Posts

Showing posts from June, 2026

Aida Ke Mine Optometrist

Image
  Bismillah, Sengaja simpan sini sebagai bukti bahawa bertarikh 27 Jun 2026 , buat pertamakalinya Aida tempah cermin mata khas untuk mata dia sendiri. Bila dah hampir 3 tahun berkerjaya mengadap PC ,akhirnya semalam Aida request nak pergi kedai cermin mata sebab pandangan matanya dah semakin tak 'clear' bila buat kerja kerja pejabat. Lepas waktu asar ,encik suami bawa kami berdua ke kedai cermin mata di bandar Batu Pahat. Pinjam gambar google** Aida pilih Mine optometrist sebagai kedai pilihan. Maq pun sebelum ni buat cermin mata di kedai ini.Banyak pilihan frame yang up to date.Harga pun masih mampu milik.Semalam pun ramai pelanggan yang buat cermin mata di sini.Pekerja nya  semua peramah dan beri kerjasama yang sangat baik. Kalau  Maq yang buat cermin mata,frame cermin mata murah je ( kadang tu tak sampai pun rm 100) yang mahalnya cermin dan kanta. Maklom wargaemas,macam macam rabun ada.Power pulak 800-900.Pilih pulak kanta 'plastik' yang tahan lasak.Kalau kaca takut ...

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

Image
  Bismillah, Salam 10 Muharam 1448.Kalau korang nak tahu,masa maq pergi jumpa doktor pada 8 haribulan yang lepas.Kan maq ada beritahu yang tekanan darah maq naik tinggi. Ulang siar hehehe Padahal kalau check kat rumah,okey je resultnya.Tapi bila cik misi KKBP check,doktor check ke laut china selatan result tu boleh bawa. Tapikan ada beberapa orang doktor pernah cakap kat maq, memang macamtu lah situasinya. Maksud doktor ,bila kat rumah kita duduk duduk santai je,rehat rehat je sebab itulah tekanan darah result nya rendah. Tapi kalau diklinik,kita penat nak tunggu giliran,rasa stress tengok orang keliling kesana kesini,bunyi bising,dipanggil ke bilik sana,ke bilik sini,haa itu lah antara punca tekanan darah jadi naik tinggi. Nahh! doktor sebenarnya tahu je punca puncanya tapi kadang dia orang tu sengaja buat buat tanya. Contoh : " Puan kenapa darah naik tinggi sangat niiiii...? Puan fikirkan apaaaaa...? "Jangan runsing runsingkan fikiran tuuuu." "Puan ,sekarangni kes...

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Image
Bismillah, Tasik Y merupakan salah satu kawasan rekreasi yang popular di daerah Batu Pahat,Johor. Di Batu Pahat selain ada tasik Y ( di Bandar Penggaram) ,disini juga ada  tasik Merdeka ( di Bukit Pasir ) dan tasik Botani ( di Seri Medan ). Bermula bulan Mei 2026 trek pejalan kaki ditasik Y telah dikurangkan jaraknya.Dari jarak sejauh 800meter ianya telah menjadi kepada 600meter ( anggaran lebih kurang Maq jelah ni). Ini disebabkan kawasan tasik Y sedang dalam proses pengurusan untuk atasi masalah banjir yang kerap belaku dikawasan sekitar.Banjir kilat sering terjadi bila hujan lebat turun lebih dari 2-3 jam. Sekarang projek tersebut sedang giat berjalan.Dan kami sebagai pengunjung setia tasik Y,kena akur pada ketetapan trek yang dibenarkan.Demi keselamatan dan keselesaan kami. Anda nampak tak sebuah jentera berat yang sedang mengorek tasik? Sebenarnya disitulah kawasan paling tenang bagi Maq bila brisk walk.Di situ ada sepohon pokok besar yang bunganya sangatlah wangi.Ada pokok me...

