Skip to main content

Makan Durian


Assalamualaikum.

2Julai , awal pagi Along dah call ajak pergi beli durian dan makan kat dusun durian tu terus. Maq pun tak lepaskan peluang kedurianan ini!  Lepas siap buat kerja dirumah , maq dan Along pun gerak ke tempat yang dimaksudkan.

Ditepi jalan ,berhadapan Taman Banang Jaya ,Batu Pahat,itulah kawasan yang kami tuju. Kedai tu bukan je dikawasan dusun ,malah ia juga menjual ,memborong dan tempat makan durian pun boleh  disitu.

Harga dari rm 3 hingga mencecah rm 15 sekilogram.  Tapi bagi maq yang harganya  rm 6 -rm 8 tu pun dah sedap dah. Durian kawin sekilogram rm6 tuu! Haa siapa kaki durian mesti tahu rasa durian kawin tu macamana.


Makan kat situ dengan Ainul. Tapi Ainul tak minat makan durian , like daughter ,like papa dia lah , hehe. Tengoklah muka dia ,bau durian je dah buat muka dia jadi poyo gitu , 😂 Mujur lah dia tak loya !

Durian kawin ni sebiji je berat dia 3kilogram. Isi padat , rasa? Paduu !! Harga baru rm 18 sebiji. Makan  kat bawah pokok tak habis ,boleh bawa balik ,nanti sambung makan kat rumah pulak.

Bila dah sampai rumah, buah durian tu kena  lah dibelah dan ulas durian kenalah disimpan dalam bekas bertutup rapat, lepastu sorok kan pulak dalam peti sejuk. Hasilnya tak pernah menghampakan.. Sedaaap i tell you !



Minggu lepas , balik beraya ,maq dan family pun lalu kawasan Macap, Johor. Encik suami berhenti kan kereta dan bertanyalah kepada perniaga sebuah gerai buah ,harga untuk sekilogram buah durian kawin. Dah lah buah yang dijualnya  tu ada tanda tanda busuk sepangsa dua , tuan kedai tu tetap nak jual sekilo rm 15!!!

Allah huakhbar..apalah mahal sangat encik oi, dah musim durian sekarang ni , durian dah banyak dijual dimana mana ,jual je mur mur , atleast buah tu terjual laku ..

-peribahasa baru , orang tamak  selalu tak untung

Tips beli durian :

Okey , inilah pengalaman pertama maq pergi beli durian tanpa encik suami ,😂

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa