangguan Yang Tak Nyata

  Bismillah, Esok genap 2 minggu kejadian pipe gas meletup dan terbakar  di Putra Heights. Kejadian yang tak pernah terlintas diminda untuk belaku tapi dengan izin Allah sekelip mata je kebakaran telah memusnahkan semuanya. Penduduk tinggal sehelai sepinggang, rumah dan harta benda semua musnah. Allahhu,berat ujian mereka. Siapa je bolehnjangka benda macamni akan terjadi kan? Seperti maq pernah katakan sebelum ni,banyak kejadian yang mengejut belaku disaat dunia dan isinya sudah semakin tenat. Kerakusan orang lain,oranglain yang jadi mangsa. Kecuaian orang lain,orang lain pula yang ditimpa kemalangan. Kerana hobi orang lain,orang lain pulak yang kena tahan penafasan dan hilang selera makan!  Eh dah tukar tajuk pulak. Straight to the point! Ini serius untuk dikhabarkan.  Kepada semua pecinta haiwan, asbab hobi korang yang suka bela haiwan peliharaan tanpa tersedar jiran tetangga korang yang jadi mangsa keadaan.  Bahan buangan haiwan peliharaan korang tu silalah d...

Diantara Sifat Baik Pada Seorang Wanita

  Bismillah, Diantara sifat sifat baik pada seorang wanita. Ditulis oleh : Saudari yang mulia Al-Faqihah Hassanah binti Muhammad Nashiruddin Al-Albany حفظها الله dan semoga Allah merahmati Ayahnya. كتبتِ الأختُ الفاضلة حسانة بنت محمد ناصر الدين الألباني حفظها الله تعالى ورحم أباها مقالة ماتعة جامعة مانعة، يجدر بنا قراءتها ومحاسبة أنفسنا على ضوء ما جاء فيها من درر وتوجيهات ونصائح نفيسة مضمنة في كلماتها، وإليكن أخواتي الفضليات المقال كاملًا: Sebuah tulisan yang sangat baik dan bagus, seharusnya bagi kita membacanya dan memperbaiki diri kita, apakah kesesuaian dengan yang terdapat didalamnya dari untaian mutiara, bimbingan dan nasihat berharga, berupa untaian kata-kata penuh faedah. Dan inilah nasihat beliau ; Diantara sifat-sifat baik pada wanita adalah: •Pemalu •Sedikit bicara, menyusun secara teliti tutur katanya dan apa yang seharusnya ia bicarakan dan tidak banyak cakap, tidak memperdalam secara teperinci dalam menyebutkan bahagian ucapan yang justeru boleh menjerumuskannya ke ju...

Dosa Ibu Bapa Terhadap Anak Anak

  Bismillah Bila dah tonton video video ringkas yang diatas, mungkin kah ada sedikit  kesedaran dipihak kita sebagai ibubapa??? Ingat satu hal, kita bukanlah ibubapa yang sempurna maka jangan menghukum anak anak seperti kita ini tak pernah melakukan dosa. Jika anak dikata derhaka dimata kita ,itu juga bukan salah mereka tapi kita sendiri yang tidak mengajar mereka macamana nak jadi hamba Allah yang baik. Allah maha melihat. Dan kamilah antara ibubapa yang berdosa dengan anak anak ... Maafkan kami yaa Allah 😢

Konsep Sedekah

  Bismillah, 16 Ràmadhan 1446H. Kita selalu dengar kata kata ni, kalau lah aku banyak duit,aku nak sedekah kat orang susah,kat orang situ,kat orang sini.Tapi sekarang ni, aku sendiri nak makan pun tak cukup.Macamana nak bersedekah.. Orang keliling kita suka guna ayat atas ni. Sebetulnya konsep bersedekah ni bukan waktu bila mana kita ada banyak duit je tapi masa tengah diuji sempit pun kita layak untuk bersedekah. Waktu kita sedang sakit pun digalakkan bersedekah. Waktu dimana kita rasa nak bersedekah ,maka teruskan je niat tu.Jangan tangguh. Tak perlu nak tunggu jadi kaya raya baru nak hulur sedekah. Andai takdirnya jalan hidup kita memang takda rezeki nak jadi orang kaya,bermakna sampai matilah kita tak kan berpeluang nak dapat pahala bersedekah. Rugi... Didik jiwa untuk bersedekah.Hulurkan mana yang termampu sebelum mati. Orang kaya mereka dah tentunya berduit ,kita yang hidup seadanya ni,fikirkanlah cara terbaik yang boleh buka jalan untuk kita dapat pahala bersedekah. Maq pun ...

