Posts

Showing posts with the label haji

BMI Bakal Haji 1448H

Image
  Bismillah, Untuk tahun 2027 nanti,syarat BMI saringan kesihatan untuk bakal haji nampaknya semakin ketat. Kalau dibandingkan dengan BMI haji tahun 2026 yang lalu,tahun 2027 ada sedikit perubahan. BMI bakal haji 2027 sumber : KUJDT  BMI Bakal Haji tahun 2026. Semoga yang baik baik sahaja untuk semua. Kesihatan yang "mampu" juga satu keperluan buat bakal haji.

Cara Daftar Kursus Asas Haji 2026 (1448H)

Image
  Bismillah, Kalini Maq nak kongsi cara macam mana nak daftar kursus asas haji. Takda syarat yang menghalang korang untuk join kursus ini.Dapat tawaran haji atau tidak,  semua muslimin dan muslimat diMalaysia layak untuk sertai kursus asas haji.Yang dah pernah pergi haji pun ada yang join.Sebab mereka suka cari ilmu.Masyaallah. Jom lah ikut step kat bawah ni untuk tau cara nak daftar kursus asas haji. 1 - Sebelum nak join ,korang kena tahu lokasi kursus akan dijalankan.Kena check dekat Thjari untuk cari lokasi yang terdekat dengan tempat tinggal korang.Nanti bolehlah pilih tarikh dan hari kursus  berlangsung yang  bersesuaian dengan waktu yang korang boleh pergi. 2- Kemudian kena jugak pastikan yang korang dah install MyDigital ID.Dan jangan lupa daftar je terus id korang.Awal tak kalut.Tak pandai? suruh anak buatkan. 3 - Bila dah sampai tarikhnya ,pastikan fon korang tu ada internet.Zaman now semuanya dihujung jari.So siapkan data fon awal. 4 - Nanti diatas meja daf...

Tabung Haji Dah OK Ke Tu??

Image
  Bismillah, Alhamdulillah harini semua urusan berkaitan dengan lembaga tabung haji telah mula kembali seperti sediakala. Maq pun tak pasti sama ada ianya dah pulih 100% atau berperingkat peringkat. Moga moga semua pendeposit berpuasati dengan tindakan menyeluruh dari pihak tabunghaji untuk keselamatan yang seterusnya. Dibawah ni,maq ada copy and paste makluman dari page tabung haji di laman sosial facebook mereka. So korang nanti tak payah nak penatkan jari nak belari masuk link facebook tabung haji tu lagi. Musim jerebu macam sekarang ni semuanya nampak samar samar,itu amat membahayakan. Eh! tiber 😂 ======================================== Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan perkhidmatan utama telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan. Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH. Bagi sebarang...

Tabung Haji Diuji Lagi

Image
  Bismillah, Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan  tutup. Ini adalah bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam Tapi yang lebih membimbangkan warganegara Malaysia pada minggu ini terutama kepada sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit di tabung haji ) apabila semua urusan mereka telah tertangguh. Thijari tabung haji offline! klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Dah nak masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'. Kenyataan rasmi tentang apa yang berlaku telah pun dikeluarkan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka. Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang simpanan mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link berkaitan tabung haji telah 'offline'. - Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat. -Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat. - Ada yang nak teruskan urusan tawaran...

Musim Haji VS Musim Durian

Image
  Bismillah, Harini 5 Muharam 1448H. Orang pergi haji pun dah semakin ramai dah balik ketanah air.Alhamdulillah.Lain lain masih busy nyoping di dua tanah suci tu. Bila tanggungjawab lakukan haji dah selesai ,mesti jiwa rasa lega dan puas.Shopping adalah detik detik sebelum pulang ketanah air.Bak kata sesetengah jemaah,nak habiskan duit rial je ni.Malas nak bawa balik Malaysia,hehehe bijak. Maq ada baca kisah jemaah yang kos keseluruhan penghantaran barang yang dia shopping masa musim haji baru baru ni mencecah SAR 3600! berat keseluruhan kotak 200kg.Kesian petugas pos laju,letih nak buat kira kira.Tu baru sorang jemaah,kalau 31,600 orang jemaah? Tapi bukan selalu kan.Haji tu seumur hidup sekali je buat.Semua barang tu nanti boleh dibuat kenangan dan cenderahati. Apapun pesanan maq buat para jemaah haji,jangan habiskan duit tu dulu, kat Malaysia sekarang ni musim durian.Semua harga murah murah.IOI pun sekilo rm10 je.UM,BT,MK harga semua bawah RM20/kg.Durian kampung dapat rm3-rm5/kil...

