Posts

Showing posts with the label masyarakat dan anda

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

Image
  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

Image
  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Susuk Pada Tahun 2026

Image
  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Pada Hari PRN 2026 JOHOR

Image
  Bismillah, Harini 11 Julai 2026. Awal pagi lagi maq dan encik suami dah gerak ke tasik Y untuk brisk walk.Tapi kali ini kami pilih nak berjalan dikawasan yang lebih jauh sedikit,iaitu di Dataran Penggaram. Dengan langkahan macam biasa ,inilah yang terhasil tadi. Syukur alhamdulillah. Harini juga adalah hari pemilihan dun untuk negeri Johor musim ke 16.Giliran maq menanda kertas undi adalah seperti yang dinyatakan dibawah ini. Okey maq cadang nak keluar le pusat mengundi lepas solat zuhur.Inshaallah ❤ Yaa Allah permudahkanlah dan jangan dipersulitkan.🤲

Menjelang PRN 11 Julai 2026

Image
  Di persimpangan Kampung Koris. Dun Senggarang. Bismillah, Harini 6 Julai 2026. Pada 11 Julai 2026 akan datang, orang Johor akan keluar mengundi.Kalini pilihanraya negeri gerak awal sikit selepas Adun diseluruh negeri Johor dibubarkan. Maq tak mahir kalau nak bercerita lelebih pasal pilihanraya.Yang maq tahu,tanggungjawab maq hanya sebagai pemilih.Maq wajib keluar mengundi untuk selesaikan tanggungjawab sebagai warganegara negeri dan negara. Tentang kempen ke, penyokong taksub ke ,maq memang tak ambil peduli.Pada maq siapa pun yang menang dipilihanraya nanti,mereka lah yang akan "berkuasa" dalam negeri atau negara. Apa pun pulangannya sama je nanti, rakyat yang memilih,rakyat yang tertekan,rakyat jugaklah yang kena tanggung semua masalah.Yang dah berkuasa takkan rasa semua masalah seteruk rakyat rasa.Sebab tu maq kata ,hujung hujung mangsanya tetap rakyat juga.Malah pendatang asing adakalanya lebih beruntung dari warganegara sendiri. Tapi disebabkan ini adalah amanah, rakyat...

Orang Hidup VS Orang Mati

Image
  Bismillah, Dalam hidup ini kita kena selalu fikir pasal orang mati.Jangan terlalu fikir pasal orang yang masih hidup. Kenapa? Kata ustaz Naim Sadoon , bila kita banyak fikir pasal orang hidup,nanti kita susah nak buat persiapan untuk mati.Mungkin korang boleh faham apa maksud ustaz. Gambar kenangan umrah 2019. Waktu ni dalam program ziarah Masjid Nabawi dan kawasan sekitarnya. Belakang kami tu kawasan perkuburan Baqi' yang mana peraturannya hanya orang lelaki je boleh masuk kawasan kubur.Orang perempuan tidak dibenarkan. Tapi kenapa kami berniqab? Saja nak rasa aura jadi mak mak arab hahahaha. Guys,bila kita ziarah kawasan perkuburan automatik kita akan ingat mati.Tapi ramai orang taknak pergi kubur alasannya kawasan kubur keras. Ye betul lah tu.Batu nisan dan kepoknya kebanyakkan diperbuat dari kayu cengal dan batu sungai serta bermozek.Sebab tu kawasan kubur keras! Dah masuk tahun 2026 - tolonglah guys, buang semua fikiran kolot tu.Pergi ke kawasan kubur akan jadikan diri ...

Musim Haji VS Musim Durian

Image
  Bismillah, Harini 5 Muharam 1448H. Orang pergi haji pun dah semakin ramai dah balik ketanah air.Alhamdulillah.Lain lain masih busy nyoping di dua tanah suci tu. Bila tanggungjawab lakukan haji dah selesai ,mesti jiwa rasa lega dan puas.Shopping adalah detik detik sebelum pulang ketanah air.Bak kata sesetengah jemaah,nak habiskan duit rial je ni.Malas nak bawa balik Malaysia,hehehe bijak. Maq ada baca kisah jemaah yang kos keseluruhan penghantaran barang yang dia shopping masa musim haji baru baru ni mencecah SAR 3600! berat keseluruhan kotak 200kg.Kesian petugas pos laju,letih nak buat kira kira.Tu baru sorang jemaah,kalau 31,600 orang jemaah? Tapi bukan selalu kan.Haji tu seumur hidup sekali je buat.Semua barang tu nanti boleh dibuat kenangan dan cenderahati. Apapun pesanan maq buat para jemaah haji,jangan habiskan duit tu dulu, kat Malaysia sekarang ni musim durian.Semua harga murah murah.IOI pun sekilo rm10 je.UM,BT,MK harga semua bawah RM20/kg.Durian kampung dapat rm3-rm5/kil...

