Brisk Walk Dan Kelebihannya

 

Bismillah,

Ini hanyalah cerita aktiviti brisk walk maq bersama encik suami.Dalam seminggu kami akan berjalan sebanyak 5 hari.Baki lagi 2 hari adalah hari untuk "pause" kan badan.Isnin dan Khamis adalah hari istirehat kami dari brisk walk.



penjaga Tasek Y.

Jalan jalan Maq tidak selaju langkah orang muda seperti anda tapi bagi kami yang dah level warga ke emas emasan ni ,3 km dalam masa 40 minit tu sangat bererti.




Berasa jugak otot betis tua ni.Tapi bak kata pakar ,no pain ,no gain.Okey fine!

Results tertinggi bulan May.Ini paling tak disangka oleh Maq.Tapi lepastu betis dan pelipat lutut terus jadi sakit dan sakitnya tu makan masa jugak nak hilang.

Results terpaling rendah bulan May.Masani pun tak tahu kenapa dekat nak 1jam setengah berjalan tapi jaraknya tak sampai 2km.


Apa maq ambil sebelum brisk walk? 

ini dia ...

sebiji kurma & setengah gelas air mineral.Balik dari brisk walk nanti barulah maq makan sarapan.



Apa kelebihan brisk walk?Bawah ini adalah hasil salin tampal.Anda bacalah untuk mengetahui kelebihan brisk walk.


Satu kajian rawak berskala besar mendapati bahawa berjalan kaki hanya 40 minit, 3 kali seminggu boleh membesarkan bahagian otak yang mengawal memori.


Biasanya, orang dewasa berumur 55 tahun ke atas akan hilang 1–2% isipadu hippocampus setiap tahun. Tetapi selepas setahun berjalan kaki, peserta kajian meningkatkan saiz hippocampus sebanyak kira-kira 2%.


Kumpulan kawalan yang hanya melakukan regangan pula hilang 1.4% dalam tempoh sama.Itu menunjukkan perbezaan 3.4% hanya daripada berjalan kaki.


Peserta yang berjalan juga menunjukkan peningkatan skor memori, dan mereka yang mengalami pertambahan saiz hippocampus terbesar mendapat peningkatan memori paling ketara.


Penyelidik mengaitkan perubahan ini dengan peningkatan BDNF, iaitu protein yang membantu sel otak membuat sambungan baharu.


Yang paling menarik: senaman ini tidak berat. Ia hanyalah berjalan pada intensiti sederhana (nafas sedikit laju, masih boleh berbual), dilakukan oleh warga emas yang sebelum ini tidak aktif.


Formula kajian:

• 40 minit setiap sesi

• 3 kali seminggu

• Kelajuan sederhana

• 12 bulan keseluruhan


Hanya 120 minit berjalan seminggu sudah cukup untuk mengundurkan 1–2 tahun pengecutan otak akibat penuaan.


BDNF ialah singkatan bagi Brain-Derived Neurotrophic Factor.Dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud Faktor Neurotropik Terbitan Otak.


Ringkasnya, BDNF ialah protein penting dalam otak yang:


✅Menguatkan sambungan antara sel otak-ia membantu neuron (sel otak) berhubung dengan lebih baik.


✅Menggalakkan pertumbuhan sel otak baharu-BDNF menyokong neurogenesis, terutama di hippocampus bahagian otak yang urus memori dan emosi.


✅Melindungi sel otak daripada kerosakan-ia bertindak seperti ‘baja’ untuk otak, memastikan neuron kekal sihat.


✅Meningkatkan fungsi memori & pembelajaran-Kajian menunjukkan tahap BDNF yang tinggi = prestasi kognitif yang lebih baik.


๐ŸŽฏ Apa yang meningkatkan BDNF?

• Senaman aerobik (termasuk brisk walk)

• Tidur cukup

• Kurangkan stres

• Pemakanan sihat (ikan berlemak, telur, beri, kunyit)

• Pendedahan cahaya matahari pagi


Jom kita jalan jalan santai.Mulakan je sekarang,nak tunggu bila lagi?

Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Susu Cair Ganti Santan

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati apa?