Hari Raya Korban 2026

Image
 Bismillah, Dua hari sebelum aidil adha,tetiba encik suami bawa balik sehelai baju t-shirt. Warnanya wow menyerlah sungguh. Maq tanya ,"baju siapakah?" Sambil tersenyum beliau beritahu maq yang beliau join crew masjid taman untuk aktiviti Qurban tahun 2026 ni dan baju ni adalah baju untuk crew. Ini baru pertamakali encik suami jadi crew dalam ibadah qurban dimasjid taman kami sepanjang kami tinggal disini,kurang lebih dekat 30 tahun 😅 Balik dari solat sunat hari raya, bergegas je beliau bersiap nak ke masjid semula.Bila maq tanya "are you ready?" ***Dijelingnya kita ,waaakk...😂 tau dah dia,isteri dia memang kuat menyakat. Kanda dah nak pergi berjuang,dinda duduk je di rumah makan nasi impit ,paru sambal, lodeh dan kuah kacang. Hahaha bereh !  Takpa ,esok pagi kita brisk walk semula,lama sangat kaki ni tak jalan jalan sejauh 3km ,cewah 😆 Selamat hari raya aidil adha dari kami ❤Berkorban apa sahaja, harta ataupun masa. Niatnya cuma satu,semua kerana Allah.Takbir!

9 Zulhijjah 1447H

Image
  Bismillah, Hari ini hari Arafah (9 Zulhijjah 1447H)Jam 5.18 petang nanti,tolong standby, letak tepi handphone kejap (kecuali untuk tengok teks doa), dan cari ruang yang tenang. Kenapa? Sebab bermula Jam 5.18 petang hingga 11.57 malam (Selasa, 26 Mei 2026) adalah waktu kemuncak di mana pintu langit terbuka luas untuk menerima doa kita.  Waktu ini adalah waktu yang sangat mustajab kerana ia berlangsung serentak dengan waktu wukuf para jemaah haji di bumi Mekah. Jangan biarkan hari Arafah berlalu seperti hari biasa begitu sahaja. Kadang-kadang di depan orang kita boleh tersenyum, tapi sebenarnya dalam hati kita teramat penat. Kita semua sedang diuji dengan jalan cerita yang berbeza: - Ada yang sedang hebat diuji dengan sikap suami atau isteri. - Ada yang rezekinya melimpah-limpah, tapi rumah tangga pula tak pernah tenang. - Ada yang kerjayanya cukup stabil, tapi hati sentiasa rasa kosong. - Ada yang berduit, tapi anak-anak pula menjadi punca ujian. - Ada yang setiap malam boleh...

Hukum Keluar Mekah Lebih 2 Marhalah Sebelum Wukuf

Image
  Bismillah, Jemaah haji yang keluar dari Mekah melebihi dua marhalah seperti ke Taif sebelum hari kemuncak haji atau wukuf serta gagal berniat ihram haji atau umrah ketika masuk semula ke Tanah Haram boleh dikenakan dam isa’ah tertib dan taqdir iaitu wajib menyembelih seekor kambing. Peringatan itu susulan terdapat segelintir jemaah haji Malaysia yang telah menyelesaikan ibadah umrah dilaporkan keluar dari Mekah dan menuju lokasi melebihi dua marhalah (lebih 81 kilometer) seperti Taif bagi tujuan ziarah sebelum Hari Wukuf. Pakar Rujuk Haji, Dr Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith berkata, jemaah haji yang keluar dari Mekah ke lokasi seperti Taif sebelum Hari Masyair perlu memahami implikasi hukum dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mengelakkan isu ibadah dan berdepan masalah keselamatan sumber : AWANI news

Makanan Tambahan Untuk Jemaah Haji

Image
  Bismillah, Maq ada terjumpa satu status facebook.Beliau update tentang makanan tambahan ,vitamin dan fungsinya untuk jemaah haji. Yelah kan, duduk negara orang 40-50 hari.Dalam keadaan cuaca yang berbeza dan tidak menentu.Pergi pulak nak buat ibadah.Badan kena sihat.Waktu tu bukan ada ahli keluarga yang boleh jaga kita.Masing masing fokus pada ibadah yang dibuat sekali seumur hidup. So sebelum pergi haji,elok lah persiapkan badan dengan pengambilan vitamin untuk jadi kekal sihat.( Dengan izin Allah ) Jomlah kita baca teks tersebut. =============================== Ubat itu memang perlu, cuma kadang kadang ubat itu hanya melegakan simptom sahaja dan bukan memberi kelegaan lama pun. Semasa mengerjakan haji, kesihatan kita mesti kena kuat dan cergas. Sebab ibadah disana memang memerlukan kita kuat mental dan fizikal. sekadar hiasan 4 supplemen yang perlu anda bawa: 1. Magnesium Magnesium bantu fungsi otot dan saraf, serta membantu badan lebih relaks. Kenapa penting untuk Haji: Kurang...

