Hari Raya Korban 2026

 Bismillah,

Dua hari sebelum aidil adha,tetiba encik suami bawa balik sehelai baju t-shirt.

Warnanya wow menyerlah sungguh.

Maq tanya ,"baju siapakah?"

Sambil tersenyum beliau beritahu maq yang beliau join crew masjid taman untuk aktiviti Qurban tahun 2026 ni dan baju ni adalah baju untuk crew.

Ini baru pertamakali encik suami jadi crew dalam ibadah qurban dimasjid taman kami sepanjang kami tinggal disini,kurang lebih dekat 30 tahun 😅


Balik dari solat sunat hari raya, bergegas je beliau bersiap nak ke masjid semula.Bila maq tanya "are you ready?"

***Dijelingnya kita ,waaakk...😂

tau dah dia,isteri dia memang kuat menyakat.

Kanda dah nak pergi berjuang,dinda duduk je di rumah makan nasi impit ,paru sambal, lodeh dan kuah kacang.

Hahaha bereh ! 

Takpa ,esok pagi kita brisk walk semula,lama sangat kaki ni tak jalan jalan sejauh 3km ,cewah 😆


Selamat hari raya aidil adha dari kami ❤Berkorban apa sahaja, harta ataupun masa. Niatnya cuma satu,semua kerana Allah.Takbir!

Comments

Popular posts from this blog

7 Julai ❤

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Hari ini PRN 2026 JOHOR

Bihun Goreng Putih

Menjelang PRN 11 Julai 2026

Kerabu Magie Thai

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Siapa Orang Yang Layak Kita Hargai

Orang Hidup VS Orang Mati

Harapan seorang emak