Skip to main content

Himpunan Doa Arafah 2025

 


p/s : ini adalah hasil salin dan tampal


Teringat pesan mutawwif, masuk saja waktu Zohor 9 Zulhijjah, tinggalkan semua zikir, Fokus DOA. Ini salah satu doa oleh pembimbing Haji Ustaz Hashim Fahmi yang kami dah print siap-siap satu sorang.



Kenapa Arafah istimewa?


Nabi Adam AS dan Hawa dipertemukan kembali di Padang Arafah, setelah sebelumnya mereka diturunkan ke bumi di tempat yang berbeza.


Arafah juga tempat mengaku semua dosa dan kesalahan di hadapan Allah.Doa yg takkan ditolak adalah Doa Arafah.


Ini salah satu Doa yang kami baca dan print dari pembimbing TH -Ustaz Hashim Fahmi bin Haji Ahmad Shauqi



DOA ARAFAH - Doa tanah Suci


Bismillah,


Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.


Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa seluruh umat islam yang telah mati dan yang masih hidup.


Ya Allah Ya Rabb, kami mohon apa yang telah dimohonkan oleh Rasulullah SAW.Dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah SAW


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon masuk syurga tanpa hisab, dan berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami, supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami ke arahnya, selamatkan kami ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.


‎لاحول ولا قوة الا بالله العلي العظيم


Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaik kelemahan diri kami Ya Allah.Tambahkanlah kepada kami ilmu, iman dan amal, hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.


Ya Allah,kami mohon kepada engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.


Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang ada di dalam hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami..

‎لاحول ولاقوة الا بالله العلي العظيم


Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami yang sentiasa menyedari akan hakikat, keTuhanan dan keagungan kerajaan engkau dan masa depan kami di akhirat nanti.


Ya Allah jadikanlah kami ini hambamu yang hanya mengabdikan diri kepadamu dengan sebaik-sebaiknya, berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan apa-apa yang diperintahkan oleh engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh engkau..


Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambamu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas kematian kami.


Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang akhir nanti.


Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada dalam kubur, jadikanlah kubur kami satu taman dari taman-taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.


Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju mahsyar, selamatkanlah kami ya Allah,-semasa berada di padang mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan Arasy Engkau Ya Allah.


Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat Nabi kami Muhammad SAW



Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.



Ya Allah, berilah kesempatan kepada kami meminum air telaga nabi kami Al Kauthar, selamatkan kami semasa menyeberangi titian siratal mustaqim dan masukkanlah kami ke syurgamu bersama-sama orang-orang yang mulia di sisimu ya Allah.


‎لاحول ولا قوة الا بالله العلي العظيم


Segala puji bagi Allah, yang telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua ibubapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Merendahkan diri menghormati mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihani, mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kecil.



Ya Allah! Rahmatilah kedua ibubapa kami (3 kali ulang), dan ampunilah dosa mereka, redhailah mereka dengan keredhaan yang melayakkan mereka mendapat segala keredhaanmu. Dengan Engkau meletakkan mereka di dalam negara kemuliaanmu, keamananmu, kemaafanmu dan keampunanmu.



Ya Allah ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya engkau hapuskan dosa-dosa mereka yang terdahulu dan kejahatan yang mereka lakukan secara berterusan. Rahmatilah mereka dengan rahmatmu yang dengannya engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur. Engkau amankan mereka pada hari kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.



Ya Allah!, Kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatimu, sebagaimana mereka tetap mengasihi kami semasa kami masih kecil.



Ya Allah!, Peliharalah bagi mereka kasih sayang yang telah engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yang telah engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yang telah engkau sibukkan ke atas anggota mereka.



Ya Allah! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari kiamat, jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yang dicemburui disebabkan anak-anak mereka yang soleh, sehingga engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian muslimin di negara kemuliaanmu (syurga) di tempat penetapan rahmatmu dan tempat auliya kekasihmu bersama orang-orang yang telah engkau kurniakan nikmat.



