Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Adam Aisy PJJ

  Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu.Bawah ni gambar Adam Aisy.Cucu ketiga maq yang duduk serumah dengan maq sekarang ni.Minggu depan dia dah masuk 6 bulan.Alhamdulillah.. Dah berumur ,dah pencen  masih nak bela cucu? Sedangkan itulah masa nak berehat ,santai santai dengan kawan kawan ,buat amal ibadah . Jaga budak tak bebas lah, tak boleh kesana ,kesini ,blah blah,blah.... Ayat atas ni biasa maq dengar.Mungkin tak semua bertanggapan macam tu tapi sebilangannya ada. Ye ,Adam Aisy adalah cucu yang PJJ dengan ibu ayahnya.Perhubungan jarak jauh* Sejak ibunya dalam pantang lagi ,Adam Aisy dah duduk dengan kami.Dan sekarang masih lagi bersama kami sedangkan ibuayahnya sudah pun kembali bertugas diJohor Bahru. Banyak penyebab yang mendorong kami jaga cucu pada usia sebegini. - mencari pengasuh bukan mudah dibandarraya  seperti JB tu.Lebih lagi ibu Adam Aisy bekerja 3 shif dan ayahnya bekerja 12jam setiap hari. - Adam Aisy ada masalah alahan kulit .Kami panggil nama manjanya seb

Iddah kematian suami

 Assalamualaikum. Seminggu lepas abah pergi adalah tarikh lahir abah yang ke 80 tahun. Terasa sangat sebab hadiah birthday tahun ni lain dari biasa.Surah ,zikir dan doa ,itu yang mampu diberikan. Masa sekarang ni ibu masih lagi berkabung dirumah adik lelaki maq di Kempas. Berapa lama iddah bagi isteri kematian suami? ye 130 hari atau 4 bulan 10 hari ( tahun hijrah ) Gambar dari google ** Iddah cerai kematian berbeza tempohnya dengan iddah asbab bercerai hidup. Dan hanya wanita je yang ada iddah ,orang lelaki tak payah beriddah.  Antara perkara yang haram dilakukan waktu dalam iddah. - tidak dibenarkan keluar rumah kecuali pada urusan yang menjadi keperluan dan hal yang menjadi asbab " keterpaksaan " . Contoh : *kena pergi klinik sebab sakit. *kena ke kedai beli bahan makanan sebab tiada siapa siapa yang boleh bantu pergi beli dan makanan dirumah memang dah kehabisan. *kena bekerja untuk tanggungjawab yang ditinggalkan. Larangan lain, -jangan bersolek. -jangan pakai barang kem

Pesanan Terakhir Abah

 Assalamualaikum Berat jarini nak menaip. Tapi sekadar meletakkan memori untuk bacaan ahli keluarga satu masa nanti terutama anak anak ,cucu cucu dan cicit cicit abah, maq gagahi juga. Imbas semula secebis kenangan... Rabu : 5/10/2022 (petang) Adik lelaki maq dah masukan satu pesanan digroup whatsapp kami tiga beradik.Ini pesanan beliau, **Waktu ni maq baru sembuh dari demam setelah beberapa hari diuji.Batuk batuk aje yang masih ada bertahan. Bila dapat pesanan adik lelaki ,maq dan encik suami ambil keputusan nak pergi ke Kempas. ( Kempas - nama tempat ibubapa maq berniaga ) Dengan izin Allah ,Angah masih lagi ada di Batu Pahat ,so baby Adam Aisy ada yang menjaganya. ( Adam Aisy - cucu yang maq jaga sekarang ni ) Dalam perjalanan ke Kempas , maq buat keputusan nak bawa abah balik ke Batu Pahat dan hantar ke Klinik untuk "masukan air "  * bahasa perubatannya maq tak tahu. Bila adik lelaki beritahu , abah tak boleh nak telan apa apa sebab tekaknya sakit.So itu ajelah usaha yang

Majlis Graduasi STPM Aida

Alhamdulillah, pada 18/08/2022 akhirnya Aida menghadirkan diri pada majlis gaduasinya .STPM yang diduduki sejak Julai 2020 menjadi pelajar tingkatan 6 kemudian diuji dengan Covid 19 .Pelajar tingkatan 6 paling lama tempuh pembelajarannya. Rupanya dah lama sekolah Dato Bentara Luar tak buat majlis seperti ini. Tapi disebabkan STPM tahun 2021 kalini ramai pelajar yang dapat keputusan cemerlang, sekolah berbesar hati untuk meraikan pelajar pelajar nya.  Alhamdulillah.. Tahniah Aida atas pencapaiannya. Maq doakan semoga Aida akan terus berjaya didunia dan akhirat. Inshaallah ,Aamiin.. Maq dan encik suami merupakan ibubapa pelajar yang pertama sampai kemajlis tu ,so peratikanlah suasana sekolah waktu tu, hehehe sunyi sepi je sis ... Lepas ni Aida nak sambung belajar kat mana? Ramai yang bertanya soalan seperti ini.Memandangkan Encik suami pun dah pencen,maq serah semua pada aturan Allah untuk masa depan Aida.Apa yang mampu maq buat sekarang ni,mendoakan kejayaan Aida untuk kehidupannya . Me

Doa Doa Dari Al Quran Dan Hadis

Assalamualaikum. Bawah ini antara doa dari Al Quran dan hadis yang elok dibuat amalan.Ini hasil dari salin dan tampal Maq dari group whatsapp. gambar sekadar hiasan** 1. DOA MEMOHON KEAMPUNAN Daripada Aisyah r.a., bahawa beliau bertanya Nabi Muhammad SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar, maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Baginda bersabda: اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.” (HR Tirmizi) 2. SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR) Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ:  اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ ال

Galeri Ustazah Asma' Harun & sale merdeka!

 Assalamualaikum, 18/7/2022 maq sempat singgah ke galeri ustazah Asma Harun yang terletak di bandar Senawang,Negeri Sembilan. Rupanya tak susah pun nak cari galeri ustazah ni. Exit tol Senawang ,belok sana ,belok sini , masuk simpang sana , keluar simpang sini , dah sampai. Nak lebih mudah ,cari Pasaraya Mydin Senawang ,diaorang pakat pakat duduk area sama je tu. Beli apa kat galeri tu? Kami cari jubah untuk encik suami dan Maq pulak beli kurma tangkai sebagai ole ole dari Senawang untuk anak cucu dirumah. Sebetulnya takda plan pun nak ke galeri tapi disebabkan dah lalu,so singgahlah sekejap untuk ' mencuci mata ' Eaah..macam shopping balik umrah pulak ek! bawa kurma dan jubah. Ok,itu  cerita 18/7/2022. Sekarang maq nak cerita terkini pasal galeri Ustazah tu. Jom baca bawah ni. JUALAN HARGA GUDANG TERBESAR SEHINGGA 70% DI GALERI USTAZAH ASMA’ HARUN 😃🎊✨ Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.  Sempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 ✊, Galeri Ustazah Asma’ Harun berbesar

Bila Kematian Suami,Isteri nak buat apa?

  Assalamualaikum. Terjumpa sedikit maklumat ni. Dan demi kebaikan kepada mereka yang berkaitan,maq kongsi dalam blog peribadi milik maq.Semoga beri manfaat. Bila suami meninggal ,pertamanya isteri perlu iddah selama empat bulan 10 hari tanpa apa-apa solekan untuk berhias dan cukup sekadar bersih serta keluar rumah hanya urusan penting sahaja. Seterusnya, isteri perlu selesaikan hutang suami daripada harta peninggalannya dan harus tuntut bahagian harta sepencarian di mahkamah syariah. Seorang isteri juga perlu tunaikan wasiat suami jika ada sebelum mati serta segerakan pembahagian faraid daripada tinggalan harta si mati. Waallahua'lam

Duit itu tanda sihir?

Bismillah, Pertengahan bulan Ogos lepas,maq sekeluarga dikejutkan dengan penemuan dua keping duit rm1.00 dibawah pasu pokok keladi hiasan rumah kami. Yang buat kami hairan bin pelik anjung rumah kami tu tinggi ,nak kata anak anak jiran letak ,macam tak masuk akal pulak.Biasanya anak jiran bermain sampai parkir kereta je takda pulak sampai naik ke anjung atas tu. Nak kata cucu letak ,diaorang dah 2 minggu tak balik rumah kami sebab mama diaorang tak sihat.Batuk & asma. Lagipun  gerobok hitam tu tinggi kot untuk seorang kanak kanak capai. Video bawah ni dirakam lepas encik suami beritahu ,ada dua tempat yang diletakkan duit tersebut.  Bila maq update kat status wasap,ramai pm pesan jangan ambil kalau itu bukan duit kami.Katanya seperti ada niat tak elok yang dihantar ke rumah kami.Maq pun akurlah pesanan tu.Dah sah sah memang bukan hak maq. Tapi pada petang Khamis 18hb ( waktu maghrib ) , encik suami rupanya dah ambil duit duit tersebut untuk diisi ke tabung masjid. Beliau maklumkan

Komen Disorok

 Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah 1444. Bila maq check ada entri yang dikomen tapi bila masuk kat blog takda pulak, hati terus lah jadi celaru .Kenapalah blog nak buat magik pulak ni, rasa macam tak lawak okey.. Lepas beberapa lama bila maq perati,laaa rupanya komen tu disorokkan dulu.Bagi owner blog luluskan barulah publish ..adeh,maq pun satu ,benda mudah macam itu pun tak reti reti nak  paham hehehehe.. Bukan apa, sebelum ni maq memang takda pun setting nak sorokkan komen komen tu . Mungkin banyak sangat kot komen yang berunsur tak sihat diberi  so blogspot  pun settinglah elok elok bagi suasana jadi tenang & damai gitu. **cewah  padahal memandai mandai je maqnie ni hehe  Bytheway terima kasih la kat sahabat blog yang rajin beri komen kat blog maqnie ni.Contohnya Wak Warisan Petani & Dana serta tukang tukang komen yang sudi mengomen kat blog maq. Thanks ye,nanti bebila maq belanja minum cendol kat Batu Pahat hehe. okey dah boleh rasa lega dah ni.Problem dah tak jadi masala

Set Kurus Nutrilite

 Assalamualaikum. Seperti maq jangkakan ,2022 ni permintaan untuk set kurus dari nutrilite sangat laris .Hampir setiap bulan ada je permintaan dari pelanggan.Yang repeat order pun ada. Mungkin ada yang nak tahu berapa harga untuk set kurus ini kan? CB plus (90 biji RM 164.50) Lecithin E (150 biji RM99.00) Green T ( 60 biji RM185.00) Harga yang maq bagi adalah harga bukan ahli.So kalau nak dapat harga ahli,anda boleh daftar sebagai pelanggan istimewa amway ( APC ) .Daftar hanya dengan RM20 ,anda boleh beli semua produk amway dengan harga ahli selama setahun!  Ada berapa produk amway ? yes kurang lebih ada lebih dari 400 jenis produk ! wow ! banyak tu...!! Nak jadi APC meh la pm maq kat facebook /tiktok/instagram