Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Rindu Bukan Paksaan

Masyaallah , agak lama jemari ini tak menaip. Sebelum lena diulit mimpi, ada sesuatu yang terbuku yang perlu dilepaskan disini. Subhanallah , tadi, masa azan isyak berkumandang ,tetiba hati ini jadi sayu. Airmata laju sangat alirannya. Tak boleh ditahan tahan lagi. Seminggu ini encik suami kerja shif malam dan tiba tiba tadi , maq rasa bersalah sangat sangat kat beliau. Kalau minggu lepas , beliaulah orang yang pertama siap siap  selepas setiapkali azan. Tapi minggu ini , ketika azan ,beliau sedang dibasahi keringat kerana mencari nafkah demi sesuap nasi untuk anak isteri dirumah. Bukan 8jam tetapi 12jam . Bukan sehari, tapi 6hari dalam seminggu. Ya Allah..kenapa baru harini terasa terlalu besar pengorbanan encik suami buat kami sekeluarga? Sayunya hati ni. Sebak dah buat dada terasa bengkak. Dari awal solat sampai habis solat airmata tak henti mengalir. Rasa diri berdosa sangat sangat. Kenapa semua ini maq nak rasa malam ini? Kenapa sebelum sebelum ni tak rasa gini? Ter

Khutbah Jumaat JDT

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*         INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 27 September 20l9                  27 Muharam 1441 TAJUK  : Golongan Yang Tidak                  Diterima Amalannya                 1) Ingat- setiap amalan di dunia akan diadili di akhirat; Allah SWT tidak menzalimi hamba2Nya; setiap amalan akan dibentangkan; ada amalan yang diterima; ada amalan yg ditolak Allah. 2) Firman Allah Surah Al-Furqan/23 bermaksud: "Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yg mereka telah kerjakan dari jenis amal (yg mereka pandang baik) lalu kami jadikan dia terbuang sebagai debu yg berterbangan". 3) Penjelasan maksud ayat :- 3.1) Di akhirat terdapat golongan yg ketika di dunia membawa banyak amalan yg dipandang sebagai amalan baik. 3.2) Semua amalan menjadi debu berterbangan sebab Allah tidak terima amalan2 tersebut. 4) Asbab amalan2 ditolak- dicemari dengan sifat2 mazmuma

Radang Otot

Assalamualaikum. Alhamdulillah ,waktu ini hujan sedang turun dengan lebatnya ditanah airku , bumi Batu Pahat..hehehe tempat lain harap harap hujan la jugak ya sebab bila hujan turun , jerebu akan lenyap. Eh tetiba teringat pulak lagu legend "when smoke is going down" -  😂 Radang otot? Haaa nak jadikan cerita , akibat berjalan jalan di Bandaraya Melaka ,bandar bersejarah itulah ,akhirnya pada hari Rabu ,maq kena serang sakit bahagian punggung belah kanan tapi bila sakit tu tiba tiba serang , dia punya sakit dan rasa macam satu badan yang sakit, Allahhu terus tak boleh gerak. Biasanya dia serang ketika maq nak bangkit dari tempat duduk. Jalan pun tak boleh laju. Dan macam jalan pengantin pun ada jugak heee.. Biasanya bila sakit sakit badan macam tu ,maq akan telan lah ubat lembut urat dan ubat tahan sakit. Lepas makan 2/3 biji lega dah. Tetapi kali ini dugaan agak mencabar sikit, dah makan 2 jenis ubat tu tapi masih sakit lagi. Paling sukar part buat solat ,  nak duduk

Melaka - Lebih 5 Kilometer Berjalan kaki!

Assalamualaikum. Masih kisah jalan jalan di Melaka. Kali ini pengalaman paling menarik maq dan keluarga. Selepas santai santai sebentar dan merempuh kesesakkan jalanraya di Pantai Klebang, kami berempat pun menuju ke Bandar Hilir dalam pukul 5lebih masatu. Sampai disana , apa yang kami fikirkan masih lagi, " nak parking kereta dimanakah?" Melaka merupakan salah satu negeri terkecil di Malaysia. Selain kawasan terhad ,jalanrayanya sempit, bangunannya, penduduknya, pengunjungnya padat dan yang  paling jelas , pada pendapat maq ,jalanraya Melaka 1970an masih sama je dengan jalanraya Melaka 2019an. Takda apa apa perubahan langsung. Mereka masih kekalkan semua binaan lama yang mempunyai sejarah tersendiri. Dan ada juga bangunan bangunan yang tidak diketahui pemiliknya ,maka ianya gagal untuk dinaik tarafkan sehingga sekarang. Ini antara info yang pernah maq baca. Sekarang Melaka sudah ada daya tarikan pengunjung disepanjang  Sungai Melaka. Dan kali ini kami berempat

Pantai Klebang ,Melaka apa cerita?

Assalamualaikum. Kalau ikut kiraan sejarah keluarga kami, agak lama  jugak maq dan keluarga tidak berkunjung ke Melaka,Bandaraya bersejarah. Alhamdulillah pada 15hb September lepas , bersamaan hari Ahad ( hari encik suami cuti hujung minggu ). Perjalanan tanpa dirancang ini telah memberi 1001 cerita dalam diary hidup maq dan keluarga. Bila encik suami balik dari kampung pada pagi ahad tu , maq baru je siap buat rutin suri rumah. Anak dara berdua tu masih tidur lagi masa tu. Perangai anak dara maq, lepas subuh confirm tidur semula , katanya hari cuti adalah hari untuk bangun lewat. Allahhu .. Nasib baik jerebu ,cuaca mendung je. Kalau tidak , mau "masak" budak berdua tu dalam bilik asbab tidur ketika matahari dah meninggi. Kalini encik suami balik kampung sendirian kerana tugasannya hanya perlukan beliau sorang je. Dan tepat pukul 10 pagi ,beliau dah pun balik ke rumah kami semula. " jom Melaka? " - kata encik suami " Melaka? Serius la?" - maq