Masjidil Haram Bangunan Paling Mahal Di Dunia

Image
  Bismillah, Masjidil Haram di Mekah mendahului senarai bangunan paling mahal di dunia, dibina dengan kos USD 100bilion!!!! Saiz: Satu juta (1,000,000) meter persegi 🕋 Kapasiti: – Mampu menampung dua (2) juta jemaah pada satu-satu masa; 🕋 Kunjungan: – Menerima dua puluh (20) juta pengunjung setiap tahun; 🕋 Operasi: – Dibuka dua puluh empat (24) jam sehari; – Tidak pernah ditutup sepenuhnya selama lebih 1,400 tahun; 🕋 Kebersihan: – Mempunyai 1,800 petugas pembersihan dan 40 kenderaan pembersihan sanitari elektrik; – 60 mesin sanitari elektrik untuk membersihkan kawasan lapang; – 2,000 tong sanitari ditempatkan di seluruh kawasan masjid; 🕋 Lantai & Permaidani: – Lantai diliputi 40,000 helai permaidani (panjang keseluruhan melebihi jarak antara Jeddah dan Mekah, iaitu 79 km); 🕋 Tandas: – 13,000 tandas, dibersihkan empat (4) kali setiap enam (6) jam; 🕋 Air Minuman: – 25,000 dispenser air (antara sistem agihan air terbesar di dunia); – 100 sampel air minuman diperiksa setiap ...

Berat Ujian Bakal Haji 2026

Image
  Bismillah, Awalnya dipanjatkan rasa syukur alhamdulillah untuk berita yang ini. Tapi sehari dua ini kita dikhabarkan dengan satu berita,bahawa : what!?? 50% Jemaah Haji 2026 tolak tawaran haji sebab simpanan kurang? Serius lah!? Apa yang difahamkan mereka yang dapat surat tawaran tu adalah pendeposit yang dah lama menunggu giliran dari tahun ke tahun.Tetiba bila dah dapat tawaran kok ditolak? Ramai bakal jemaah haji dapat SMS dari tabunghaji untuk cukupkan simpanan dalam akaun tabunghaji mereka. Minima RM15K. Kenapa ek? Apakah setiap tahun memang macam tu ye? Apakah semua ni terkesan dari kes pendeposit yang ramai keluarkan simpanan mereka baru baru ini?  So sekarang pihak tabunghaji dan BH 2026 terpaksalah menanggung kesan sampingannya? Kenapa sebelum ni takda ke usaha nak  'rebranding' untuk tambahkan simpanan pendeposit ? Rasanya tiap tahun ada pemberitahuan, nanti dapatlah bakal jemaah haji usaha buat persiapan. Tapi kenapa cakap 50% menolak tawaran?Dah last minutes...

Sembang 11/11/2025

Image
  Pemandangan indah** Bismillah, Harini Selasa bersamaan 20 Jamadil awal 1447H.Lama dah maq tak bersembang sorang sorang dalam blog. Sekarang ini blog peribadi maq lebih kepada salin tampal tentang aktiviti berkaitan haji jek.Bukan apa,niat maq cuma nak kongsi apa yang maq dah baca dan maq dah faham sikit sikit tentang haji. Bagi maq ,tunaikan haji bukan macam kita jalan jalan makan angin tapi ianya merupakan ibadah terpaling besar untuk dilakukan oleh seorang muslim yang berkemampuan.Bak kata orang dulu dulu,besar periuk besarlah keraknya ,besar ujian besar jugaklah ganjaran pahalanya.Inshaallah. Salah satunya kita perlukan pengorbanan masa yang agak panjang, tenaga ,wang ringgit dan ada banyak lagi hal hal yang berkaitan.Yang kadang tu kita tak jangka semua tu boleh kah kita jalankan. Andai kata semua diatas tu menetapi syarat sekalipun tapi ilmu kurang dititik beratkan, makanya ibadah jadi tak tentu hala.Tu yang kadang kadang lepas balik haji ramai haji dan hajjah bercakap begit...