Hikmah Disebalik Sesat

Image
  Gambar bunga tulip ini maq dapat dari galeri google plus maq. Gambar yang maq post pada tahun 2008. Bismillah, Bila sebut 2008, Maq teringat kisah seorang pelajar UiTM tahun akhir yang sesat dalam hutan selama 19 hari dihutan Gunung Tahan. Nama panggilan viralnya Umai.Nama sebenar Nur Maisara.Beliau berasal dari Johor. Masa tu laman sosial taklah sehebat sekarang.Dengar berita pun dalam tv jek.So setiap pukul 1.30 tengahari atau pukul 8.00 malam Maq akan tunggu berita demi nak tahu perkembangan terkini kisah adik Umai. Semalam,Allah beri maq rezki masa,dapatlah melayan podcast ulang cerita kisah Umai selepas 18tahun peristiwa itu berlalu.Dapatlah Maq tahu kisah yang sebenar yang belaku kat beliau. Korang tau tak,durasi 1jam 39minit tu,Maq tonton buat 3 episod.Bila kisah tu jadi sedih,maq 'pause' kan kejap.Maq buatlah kerja rumah semula. Lepas siap kerja rumah,dah masa berehat,maq sambung tonton video podcast tu.Gitulah cara maq layan youtube yang durasinya panjang berjela. M...

Kalaulah...

Image
Bismillah, KALAULAH MALAYSIA DISERANG EMP: APA AKAN BERLAKU DALAM 24 JAM PERTAMA? Hari itu bermula seperti biasa. Orang bangun pagi, gosok gigi, buka telefon, semak WhatsApp. Tapi tiba-tiba semuanya padam. Telefon tak menyala. Radio tiada siaran. ATM tak berfungsi. Di jalan raya, lampu isyarat semua mati. Kereta moden berhenti di tengah jalan. Tiada siapa faham apa sedang berlaku. Inilah detik pertama selepas serangan EMP ke atas Malaysia. Satu denyutan elektromagnet yang melumpuhkan seluruh grid elektrik dan peranti elektronik di kawasan yang terjejas. Ia tidak berbunyi, tidak meletup, tapi kesannya menyeluruh. Dalam 30 saat pertama, sistem komunikasi negara jadi kosong. Di hospital, peralatan pembedahan berhenti. Bekalan oksigen tergendala. Penapis udara di ICU mati. Mesin dialisis beku. Staf perubatan panik. Tiada panggilan boleh dibuat ke jabatan lain. Lif tak berfungsi. Bayi dalam inkubator tiada pendingin. Jururawat cuba guna lampu suluh, tapi semuanya bergantung pada bateri yang...

Masyarakat Kena Prihatin

Image
  Replika Gambus - antara mercu tanda daerah Batu Pahat Bismillah, Semalam Batu Pahat digemparkan dengan kematian seorang pelajar tahun 2 yang kemalangan dihadapan pintu pagar kawasan sekolah tempat dia belajar. Sebelum tu kita dah dengar juga kisah bagaimana dua orang pelajar yang dirempuh oleh sebuah kereta salah seorang tenaga pengajar  dari sekolah mereka sendiri.Biarpun lokasi sekolah berbeza tapi kisah ini melibatkan pelajar sekolah.Kejadian tersebut melibatkan kematian seorang pelajar dan seorang lagi katanya cedera parah. Dan waktu ini pemilik kenderaan pun sudah dibicarakan di mahkamah. Ye betul ini adalah takdir yang Allah dah tentukan buat semua yang terlibat.Sebagai warganegara level mak mak ,dua kes ni maq nampak ganjil pada satu sudut.Iaitu,  "bagaimana kenderaan boleh berada dalam kawasan sekolah disaat waktu waktu kemuncak?" Van hantar barang tu tak boleh ke tunggu keadaan reda dulu? Kita tak boleh nak harapkan pak guard je untuk kawal situasi kemuncak tu....

Kita Perlu Bersiap Sedia

Image
  Kata kata nasihat PMX Bismillah, Dari hari ke sehari ,masyarakat dunia semakin tertekan dengan pelbagai krisis global. Pak menteri pun ramai dah berpesan pesan kepada rakyat jelata termasuklah Perdana Menteri Malaysia ,Dato Seri Anuar Ibrahim. **klik gambar untuk bacaan lebih jelas. Di group prepper pun ,masing masing semakin rancak berkongsi maklumat tentang prep.  Antara barang yang disebut ,simpan beras,air bersih,makanan makanan kering,tenaga solar,ubat²an dan ada banyak lagi isu isu yang dibincangkan. Apa pun maq hanyalah seorang " silent reader" .Siapalah saya untuk berkata kata didalam kelompok prepper yang hebat hebat disitu. Sekarang ini perbincangan tentang basikal sedang di update.Bila stock minyak negara hanya tinggal beberapa masa sahaja lagi,dan kapal Malaysia yang berjaya melalui selat hormuz itu tidak bawa minyak untuk Malaysian,maka para prepper ambil jalan penyelesaian untuk aktiviti harian dengan berbasikal. Guys,bila dapat info bersedia,maka usahakannya....

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

Image
  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. "Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji tuan tuan." Inilah antara kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( masjid ditempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Di khabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab krisis perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak. Di Pakistan - pelajar dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat terpaksa berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak diesel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang bahagia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jum...

Tadarus Al Quran 2026

Image
  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Senaman Bersesuaian Penyakit

Image
  tekan gambar untuk penerangan yang lebih jelas Bismillah, Rupanya setiap penyakit ada kesesuaian dalam lakukan senaman dan pergerakan harian kita.Kalau tengok pada gambar, setiap senaman ada dijelaskan berkaitan penyakit penyakit tertentu. Sengaja dikongsikan diblog untuk tambah tambah ilmu dunia sesama kita.Semoga beri manfaat.Moga jadi pahala kepada pemilik gambar. Credit to owner 💕

Penawar Jiwa Umat Akhir Zaman

Image
  Sebagai hiasan* Bismillah, Akhir akhir ini,banyak kes jenayah yang belaku dinegara kita yang mana bila diselidik,ianya berkaitan dengan masalah jiwa.Tak perlu maq cerita semula apakah kes kes tersebut.Zaman viral dimedia sosial ini korang tentu tahu. Kalini maq nak kongsi doa yang boleh jadi penawar untuk masalah jiwa.Nak lebih jelas ,korang tonton je video yang maq selitkan dalam blog ini. (Doa Tawakkal & Ayatul 'Izz) تَوَكَّلْتُ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا Tawakkaltu 'alal-hayyil-ladzi la yamut, wal-hamdu lillahil-ladzi lam yattakhidz waladaw wa lam yakullahu syarikuffil-mulki wa lam yakullahu waliyyumminadz-dzulli wa kabbirhu takbiira. "Aku bertawakal kepada Zat Yang Maha Hidup yang tidak akan mati.Dan segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak, dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya, dan t...

Suami You Kan Tak Kerja,Dia Buat Apa je Dirumah?

Image
  Beliau ♥️ Bismillah, Kongsi sikit kisah keluarga sendiri.Nak cakap pasal keluarga oranglain tak boleh ,kita bukan duduk serumah pun dengan mereka ,so jangan nak memandai. Pernah satu hari.Waktu maq hadiri majlis kenduri kawin sorang sahabat.Sesaorang telah bertanya;  " suami you kan dah tak kerja ,so dia buat apa je kat rumah tu? "  i is :  telinga berdesing ,jantung dupdap dan hati seperti nak retak.Dalam minda ni berselirat urat mikir,ngkau ni takda soalan lain ke nak tanya? kenapa tanya pasal suami i??! Tapi maq beri jawapan dengan tenang.So sahabat maq pun berpuasati dengan jawapan yang maq beri.Padahal jawapan tu hanya⅒ je dari aktiviti harian encik suami. Yang sebenarnya aktiviti beliau padat.Ini list hakiki yang encik suami buat hari hari.Dari celik mata sampai beliau masuk tidur.       ------------------------------------------------------- 5.00 am - Mandi & siap siap untuk ke masjid 5.30 am - Dah gerak ke masjid 6.30 am - Basuh kain baju...

Berat Ujian Bakal Haji 2026

Image
  Bismillah, Awalnya dipanjatkan rasa syukur alhamdulillah untuk berita yang ini. Tapi sehari dua ini kita dikhabarkan dengan satu berita,bahawa : what!?? 50% Jemaah Haji 2026 tolak tawaran haji sebab simpanan kurang? Serius lah!? Apa yang difahamkan mereka yang dapat surat tawaran tu adalah pendeposit yang dah lama menunggu giliran dari tahun ke tahun.Tetiba bila dah dapat tawaran kok ditolak? Ramai bakal jemaah haji dapat SMS dari tabunghaji untuk cukupkan simpanan dalam akaun tabunghaji mereka. Minima RM15K. Kenapa ek? Apakah setiap tahun memang macam tu ye? Apakah semua ni terkesan dari kes pendeposit yang ramai keluarkan simpanan mereka baru baru ini?  So sekarang pihak tabunghaji dan BH 2026 terpaksalah menanggung kesan sampingannya? Kenapa sebelum ni takda ke usaha nak  'rebranding' untuk tambahkan simpanan pendeposit ? Rasanya tiap tahun ada pemberitahuan, nanti dapatlah bakal jemaah haji usaha buat persiapan. Tapi kenapa cakap 50% menolak tawaran?Dah last minutes...

Belanjawan Madani 2026

Image
  Bismillah, Belanjawan Madani 2026 📌Bantuan Khas Kewangan penjawat awam 📌Pendidikan percuma PTPTN 📌Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 ***Sempena sambutan Deepavali: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah diawalkan, diskaun tol 50 peratus Sumber : PMX Anwar Ibrahim📌 Semoga semua warganegara Malaysia dapat manfaat melalui hasil pebentangan belanjawan 2026 kali ini.

Apa Nak Buat Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang?

Image
  Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang. 1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang. 2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas. 3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda. Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam. 4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi. 5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya. 6. Tanyakan kepadanya...