Ya Allah Ya Tuhan kami, apalah kiranya engkau akan lakukan pada petang, saat dan ketika ini kepada seorang hambamu yang hina yang mengaku berdosa dan bersalah,


Yang merayu kepadamu di atas kejahatan, yang bertaubat kepadamu kerana dosanya,yang memohon keampunan kepadamu kerana Kezalimannya,yang mengharap kemaafanmu kerana Kesilapannya,yang merayu kepadamu supaya tercapai segala Hajatnya,yang mengharapkan limpahan rahmatmu pada hari  ini, walaupun dengan dosa yang begitu banyak laksana buih di lautan.


Ya Allah kami sekelian keluar menuju kepadaMu dan berhenti di perkarangan rumahMu, kepadaMulah kami meletakkan segala harapan kami, kepadaMulah kami memohon kemurahan rahmat, kami takut kepada dosa kami, oleh itu kepadaMulah kami berlindung dari bencana dosa kami.



Ya Allah Ya Tuhan kami, engkaulah yang memiliki seluruh hajat orang-orang yang memohon, yang mengetahui seluruh kandungan hati orang-orang yang tidak merayu.



Ya Allah, engkau telah sediakan sajian kepada setiap tetamu dan kami sekelian adalah tetamu kepadamu, oleh itu Kurniakanlah haji yang mabrur dan Syurga sebagai sajianmu Kepada semua jemaah haji.



Ya Allah Ya Tuhan kami, setiap rombongan dikurniakan hadiah,Setiap pelawat dikurniakan cenderahati, setiap pemohon. Dikurniakan pemberian, setiap yang berharap dikurniakan Habuan, setiap yang memohon rahmat mendapat rahmatmu, maka kami sekelian datang berkunjung ke rumahmu yang mulia ini dan berada di tempat ibadah yang agong ini dengan harapan mendapat rahmat dan keampunanmu, oleh itu janganlah hampakan harapan kami semua Ya Allah.



Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini Ya Allah, dengan berkat Nabi kami Muhammad SAW. Dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas kepada mu Ya Allah.



Allahhumma Ya Allah, wahai yang Maha Mendengar. Tidak mungkin kaki kami mampu melangkah ke tempat ini kecuali engkau yang menguatkan. Tidak mungkin tergerak di hati kami ingin menunaikan Haji kecuali engkau yang menggerakkan.  Tidak mungkin seringgit pun kami miliki kecuali engkau yang memberikan. Tidak mungkin kami sihat kecuali engkau yang menyihatkan. Tidak mungkin kami dapat membantu tubuh ini berwuduk kecuali engkau yang Mengajarkan.. Tidak mungkin lidah ini dapat menyebut namamu kecuali engkau yang membimbing ya Allah. Веtapa ramai makhluk yang engkau ciptakan. Betapa sedikit yang berada di Arafah ini Ya Allah.


Ya Rabbi, dengan apa kami mensyukuri nikmat haji ini Ya Allah kecuali berharap kepadamu, terimalah-Haji kami ini ya Allah terimalah Haji kami ini Ya Allah, terimalah haji kami ini ya Allah


‎اللهم اجعل حجا مبروراً و سعياً مشكوراً وذنباً مغفوراً

Allahummaj'alhajjan mabruraa, wa sa'yan masykuura wa dzanban maghfuura.

‎رَبْنَا ظَلمَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَتَكُونَنَ مِنَ الخَاسِرِينَ

Rabbana zolamna anfusanaa wa illam taghfirlanaa watarhamna lava kuunanna minal khosirin.


Ya Allah, ampuni seluruh dosa-dosa kami.

Engkau menjanjikan Haji yang mabrur, bersih dari dosa seperti bayi yang baru dilahirkan, alangkah indahnya jika kami engkau pilih demikian Ya Allah.



Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui betapa menderitanya diri kami dengan lumuran dosa, betapa sengsaranya hidup kami dengan menutupi aib, betapa hinanya diri kami dengan maksiat, bersihkan kami Ya Allah, bersihkan dosa kami Ya Allah, ampuni dosa kami kepada orang tua kami, ampuni jikalau mereka menyesal melahirkan kami, ampuni dosa kami kepada keluarga kami Ya Allah, kepada anak-anak kami, jangan biarkan mereka menuntut kami di akhirat, berikan kesempatan bagi kami memperbaiki segalanya.