5 Tempat Mustajab Doa diTanah Suci

Image
  Ruang solat dibumbung Masjidil haram Bismillah, Ada tempat-tempat tertentu di tanah suci yang doanya tidak berpintu dan di Tanah Suci, ada lima tempat yang Rasulullah ﷺ sendiri tunjukkan tempatnya. 1. Raudhah  Antara mimbar dan rumah Rasulullah ﷺ terhampar sebuah ruang kecil yang luar biasa nilainya.Sabda Baginda ﷺ: “Antara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman Syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Waktu terbaik untuk masuk biasanya mengikut giliran yang ditetapkan, lelaki dan wanita berbeza sesi dan perlu mendaftar serta mendapat giliran di apps yang telah ditetapkan. 2. Hijr Ismail  Berbentuk seperti separuh bulatan di sisi Kaabah, ramai tidak tahu bahawa inilah sebahagian daripada Kaabah yang asal. Ketika Quraisy membina semula Kaabah, mereka tidak cukup dana,maka bahagian ini dibiarkan di luar binaan. 3. Maqam Ibrahim  Bayangkan batu yang masih menyimpan jejak tapak kaki Nabi Ibrahim عليه السلام, ketika Baginda membina Kaabah bersama Nabi Is...

Amalan Tips Rayuan Haji

Image
  Sekadar pelepas rindu... Bismillah, Minggu lepas Maq ada ke pejabat Tabung Haji Batu Pahat.Ada sedikit urusan yang perlu uruskan disana. Sewaktu berurusan Maq ada bertanya kepada pegawai tabung haji berkaitan rayuan haji.Bawah ni antara perbualan kami yang maq masih ingat lagi. Maq : Cik , tumpang tanya.Andai kata saya sebagai pendeposit yang lambat daftar haji betul ke kena tunggu cukup 5 tahun baru boleh buat permohonan rayuan haji? Pegawai THBP : owh tak perlu puan,kalau simpanan melebihi 15K puan dah layak buat rayuan haji melalui muassasah.Tapi nanti kos haji adalah bayaran penuh iaitu RM33300 pada tahun ini. Maq : ooh ..saya sangka kena cukupkan jarak 5 tahun baru boleh buat rayuan. Pegawai THBP : (sambil senyum meleret) tak perlu puan,sekarang pun puan dah boleh buat rayuan haji untuk musim haji tahun hadapan. Maq : haaa? boleh dah? masyaallah ye ke? Fahaman saya ,yang sedang buat rayuan sekarang hanya untuk ikut PJH dan ikut mahram jek. Pegawai THBP : tak puan, semua oran...

Info Haji 2026

Image
  Bismillah, Banyak info yang masyarakat kena tahu perihal yang berkaitan haji yang dikelolakan oleh pihak tabung haji tentang haji 2026 . Info dibawah ini maq dapat dari group fb jemaah haji Malaysia.Hasil salin tampal** 🔥1. Tawaran Haji (P1) ✅️ Setakat ini 3 batch tawaran telah dikeluarkan: 24, 29 & 30 Oktober 2025. ✅️ Proses tawaran masih berjalan dan belum dimaklumkan tarikh akhir. ✅️ Calon dalam THiJARI bertanda “Tersenarai 1447H” akan menerima tawaran secara berperingkat. 🔥2. Rayuan Haji ✅️ Dibuka mulai 3 November 2025. ✅️ Kategori rayuan mahram: suami/isteri perlu sahkan tawaran dahulu. ✅️ Rayuan lain: boleh terus buat permohonan dalam THiJARI. ✅️ Tabung Haji akan menilai purata baki simpanan sebelum meluluskan rayuan. 🔥3. Syarat Simpanan Minimum RM15,000 ✅️ Bermula 1447H, tawaran hanya diberi kepada jemaah dengan minimum RM15,000 dalam akaun Tabung Haji. Hanya ~60% calon dalam senarai asal memenuhi syarat ini. ✅️ Ini bermakna masih banyak kekosongan kuota untuk merek...