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

Image
  Sekadar hiasan*** Bismillah, Jom kita baca doa ini bersama, Yaa Allah, jagalah hatiku dari membenci. Kerana ada luka yang masih berbekas. Ada kata-kata yang masih teringat ingat. Ada perbuatan yang masih sukar untuk dilupakan. Namun hari ini aku tidak mahu hati ini dipenuhi dendam dan kebencian. Ajarkan aku Yaa Allah, Ajar aku untuk memaafkan, meskipun belum mampu melupakan sepenuhnya. Ajarkan aku untuk reda, meskipun hati ini pernah terluka. Aku sedar, hati yang dipenuhi kebencian tidak akan pernah tenang. Dan aku memilih ketenangan yang datang daripada Mu berbanding memelihara rasa yang hanya menyakitkan hati dan diri sendiri. Inshaallah.. Aamiin.

Musim Haji VS Musim Durian

Image
  Bismillah, Harini 5 Muharam 1448H. Orang pergi haji pun dah semakin ramai dah balik ketanah air.Alhamdulillah.Lain lain masih busy nyoping di dua tanah suci tu. Bila tanggungjawab lakukan haji dah selesai ,mesti jiwa rasa lega dan puas.Shopping adalah detik detik sebelum pulang ketanah air.Bak kata sesetengah jemaah,nak habiskan duit rial je ni.Malas nak bawa balik Malaysia,hehehe bijak. Maq ada baca kisah jemaah yang kos keseluruhan penghantaran barang yang dia shopping masa musim haji baru baru ni mencecah SAR 3600! berat keseluruhan kotak 200kg.Kesian petugas pos laju,letih nak buat kira kira.Tu baru sorang jemaah,kalau 31,600 orang jemaah? Tapi bukan selalu kan.Haji tu seumur hidup sekali je buat.Semua barang tu nanti boleh dibuat kenangan dan cenderahati. Apapun pesanan maq buat para jemaah haji,jangan habiskan duit tu dulu, kat Malaysia sekarang ni musim durian.Semua harga murah murah.IOI pun sekilo rm10 je.UM,BT,MK harga semua bawah RM20/kg.Durian kampung dapat rm3-rm5/kil...

Hikmah Disebalik Sesat

Image
  Gambar bunga tulip ini maq dapat dari galeri google plus maq. Gambar yang maq post pada tahun 2008. Bismillah, Bila sebut 2008, Maq teringat kisah seorang pelajar UiTM tahun akhir yang sesat dalam hutan selama 19 hari dihutan Gunung Tahan. Nama panggilan viralnya Umai.Nama sebenar Nur Maisara.Beliau berasal dari Johor. Masa tu laman sosial taklah sehebat sekarang.Dengar berita pun dalam tv jek.So setiap pukul 1.30 tengahari atau pukul 8.00 malam Maq akan tunggu berita demi nak tahu perkembangan terkini kisah adik Umai. Semalam,Allah beri maq rezki masa,dapatlah melayan podcast ulang cerita kisah Umai selepas 18tahun peristiwa itu berlalu.Dapatlah Maq tahu kisah yang sebenar yang belaku kat beliau. Korang tau tak,durasi 1jam 39minit tu,Maq tonton buat 3 episod.Bila kisah tu jadi sedih,maq 'pause' kan kejap.Maq buatlah kerja rumah semula. Lepas siap kerja rumah,dah masa berehat,maq sambung tonton video podcast tu.Gitulah cara maq layan youtube yang durasinya panjang berjela. M...

Tirai 1448H Langit Indah

Image
  Bismillah, Semalam Maq sempat jugalah brisk walk bersama encik suami.Kami nak ambil suasana awal muharam ditepi tasik.Sambil keluarkan peluh. Kami tiba tepi tasik tu dalam pukul 6.40pagi.Lepas buat regangan 2/3 minit,kami pun mulakan perjalanan macam biasa. Masuk je pusingan ke dua,Maq lihat langit sangat indah.Masa ni matahari baru terbit.Tanda masuknya waktu syuruk.Tapikan suasana tu lain dari hari hari biasa.Kalau tak takkan maq sanggup berhenti kejap langkahan semata mata nak rakam suasana indah tersebut. Indahkan? Ini bukan edit tau.Hasil filter pun bukan.Seriusly tak pernah kami lihat langit pagi seperti ini sebelum sebelum ni.Biasanya awan putih berkepul kepul je atau awan mendung berwarna kelabu tanda tanda hujan nak turun.Tapi pagi awal tahun baru semalam sangat lain dari biasa. Subhanallah ,maq sempatlah merakam keindahan tirai pagi maal hijrah 1448H tu semalam bersama encik suami.Tapi momen tu tak lama pun,adalah dalam 10minit.Lepastu langit kembali cerah seperti biasa...

