Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Ainul Mardhiah aktif menari

  Assalamualaikum. Kisah cucu pertama maq.Sejak masuk usia 3 tahun ,ainul ada hobi baru. Iaitu menari. Bila difikirkan semula, Ainul bukan pergi kelas tarian pun. Malah campur dengan orang luar pun takda pulak join kumpulan penari  tapi langkah dan gerak tari ainul seolah olah dia diajar oleh seorang pakar ! jom tengok dulu tarian apa dia buat. kemain beraksi .. Ainul Mardhiah kesayangan semua . Sentiasa buat rumah riuh bila dia ada.Alhamdulillah ,gelagatnya buat kami tak rasa sunyi.  Video ke 2 tu dia sedang ajar suami maq step menari. Hahha mau tepele'ot kelengkang tok ayah kalau buat gaya tu cuuuu...😂 Goyang lutut tok maq tonton video ni ..😂

Baby AM Junior

 Assalamualaikum 6 Jun 2021 - lahirnya cucu kedua maqnie. Anak kedua bagi along dan pasangannya. Bayi lelaki ,berat 3.7kilogram memaksa along bersalin secara czer atas arahan doktor. Bermakna inilah pengalaman kedua along bersalin cara czer. Dan doktor dah beri peringatan,lepasni kalau along mengandung lagi, dia pun akan bersalin secara czer. Alhamdulillah , pengalaman pertama dah buat along lebih berhati hati ketika waktu berpantang kali ini. Semua urusan berjalan lancar. Harini dah seminggu,baby ada kuning level 9.1 . Semoga cucu maq cepat sembuh. Selamat datang Ainul Junior.  Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak lelaki mama papa yang mudah didik. Sama macam kakak Ainul Mardhiah.. Alhamdulillah wasyukrillah..💕

Jom Berkongsi Rezeki

  Assalamualaikum. Dengan keadaan dunia sekarang, ekonomi sudah mula menampakkan sedikit kerisauan. Untung jadi rakyat Malaysia, dalam tempoh setahun lebih ,setiap masa diberi bantuan oleh kerajaan. Apa pun yang rakyat pertikaikan ,bantuan demi bantuan tetap ada. Berbeza dengan nasib rakyat di negara negara lain. Namun rakyat Malaysia masih gagal bersyukur, malah setiap saat mencari kesalahan kerajaan.  Maaf ,maq bukan ahli politik dan maq langsung  tak berminat nak ambil tahu hal politik apatah lagi nak sokong parti itu atau parti ini. Ini pandangan mata tua maq sahaja. Sejujurnya maq nak cakap ,rakyat kita dah semakin kurang bersyukur ...Allahhu.. So,untuk langkah seterusnya,maq ambil peluang ini untuk bantu masalah ekonomi orang keliling. Maq nak bantu mereka tambah duit poket. Maq nak pelawa siapa siapa (readers diseluruh Malaysia ) yang nak jadi dropship/ejen perfume D'Calysta boleh terus je whatsapp (01161721922) Maqnie💕 Syarat syarat nak jadi ejen. Orang bisnes ni ada banya

1Jun 2021-Niat yang baik baik

  Assalamualaikum, 1Jun - total lockdown 3.0. Biarpun terpaksa , kita kena redha. Arahan duduk dirumah bukan saja saja diberi oleh pihak kerajaan. Mereka yang tak reti duduk rumah pun turut sama kena akur. Malam tadi pun banyak maq jumpa ayat ni kat group whatsapp.Ayat yang di luahkan oleh netizen berkaitan Lockdown.Biasalah rakyat Malaysia kan kreatif.. sebenarnya niat kita kena betul supaya nanti , bila duduk rumah bukan je kita boleh rasa tenang tapi pahala pun dapat. Macamana niatnya? ye, niatkan semuanya kerana Allah ta'ala ..Inshaallah semua akan Allah permudahkan. So..lepasni jangan resah gelisah bila terpaksa duduk dirumah selama 14 hari . Walaupun MKN benarkan 2 orang boleh keluar dalam sebuah kereta ,jangan pulak kita ambil peluang tu konon nak hilangkan stress dengan jalan jalan makan angin dalam jarak 10km. Keluar untuk beli makanan dan perubatan jek ye.. Virus tu tak bergerak,yang bergerak tu kita.Kerajaan tak gagal,yang gagal tu cara kita kawal nafsu kita. Makanya fik