‎رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbana hablanaa min azwaajinaa wadzurriyyatina qurrota a'yun, 

waj'alnaa Lilmuttaqina imama.


Ampuni Ya Allah jika di sekujur tubuh kami ada harta haram di rumah kami banyak barang haram, padahal engkau mengharamkan ke syurga bagi yang ditubuhnya ada daging haram berikan kesempatan kami untuk menyucikan diri dari harta haram.Ya Allah jauhkan sejauh-jauhnya .Ya Allah Cukupi diri kami dengan rezekimu yang halal



Ya Allah ampuni jikalau kami sering menzalimi hamba-hambamu yang lemah berikan kesanggupán bagi kami untuk terpelihara dari kezaliman, ya samiul alim; wahai yang maha mendengar, hanya engkaulah tumpuan harapan kami, jadikan kaum muslimin ini menjadi suami yang benar menjadi ayah yang jujur, menjadi lelaki yang soleh, jadikan kaum muslimah ini menjadi isteri yang solehah, menjadi ibu yang solehah, menjadi muslimah yang terpelihara, kurniakan kepada kami ya Allah, keturunan yang lebih baik dari kami, lindungi dari kederhakaan dan kehinaan dunia dan akhirat



Ya Allah berkatilah sisa umur kami, berkatilah rezeki yang engkau kurniakan kepada kami, berkatilah ilmu yang engkau kurniakan, berkatilah sisa umur ini


‎اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات المسلمين والمسلمات الاحياء منهم والاموات


Allahummaghfir lilmu'minin wal mu'minat muslimin wal muslimat, al ahyaai minhum wal amwaat...


Ya Allah, selamatkan umat islam, Ya Allah selamatkan umat islam Ya Allah, jangan biarkan engkau saksikan kami terhina seperti ini, persatukan hati kami ya Allah, bangkitkan para pemimpin yang mencintaimu dan mencintai umatmu.



Tolonglah saudara kami yang teraniaya di penjuru mana pun Ya Allah, jangan biarkan kaum zalimin berjaya atas kaum beriman ya Allah, jangan biarkan kaum yang ingkar kepadamu menzalimi kaum yang bersujud kepadamu.



Bantulah saudara kami pejuang-pejuang Islam dan umat islam di Palestin, Iraq, Afghanistan, Syria dan seluruh pejuang agamamu. Ya Allah mereka dalam genggamanmu ya Allah, ya Allah cegahlah kezaliman ke atas umatmu Ya Allah.


Ya Allah selamatkan negara kami malaysia ya Allah, Engkaulah yang Maha tahu keadaan negara kami, jangan biarkan umatmu seramai ini ditindas dan dihina, bangkitkan ya Allah, jadikan negara kami negara yang memancarkan cahaya islam, menjadi negara yang rahmatan lil'alamin.


Ya Allah kurniakan kepada kami pemimpin yang soleh dan solehah, para pemimpin yang mencintai umatmu, para pemimpin yang teguh hidup di jalanmu, para pemimpin yang benar-benar menjadi suri tauladan bagi kami.


Ya Allah Yang Maha Agong, undanglah kami, keluarga kami dan keturunan kami, dengan orang-orang yang berbuat baik kepada kami, ya Allah, izinkan kelak kami bertemu dengan mu ya Allah, bertemu dengan rasulmu, bertemu dengan kekasih-kekasihmu


‎رَبِّنَا آَنِّنَا فِي الدُّبَّا حَسَنَةٌ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٌ وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana aatina fiddunya hasnah wafil akhirati hasanah waqina a zabannar.


‎دَبَّا تَتبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّبِعُ الْعَلِيمُ وَتُبْ عَلَيْا إِنَّكَ أَنتَ الَابُ الزَّحِيمُ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالحَمْدُ لِلْهِ رَبّ العَالمينَ

Rabbana taqobbal minna innaka anta samiul'alim watub alayna innaka Antattawaburrahim. 


Subhaana rabbika rabbil 'izzati 'ammaa yaashifuun wasalamun alal mursalin walhamdulillahirabbil alamin.

.

Kredit Doa: Ustaz Hashim Fahmi


Hasil salin tampal : jejak haji duo hajah

Sumber Facebook.



Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...