2 Muharam 1448H

Image
  Bismillah, Pada pendapat maq, tak banyak yang diperlukan untuk hidup dalam circle akhir zaman ini. Sebagai manusia yang waras,ada 2 hal yang perlu kita jaga sebaik baiknya. 1-jaga iman 2-jaga kesihatan Jika iman sempurna,segala ujian yang datang,jiwa boleh hadap dengan tenang. Letaklah apa pun sebagai ujiannya,hati tetap berbalik pada tauhid yang dipegang.Semua ini adalah aturan Allah.Kerana Qada dan Qadar Allah.Masa tu apa pun masalah biarpun masalah terpaling berat,ia takkan jadi luka atau kudis berdarah pada diri. Kesihatan yang baik boleh buat hati tenang juga.Selesa dalam melakukan kerja hakiki dan lakukan ibadah seharian.Maksud kesihatan terjaga baik tu bukanlah takda sakit langsung tapi tubuh badan sihat tanpa perlu makan ubat yang banyak dan tak perlu nak kena follow up medical check up tiap bulan atau setiap tahun.Dan minda tak perlu tersakiti asbab rasa iri hati.Ye,itulah sihat yang terjaga baik yang maq maksudkan. Umat akhir zaman macam kita ni sebenarnya sangat perluk...

1 Muharam 1448H

Image
  Salam Maal Hijrah 1448❤ Alhamdulillah, Selamat datang 1 Muharam 1448H. Semoga yang baik baik sahaja untuk kita dan seluruh ahli keluarga kita disepanjang tahun ini dan juga pada tahun tahun yang seterusnya. Allahhumma Aammin ...

Bersyukur Bila Diuji

Image
  Sekadar nasihat❤ Bismillah, Semalam Allah buka minda maq yang sebelum ni maq langsung tak perasan. Biasanya bila kita dapat musibah atau pun hidup kita tetiba diuji susah.Pasti kita kata ,itu semua adalah balasan dari Tuhan atas tiap dosa lalu. Tapi semalam,bila Maq fikirkan banyak kali persoalan demi persoalan yang maq sedang  lihat depan mata,lalu terlintas difikiran bahawa setiap kepayahan dan kesulitan yang seorang hamba Allah itu diuji sebenarnya dia sedang mendapat kebaikan dari Allah. Contoh, sakit.Sesaorang itu diuji sakit.Tak boleh berjalan,tak boleh keluar jumpa kawan kawan melepak macam biasa.Hanya terperuk dalam rumah hari hari,siang sampai malam.Malam sampai siang. Masyaallah,rupanya asbab sakit itulah ,Allah nak selamatkan pesakit tu dari dosanya mengalir berterusan. Cuba bayangkan eah.Andai kata orang tu sihat,takda apa apa sakit.Dia dengan rutinnya ,lepas balik kerja ,duduk sembang santai dengan kawan kawan kat cafe atau mana mana lah port lepak mereka. 1-mes...

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Image
  Kata dan Nasihat* Bismillah, Harini dah masuk 25 Zulhijjah 1447H.Harini hari Khamis.Harini jugak maq berkesempatan tonton ceramah dari Ustaz Kazim Elias di youtube. Dah jadi rutin maq,dalam seminggu,maq kena tonton video ceramah agama 2 atau 3kali.Tak kiralah sama ada video itu rakaman atau siaran langsung.Kadang maq tonton di tiktok,facebook atau di youtube. Bagi maq,ilmu agama itu sangat penting ,kena dicari selagi kita masih bernafas.Yang penting ilmu itu kita dapat dari saluran penceramah yang betul dan diiktiraf. Tajuk di video ceramah tu dipetik dari kes viral baru baru ni.Kisah wanita 49 tahun yang sesat dalam hutan baru baru ni.Tapi bila tonton keseluruhan durasi video Ustaz Kazim tu ,terlalu banyak ilmu dalamnya.Ilmu yang bermanfaat yang perlu kita amalkan.Iaitu ilmu perkahwinan. Maq nak kongsi secara ringkas je okey.  Kata ustaz dalam al Quran pada surah Ar'd ,ayat 23 & 24 ,Allah menjanjikan syurga khas buat mereka yang berkahwin.Dibawah ini maksud 2 ayat terse...

