9 Zulhijjah 1447H


 


Bismillah,


Hari ini hari Arafah (9 Zulhijjah 1447H)Jam 5.18 petang nanti,tolong standby, letak tepi handphone kejap (kecuali untuk tengok teks doa), dan cari ruang yang tenang. Kenapa?


Sebab bermula Jam 5.18 petang hingga 11.57 malam (Selasa, 26 Mei 2026) adalah waktu kemuncak di mana pintu langit terbuka luas untuk menerima doa kita. 


Waktu ini adalah waktu yang sangat mustajab kerana ia berlangsung serentak dengan waktu wukuf para jemaah haji di bumi Mekah.


Jangan biarkan hari Arafah berlalu seperti hari biasa begitu sahaja.


Kadang-kadang di depan orang kita boleh tersenyum, tapi sebenarnya dalam hati kita teramat penat. Kita semua sedang diuji dengan jalan cerita yang berbeza:


- Ada yang sedang hebat diuji dengan sikap suami atau isteri.

- Ada yang rezekinya melimpah-limpah, tapi rumah tangga pula tak pernah tenang.

- Ada yang kerjayanya cukup stabil, tapi hati sentiasa rasa kosong.

- Ada yang berduit, tapi anak-anak pula menjadi punca ujian.

- Ada yang setiap malam boleh tidur, tapi kepala tak pernah berhenti berfikir.


Sebab itu, khusus pada waktu kemuncak hari Arafah ini, jadilah orang yang tamak! 


Tamaklah dalam berdoa. Minta bersungguh-sungguh, merayulah sampai hati kecil kita benar-benar merasai:


"Ya Allah, aku dah takde tempat untuk rasa bergantung selain pada Engkau..."


Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah." (Riwayat al-Tirmizi).


Jadi, jangan pernah rasa malu untuk meminta:


1) Mintalah ketenangan kalau hati korang sedang sempit.

2) Mintalah jalan keluar rezeki kalau fasa hidup terasa berat.

3) Mintalah rumah tangga dipulihkan semula seperti sedia kala.

4) Mintalah segala dosa-dosa lalu diampunkan.


Kerana boleh jadi, perkara yang bakal mengubah seluruh jalan hidup kita selepas ini bukanlah usaha besar yang kita lakukan, tetapi doa yang keluar daripada hati yang benar-benar pasrah dan berharap kepada Allah.


Ingat, hari Arafah dan waktu mustajab ini hanya datang setahun sekali. Tahun depan, belum tentu kita semua akan berpeluang untuk menemuinya lagi.


Sama-sama kita "lock" masa penting esok untuk memohon keajaiban doa.

Sumber - Mutiasa kata hikmah ❤


**Amalan sepanjang 10 hari awal Zulhijjah - tak dapat buat semua ,jangan tinggalkan semua.

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Ujian Waktu Cuti Panjang

Sorang lagi sahabat sekolah tinggalkan kami

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Gencatan Senjata di Gaza

Satu Ingatan ,Satu Kesedaran

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"