Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Berpesan pesan

Assalamualaikum. Ramadhan ke 15. Masya Allah , pejam celik masa berjalan. Lagi dua minggu ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Pantasnya masa berlalu. Kehebatan ramadhan yang datang sebulan dalam setahun ini tak pernah nak tunggu kita. Siapa cepat manfaatinya , dialah yang akan dapat lebih. Semoga Allah terima semua amalan kita dibulan mulia ini. Aamiin ya Allah. Baca tajuk entri kali ini ! Okey sebagai orang lama yang dah nikah hampir 24 tahun pada tahun ni. Maq nak pesan pesan lah sikit. Pertama pasal isu nikah diusia muda. Ramai orang cakap , kahwin awal ( bernikah dalam usia muda ) adalah tidak wajar.  Kerana masing masing belum puas nak rasa enjoy. Masih punya citarasa dan naluri remaja di usia itu. Nanti keluarga terabai dan mereka lebih fokus kat kawan kawan , betul ke? Pada maq , semuanya bergantung pada kebijaksanaan pasangan itu sendiri. Bila mereka rasa , selepas nikah mereka dah ada penambahan tanggungjawab baru , secara automatik mereka akan kurangkan naluri na

Adat berkongsi

Assalamualaikum. Alhamdulillah , masih mampu berkongsi pada apa yang dah tahu . Sama ada berguna untuk diri sendiri ,anak anak atau pun orang lain, maq harap sangat ianya mampu beri manfaat setiap masa. Insha Allah. Pesanan dari seorang sahabat. Bila kita dihebahkan dengan satu satu cerita , atau kes , atau kejadian yang berlaku bukan didepan mata kita dan kita dapat tahu hanya dari baca dan dengar dari laman social atau group group whats app. Cuba "Elakkan berkongsi " , kerana  kes tersebut masih dalam siasatan lagi. Ini disebabkan kes tersebut belum lagi sahih. Dan juga demi mengelakkan fitnah serta memberi impak negatif pada perjalanan proses siasatan. Okey , lepas ini hati hatilah  bila berkongsi cerita viral atau apa juga berita dari laman social . Biar sahaja kita dapat tahu kisah sebenarnya selepas siasatan kerana maklumat itu ternyata lebih tepat dan sahih. Nota maq : meneka dalam kesamaran itu rupanya salah.  Lepas ini lebihkan hati hati.

Nilai kemanusiaan yang hilang

Assalamualaikum. Masha Allah , sejak kebelakangan ini. Kita dikejutkan dengan pelbagai kisah yang menyayat hati dan dah buat luluh dan sayu disudut sanubari . Kes buli dan dera dah menjadi kes popular masyarakat Malaysia maju . Perlukah begitu ? Sedangkan semua hal yang berlaku itu hanya disebabkan dari hati dan nilai kemanusiaan . Bukan lah disebabkan bencana alam atau kemalangan. Selepas kes arwah adik Taqif , terkini kisah pelajar UPNM yang didera oleh kawan asramanya sendiri hingga meninggal. Maq nak baca artikel tentang keadaan azabnya arwah pun maq tak sanggup sebab kesakitan tu bagaikan terasa kat badan maq sendiri. Teramat sakit . Allah hu akhbar. Kejamnya si pelaku . Dan kalau diperhatikan semua kes berlaku kerana terlalu ikut nafsu amarah masing masing. " Marah " - semua orang ada perasaan ini. Tapi marah boleh dikawal. Kita tak perlu biarkan marah itu berpanjangan sehingga sanggup melakukan sesuatu diluar kawalan minda ! Bagaimana nak kawal marah ? K

Jangan ikutkan trend sangat

Assalamualaikum. Alhamdulillah , Ramadhan dah masuk minggu ke dua. Sejauh mana kita kaut pahala dalam bulan mulia ni , Allah dan diri kita sendiri sahaja yang mengetahui. Apa yang kita harapkan , semua amal ibadah yang telah kita buat tu , Allah terima dan mendapat ganjarannya nanti. Insha Allah. Anda tahu  " Fidget spinner " ? Alat permainan yang popular masa kini. Mungkin saja sebahagian dari kita dah pun beli buat koleksi. Menarik sebab ianya didatangkan dengan  berwarna warni. Dan ada banyak jenis reka bentuknya ,dengan harganya yang berbagai bagai. -gambar atas ehsan dari google- Bila maq tanya , apa fungsi permainan ini ? Mereka kata untuk lepaskan stress . Jauh mana kebenarannya , waallah hua'lam. Pelik kan , melepaskan  stress dengan spinning ni , sedangkan jika kita orang islam , ada banyak cara  kita boleh buat untuk lepaskan stress. Antaranya : - ambil whuduk , buat solat sunat - ambil whuduk , baca AlQuran - zikir dan selawat - baw

Bayar bil SAJ

Assalamualaikum.. Alhamdulillah wasyukurillah. Syarikat air Johor sudah beri satu lagi kemudahan kepada seluruh pengguna air di negeri Johor. Bukan bagi air percuma tetapi yang terkini , pengguna sudah boleh bayar bil air mereka di 7e ! Pastinya 7e itu antara permis yang beroperasi selama 24 jam setiap hari dan kemudahan ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna bayar bil mereka. Nota maq : nak raya ni jangan sampai ada bil yang tertunggak. Lagi lagi bil air ! Hehehe Sumber dari twitter buletin Johor*