Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

 

Bismillah,

Hari Sabtu yang lepas,Encik suami bawa Maq dan Aida balik ke kampung halamannya,Parit Yusuf ,Muar.Tujuan pertama nak ziarah abang ipar nya yang diuji kemalangan.Alhamdulillah, pesakit sudah pun beransur sembuh.Moga Abang Ngah tabah dengan ujian kali ini.


body guard Ayah.


Rumah putih kat depan tu adalah rumah peninggalan ibu mertua.Mesti suami maq sayu hati lihat rumah tu dah sunyi sepi.Sebab sebelum berkahwin,disinilah encik suami membesar.


Selepas ibu mertua meninggal dunia pada akhir tahun 2025,rumah tersebut sudah pun beralih tuan.So sekarang kami cuma mampu pandang je rumah tu dari kejauhan sahaja.


Lepas balik dari ziarah,encik suami bawa kami jalan jalan ke kawasan Sawah Sarang Buaya.Sawah ni luas dan diusahakan oleh orang kampung sejak zaman 80an lagi.Ada sarang buaya ke? Oh, tu nama kampung situ.Buayanya ada tapi kadang kadang je muncul.Itupun buaya yang dah generasi ke 7 kot.Yang ada banyak sekarang  ni cuma buaya yang boleh bercakap ,"Hi sayang..."













Kalau zaman sekolah dulu,maq sangka sawah padi tu cuma ada di Kedah je ,rupanya Muar, dan Melaka pun ada sawah padi ek.Cumanya takda lah seluas kat Kedah nun disana tu.


Dah plan ,nextime nak bawak sauk,nak tangkap ikan sawah pulak lepas ni hehehe


Tak sabar nak tunggu 'pokok nasi' ni berbuah dan maq jugak teringin nak tengok aktiviti pesawah tuai padi.Moga Allah makbulkan hajat maq,Aamiin...


8 Zulhijjah 1447H,Moga moga Allah terima semua amalan kita di 10 hari zulhijjah tahun ini.Allahhumma Aamiin.


Bytheway Maq ada buat video pendek tentang pemandangan sawah padi di Sarang Buaya tu ,tapi tak boleh pulak nak masuk dalam blog.Korang kalau nak tonton klik je Link tiktok Maqnie

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Waktu Cuti Panjang

Sebab Degil Dos Ubat Ditambah Lagi

Done booster ?

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Aturan Allah Sangat Indah

Iltiqa' Sakinain

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam