Skip to main content

Makan Malam Di Kampung Baru

 

Bismillah,

Kenangan bercuti ke Kuala Lumpur 


Pada 11/07/2025 - 13/07/2025,

Maq dan family pergi bercuti ke Kuala Lumpur.


Tujuan asal untuk menghadirkan diri atas undangan adik ipar meraikan majlis perkahwinan anak anak mereka pada 12/07/2025 

Bertempat di Grandhall Haji Jamaluddin ,Cheras.


Adapun menyelam sambil minum air.

So dalam trip kalini ,kami juga plan nak intai intai orang KL sambil cuci mata memandang keindahan mahluk ciptaan Tuhan.


Post kalini maq nak share suasana dimana kami makan malam di warung che Senah,Kampung Baru.Makanan kat sana semua sedap sedap!


Tapi suasana malam dikotaraya Kuala Lumpur sangat lah memukau mata tua maq.


**Actually ni malam terakhir kami diKL,esok pukul 11.30 am kami dah check out & gerak ke Klang  ( Singgah rumah besan maq )

Kami pilih untuk makan di ruang atas Warung Che Senah.Santai...


See, pelanggan baru duduk,orang ambil order tu dah kerumun dengan katelog menu makanan masing masing.

Rambang mata ko tau tak!

Merekalah yang rela hati nak bawa kami ronda ronda Bandaraya Kuala Lumpur era 2025.Terima kasih daun keladi.

Sis yang sorang ini akan pimpin tangan emak dia tiap kali kami berjalan ditengah tengah kotaraya tu.

Mungkin dia takut emak dia hilang atau mungkin dia sendiri yang seriau tengok gelagat orang orang Kolumpor ,haha

Macam biasa,encik suami memang tak banyak bunyi.Dia akan ikut je kemana anak anaknya nak bawa tanpa sebarang bantahan.


Last encik suami tinggal dan bekerja di Kolumpor ialah semasa dia baru lepas habis sekolah.Umur 18 tahun kot masa tu.

Adam Aisy sangat beri kerjasama dalam trip family kalini.Alhamdulillah.

Eh,maaf dik,Acik nak ambil gambo suasana Kolumpor sebenarnya,bukan nak curi gambar anda berdua!

Maaf tau!

hahaha malu dah yang pakai tudung tu sampai ditutup mukanya.Maaf zahir batin dari Acik 😁

Memang gini kot gaya bila dah level mak mak bila pergi jalan jalan.Korang tengoklah orang meja sebelah kami tu.Sama naik dengan Maqnie.Ralit merakam suasana malam di bandaraya Kuala Lumpur sementara tunggu order sampai,kehkeh


Meriahnya KL waktu malam!


Moga orang orang key el terus tabah dalam meneruskan kelangsungan hidup dan berusaha demi mencapai kejayaan dimasa hadapan.


I feel you,hidup ini keras matt .🥲

Popular posts from this blog

30 Tanda Awal Berisiko Alami Strok/Angin Ahmar

Adam Aisy Anti Sosial?

Santai Petang Di Kuala Lumpur

Pertamakali Ke Damascus Bukit Bintang

Tips Rumah Sentiasa Bersih

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Muslim Malaysia Beruntung

Santai Santai Di Pantai Punggur

Daging Korban Nak Masak Apa?