Amal ibadat Wanita Istihadah

Assalamualaikum. Harini kita nak sembang sikit pasal wanita istihadah. Semua orang tahu, bilamana darah haid sesaorang wanita tu melebihi tempoh 15hari ,maka darah yang keluar selepas tempoh tersebut dipanggil darah istihadah. Amal ibadat apa yang wanita istihadah boleh lakukan? Buku yang maq baca ini ditulis oleh Ustaz Muhammad Ramzi Omar B. A Hon's  Syariah Universiti Al Azhar, M. A Syariah Universiti Malaya Menurut buku tersebut: - wanita istihadah tidak dihalang  dari melakuan solat dan puasa serta apa juga ibadat lain yang dilarang kepada wanita haid dan nifas. - kes wanita istihadah ini sama juga seperti masalah kencing tak lawas oleh kebanyakkan kaum lelaki.Masalah sering keluar air mazi,  juga masalah najis yang sering keluar tanpa mampu dikawal. Jadi kalau maq kongsi pasal wanita istihadah ni, orang lelaki pun layak ambil tahu sebab manalah tahu esok esok anda mengalami masalah seperti diatas tu pulak. So boleh la diamalkan nanti. ❤Bila nak s...

Period dua kali dalam sebulan

Assalamualaikum. Baru baru ni maq telah mendapat kejutan dari diri maq sendiri. Pertama kali seumur hidup maq period dua kali dalam sebulan. Bayangkan dalam bulan Ramadhan pulak tu . Sedih sangat sangat sebab maq nak sangat khatam Al Quran pada Ramadhan 1440 kali ini. Mulanya agak terkilan tapi bila dah bertenang tenang , maq yakin Allah bukan saja saja beri maq dugaan ini. Maq redha . Maq terima je kerana maq tahu Allah akan beri apa yang maq perlu ,bukan yang maq mahu .. Astaghfirullah... Atas nasihat kawan kawan , maq juga pergi  buat check up kat Klinik Kesihatan Batu Pahat. Ditemani encik suami tersayang , semua urusan telah berjalan dengan lancarnya.Paling jakun ,firstime maq buat rawatan kat klinik  kerajaan  sebagai pesakit luar .  Nak kemana ni ek ? Daftar kat mana? Lepastu buat apa? Bilik doktornya mana? Hahaha gawat ! Tapi i kan peramah , semua orang maq tanya.. heeee.. Dan maq follow je apa pesakit lain buat. Step by step . ...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

Jamu untuk cergas aktif

Assalamualaikum Alhamdulillah ,masih ingat yang maq ada blog ,hehe lama benau tak naip ni. Hampir aja terlupa yang diri ni ada blog yang dah aktif sejak 2011. Sesaorang bertanya ," maq , buat blog ada income tak?" Maq jawab : " ye ,jika blogger itu ada letak iklan iklan , masuklah sebab itulah antara pendapatan sampingan mereka. Selain review secara live dan buat promosi dilaman sosial lain. Tapi macam blog maqnie ini lebih kepada blog peribadi dan maq takda pasang iklan . Dulu adalah  letak nuffnang tu ,tapi dah remove sebab ,sebab,sebab? Haaa sebab takda sebab apa pun , saja nak remove nya ,hehehe" Blogger review barang yang dia guna itu riak? Menunjuk nunjuk? Kerek ? Bangga diri ?  Haa itu hanya pendapat segelintir orang yang bukan blogger , tetapi bagi  mereka yang " berdarah blogger " itu sumber rezeki. Mungkin sumber rezeki pada pemilik blog atau mungkin sumber rezeki pada penjual barangan tersebut. Atau sumber rezeki kepada keduanya. Waall...

Perempuan dan Marah

Assalammualaikum .. Panas hati , panas telinga, sakit hati , itu semua antara unsur unsur api kemarahan yang sering menghantui jiwa manusia . Pada pengalaman maq , perempuan dan kemarahan memang tak dapat dipisahkan. Terutama bila hormon " estrogen" dia dah aktif . Biasaannya beberapa hari sebelum haid,mereka cepat sangat terasanya.  Ada takde orang yang paling hampir akan jadi mangsa.Terutama suami dan anak anak (untuk perempuan yg sudah berkahwin ) Kalau lelaki yg tak suka ambil kisah pasal  hal hormon aktif ni mungkin dia akan give up kalau pasangan dia asik nak naik angin je. Kejap karang cool ... Kejap nanti hot ! Naik angin dan pengaruhnya bermula daripada : ✅Ranking pertama bermula pada  usia Remaja belasan tahun. ✅Kedua ialah gadis gadis yg sedang lena dalam percintaan . ✅Ketiga ibu ibu muda yg baru nak belajar jaga anak dan urus rumah tangga. ✅Keempat  perempuan lewat 40an yg dah letih jaga rumah tangganya .Kebanyakkan usia begini mereka lebih suk...