Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Nasihat

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Nasihat Bikin Hati Pedih

  Jadilah miskin. Kerana bila kamu miskin , orang hanya akan mencari kamu saat mereka perlukan pertolongan. Saat mereka senang dan tenang, kamu sudah tidak diperlukan lagi...

Diam Diri Umat Akhir Zaman

  Bismillah, Banyakkali dah jari ini nak menaip dalam blog tapi selalu saja gagal. Sekarang dah tak macam dulu.Kalau blogging zaman 10 tahun sebelum ini,maq akan balun je apa yang terlintas difikiran.Sekarang mode tu dah beralih. Tengah syok  menaip ,bila baca semula macam tak kena je ayatnya,automatik delete!Lepastu buat kerja lain. Tetiba terlintas idea nak menaip tapi bila difikir semula 2/3 kali, terus batalkan niat sebab nak jaga hati orang luar yang membaca. Baru je buka blog nak share benda viral ,eh boleh pulak jari ini tahu malu.Terus stop ,atas alasan dosa dah banyak ,malu kat Allah. Haha itulah tabiat warga keemas emasan. Lebih kepada berani berani takut.Tak macam jiwa orang muda belia.Mereka sanggup redah je apa yang tersirat ,asalkan hajat yang diimpikan dapat. **Maq pernah muda sebab tu berani cakap. Malam ni ada sedikit pesanan yang maq boleh taipkan sebelum munculnya hari esok. Guys,hati hati..Negara islam kini sedang rancak dihuru hara kan.Kacau bilau belaku d...

Persiapan Menghadapi Bencana Alam Atau Perang

  Bismillah, Berikut merupakan antara persiapan yang boleh kita ambil tahu dan boleh diberi tunjuk ajar kepada  anak anak andai kata negara diuji perang. Mungkin ada sesetengah berpendapat ini tak perlu diambil peduli,mungkin masa perang tu nanti, kita semua dah takda lagi.Ye betul la kot perang tu lama lagi, tapi bagaimana anak cucu kita dan waris keturunan kita nanti? serba sedikit mereka juga perlukan ilmu untuk persiapan diri mereka termasuklah  ahli keluarga mereka. Jomlah kita tengok apa ilmu yang kita perlu tahu untuk persiapan hadapi perang. PERSEDIAAN TEMPAT TINGGAL    • Kenalpasti kawasan yang paling kukuh dan selamat di dalam rumah anda. • Bina bilik bawah tanah jika  berkemampuan - Bunker. • Simpan sedikit stok makanan, air dan keperluan lain di dalam bilik tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh 72 jam. • Maklumkan kepada ahli keluarga anda lokasi dan fungsi bilik tersebut. • Lakukan simulasi menghadapi kecemasan untuk memudahkan dan melancark...

Janji Allah Paling Pasti

  Kata kata nasihat* Bismillah, Doktor tidak berjanji setelah makan ubat kau akan sembuh. Guru tidak berjanji dengan kuliah kamu langsung berjaya. Tapi Allah berjanji perbaiki solatmu maka Allah akan perbaiki hidupmu. **Tanpa pertolongan dari Allah kita ini bukanlah siapa-siapa. 🗨️banyakkan selawat di hari Jumaat

Ayat Pilihan 21 Shawal 1446