Fast Track Pemeriksaan Haji 2026/1447H

Image
  Assalamualaikum kepada Bakal Jemaah Haji 2026. Saya nak share beberapa tips bagaimana hendak memperlancarkan pemeriksaan kesihatan berpandukan pengalaman yang saya perolehi sebagai doktor pemeriksa Jemaah Haji pada tahun-tahun yang lalu. Tips yang saya kongsikan ini adalah sesuai dengan Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Jemaah Haji Edisi 11. Tips No 1: Lakukan pemeriksaan kesihatan di kinik terdekat untuk mengetahui status kesihatan anda sebelum menjalani pemeriksaan perubatan bakal haji. Pastikan tekanan darah, paras gula darah, dan SpO2 anda berada dalam keadaan stabil. Pastikan juga BMI anda dibawah 37.5kg/m2. Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika belum terkawal. Tips No 2: Jika anda mengidap penyakit kronik, pemeriksaan yang bersuaian dengan table yang saya sertakan boleh dilakukan. Senang nak kata buat sahaja general examination seperti FBC, FBS, HbA1c, FSL (cholesterol), CXR (x ray dada), dan ECG (jantung). Secara umum laporan lab boleh diguna pakai jika pemeriksaa...

Tambah ilmu berkaitan haji

Image
  Gambar sekadar hiasan Bismillah, ini adalah hasil salin & tampal 𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐇𝐀𝐉𝐈. Ibadah haji hanya dapat difahami ketika mengerjakan haji. Namun, ilmu yang diperolehi semasa kursus haji sangat berguna untuk memastikan ibadah haji sah dengan sempurna. Jangan risau jika sepanjang kursus haji, terlalu banyak perkara yang diceritakan oleh penceramah. Para jemaah haji tidak perlu menghafaz dengan bersungguh-sungguh - seperti nak masuk exam - semua maklumat yang diberikan. Cukup terlebih dahulu membiasakan diri dengan segala istilah dan penerangan yang diberikan. Pada pandangan saya, apa yang perlu diketahui sebelum daripada kursus haji ialah perjalanan ibadah haji berdasarkan jenis-jenis haji. Ini penting agar para bakal jemaah dapat membuat pilihan dan memberi perhatian yang khusus terhadap jenis haji yang dipilih. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭𝐭𝐮’. Masuk ke Mekah dengan niat umrah. Selesaikan ibadah umrah terlebih dahulu. Kemudian, tunggu hari untuk mengerjakan...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

Image
  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Image
Bismillah, Di bawah ini maq kongsikan penulisan mantan menteri dijabatan perdana menteri bahagian hal ehwal islam - Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai isu tabung haji & penjenamaan semula. Maq memang hormati beliau ni sejak dulu hingga ke hari ini,inshaallah.Seorang yang berakhlaq baik dan ilmunya padu. POLEMIK PENJENAMAAN SEMULA TABUNG HAJI 1. Tabung Haji (TH) lahir daripada ilham besar Profesor Diraja Ungku Aziz untuk menghimpunkan simpanan umat Islam di Malaysia, lalu dipayungi undang-undang agar urusan ibadah haji mereka terjamin. Sejak 1963, ia berdiri sebagai institusi kebanggaan negara yang menggabungkan urusan kewangan dengan roh ibadah.  2. Penjenamaan semula adalah sebahagian usaha mengekalkan daya saing dan imej global. Kali terakhir penjenamaan dan penambahbaikan logo dilakukan ialah pada tahun 2009. Namun, apa pun bentuk perubahan, ia mesti berpaksikan kepada maruah agama dan keyakinan umat. 3. Semasa saya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana M...

Kelebihan Selawat Hajjiyah

Image
  Bismillah, Ada sebabnya kenapa maq update selawat hajjiyah yang diatas.Jom kita tonton video dibawah ni pula. So,bagi korang yang sedang berusaha untuk dapat panggilan menjadi tetamu Allah,boleh lah amalkan selawat ini.Usaha jangan putus,doa jangan jemu. Belum daftar haji? Bawalah wang sejumlah RM1300 ke mana mana pejabat tabung haji yang berhampiran korang tinggal untuk daftar haji. Inshaallah Allah permudahkan semua urusan. Tak cukup RM nak daftar haji?  Kalau korang ada simpanan di KWSP ,pergi ke pejabat KWSP berhampiran,ambil salinan penyata simpanan korang kat pejabat KWSP, kemudian bawa salinan tu ke pejabat tabung haji,nanti petugas akan settlekan.Korang cuma sediakan RM 10 je kot untuk bukak akaun.Jumlah masih RM1300 yang ditolak.Bukan semua duit KWSP korang tau! Nak lebih jelas masuk je dalam link ni Nota terpaling penting -  Korang buka akaun & daftar haji serentak!  Jangan jadi macam maq, buka akaun ditabung haji lepas tu tak daftar haji, lastly kena...