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Image
  Bismillah... Selepas temujanji bulan 11/2025,sepatutnya pada 2 Jun 2026 Maq ada TCA di Klinik Kesihatan Batu Pahat.Tapi pada bulan April yang lalu,awal awal lagi cik misi KKBP dah called maq.Dia beritahu 2hb Jun adalah hari cuti umum, dia suruh maq pergi pada 8 Jun 2026. Kalau biasanya temujanji maq sebelah pagi - pukul 9pagi tapi disebabkan pagi 8hb dah penuh dengan pesakit yang dah 'booking' ,jadinya maq kena datang sebelah petang.Dan daftar pada pukul 3pm. Ini pertamakali maq TCA sesi petang.Tapi memang dah tak boleh nak adjust tarikh apa lagi,so kena juga lah terima. Selepas 6 bulan tak masuk KKBP.Rupanya buku laporan peribadi dah dimansuhkan.Semua staf KKBP sekarang cuma menekan nekan keyboard laptop jek. Nampaknya ini sistem yang mudah dan kemas.Kalau tidak bertingkat tingkat buku report kesihatan pesakit atas meja mereka.Dah la pesakitnya ruamaii,tentunya buku laporan pesakit pun buanyakkk. ***haha tak rock lah kalau tak jawa ... Nombor giliran yang Maq dapat semalam. ...

Hadiah Akhir Tahun 1447

Image
Bismillah, Petang tadi lepas siap baca Ma'thurat,maq dan encik suami duduk sembang sembang kosong pasal dunia global dan alam semesta yang terancam. Ceh,kemain macam pemerhati politik antarabangsa pulak ek!Padahal saja nak tunggu masuk waktu maghrib,adalah bukak sikit topik pasal PRN Johor. Okey,cerita PRN Johor berhenti disini.Sebab maq bukan ahli politik.Maq hanya pengundi yang penuh rahsia sampai bila bila. Tetiba Aida datang kearah kami dan menghulurkan 2 buah kotak kecil. eh Apa ni?!  Maq sengaja buat muka terkejut. Bukaklah kotak tu... jawab Aida sambil tersengeh sengeh dan terus berlalu pergi kebiliknya semula. Bila dah buka kertas pembalut hadiah tu,Masyaallah rupanya kami dapat hadiah jam tangan dari Cik Aida kita.Agaknya dia perati maq dan encik suami dah lama tak pakai jam tangan kot.Padahal jam tangan maq ada je kat dalam gerobok tu ,tapi baterinya yang dah tak ada.Nak ganti bateri sampai kesudah tak terganti.Last last dapat jam baru. Alhamdulillah... Punyalah excited,g...

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Image
  Bismillah, Sempena cuti panjang minggu lepas ( Ahad,isnin & selasa ) Maq bertiga telah pergi ke Melaka. Macam biasalah kami pilih tepian pantai sebagai tempat untuk bersantai. Rasanya hampir 2 tahun kami tak pergi ke pantai pantai yang ada di Melaka ni.Seperti pantai Klebang,pantai Siring,pantai Puteri.Apa yang mengejutkan bila kami sampai,suasana pantai sudah berubah!  Kawasan bersantai sudah terhad.Sepanjang pantai sedang dalam usaha naik taraf. Tambakkan pasir  dijalankan hingga merubah keaslian pantai yang sebelum ini.Pokok pokok ru yang dah tua tu pun dah banyak ditebang. Kalau dulu,turun kereta ,jalan sikit dah jumpa ombak memukul pantai tapi kalini,nak tengok air pun dah tak nampak.Kena menapak agak jauh dari jalanraya.Nak buat projek apakah ek? Kami pun tak dapat nak melepak lama kat sini sebab cuacanya agak panas terik.Hanya gambar je jadi bukti kehadiran kami. Bila dia ambil gambar saya,saya pulak ambil gambar dia.Haaa baru adil! Okey,jadilah ni buat ado a...