Skip to main content

Singgah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


Assalamua'laikum.

Dalam banyak tempat  menarik yang ada kat Malaysia ni, ada banyak juga yang maq teringin sangat nak pergi tapi masih belum terlaksana oleh ku, heee..

Antara bangunan indah yang berhajat sangat maq nak masuk ialah masjid. Antaranya :

Masjid Kristal , Terengganu. Gambar dari google.


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam. Gambar dari google.

Mungkin anda sudah sampai dah ,tapi maq masih lagi mencari peluang.

Kalau dulu nak sangat masuk masjid Sultan Abu Bakar di JB dan Masjid Negara. Alhamdulillah masa zaman sekolah dulu dah masuk dah. Cuma situasi masuk masjid dizaman sekolah feel dia tak sama dengan feel masuk masjid dizaman dah jadi wargaemas ni. SubhanAllah , seronok campur syahdu , Allah je yang tahu.

Allah maha mendengar.
Allah maha mengetahui.
Allah maha pengasih dan penyayang.

Alhamdulillah pada 6Julai 2019- semasa dalam perjalanan nak ziarah arwah makcik encik suami di seksyen 17 , kami tiba di Shah Alam pada pukul 5.30pagi. Encik suami ambil peluang ini untuk solat berjemaah dimasjid Sultan Salahuddin ,Shah Alam. Allahhuakhbar , seronoknya rasa hati ini. Alhamdulillah terima kasih Allah sebab bagi peluang..😭 Biarlah orang Selangor nak cakap,

"kami dah lenguh kaki dah ulang alik ke masjid ni ,maq. ... "

Tapi bagi diri maq ,inilah peluang  terindah dan  buat maq rasa gembira dan bersyukur sebab hajat nak masuk sini dan solat subuh berjemaah disini sudah tercapai.

 " Alhamdulillah.."


Memory 6Julai..









Maha suci Allah.. Terima kasih untuk memory haritu ,biarpun sekejap cuma tapi ia sangat bermakna.

Sebenarnya banyak lagi rumah Allah yang maq  teringin sangat nak masuk di Malaysia ni. Inshaallah satu masa nanti. Moga Allah tunaikan hajat maq lagi.

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa