Skip to main content

2 nikmat manusia sering terpedaya


Assalamualaikum.

Manusia itu tidak sempurna. Tapi setiap manusia mahukan kesempurnaan. Kadang bila terlalu inginkan semua nampak sempurna , manusia  sering terlupa pada tiap nikmat yang Allah dah bagi.

Dari Ibni Abas Radiallahuanhu katanya : Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :


"maksudnya :  Dua nikmat yang kebanyakan orang yang sering terpedaya olehnya ialah kesihatan dan masa lapang."


Riwayat Al-Imam Al-Bukhari. Copypaste*

Sekadar hiasan

Kenapa dengan nikmat kesihatan?

Ketika sedang sihat manusia leka dengan amalan dunia berbanding dengan amalan akhirat. Kerana katanya selagi sihat, umur pun muda lagi , badan masih kuat lagi fokus dulu cari duit ,harta yang ada perlu ditambah supaya hidup akan lebih selesa dimasa hadapan. Nanti dah pencen barulah boleh top up amal ibadah.

Padahal hakikatnya bila dah pencen,lutut dah sakit,pinggang dah sakit,mata dah tak berapa nak awas , badan dah tak kuat lagi .

Nak berjaga malam pun dah tak larat. Kejap je berjaga ,mata dah terlelap. Kejap je dah terlupa. Masa tu nak solat pun kena duduk beralas kerusi. Macamana nak solat sunat berbelas rakaat sehari semalam tu?



Mata yang dah tak awas tu macamana nak tamatkan satu juzuk AlQuran dalam sehari? Nak puasa hari putih , puasa sunat , puasa Ramadhan pun dah tak boleh sebab doktor  dah pesan makan ubat di setiap jam.

Beruntunglah kalau dapat rezeki umur dipanjangkan , dapatlah top up semuanya selepas pencen.

Andai ditakdirkan umur tak panjang?? Letih cari harta bertungkus lumus tapi bila mati , harta tinggal. Yang dibawa cuma amalan yang mana sempat dibuat itu je.  Allahhu , ruginya masa dan usia ..

Bagaimana pula dengan nikmat masa lapang? mengapa ianya boleh memperdaya manusia?

Waallahua'lam. Biarlah tuan badan fikirkan sendiri. Sebab masing masing lebih arif  tentang diri masing masing.Pesanan ini juga buat peringatan bagi diri  maq , supaya cepat cepat sedar diri..😭


Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa