Skip to main content

Bahagia Itu Macamana?


Assalamualaikum.

Sejak 2012 hingga ke harini, blog merupakan salah satu ruang bagi seorang suri rumah macam maq melepaskan apa yang dirasa. Emosi ,gembira ,pengalaman semua nak kongsi dalam blog.

Pada awalnya ,blog maq  lebih berperanan seperti  diary seorang babysitter je. Kenapa babysitter kena meluahkan? Maq cuma mampu kata ' anda jadilah babysitter , disana nanti anda akan tahu pengalaman yang berbaloi disepanjang kerjaya tersebut' .

Dari 1996 hingga 2019 , seribu satu pengalaman sebagai babysitter maq dah dapat. Akhirnya 2019 - maq pun pencen dari kerjaya tu. Sekarang buat apa? Itu lah antara soalan yang kerap diajukan kat maq sekarang ni.

Tahun ni ,maq dah masuk tahun jubli emas dah tau. Banyak benda maq kena fikirkan semula. Kalau dulu ,baru berkahwin maq fokus pada :

- urus keluarga dan rumahtangga
- bantu suami besarkan anak anak
- fikirkan keselesaan tempat tinggal
- nak beli macam macam untuk diri sendiri


4 hal diatas tu sebenarnya dah buat maq abaikan banyak benda termasuk kesihatan diri maq sendiri.

Bila sakit / pening ,babysitter tetap kena kerja. Nak ambil cuti sakit pun bukan boleh claim dengan parents anak asuhan . Jadi terpaksa buat je kerja tak kira apa pun jadi. Kadang bila parents ambil anak lambat ,dalam masa yang sama maq pun tak berapa sihat ,boleh menangis dibuatnya. Tapi cuma mampu pendam sebab ? Sebab cukup bulan nak dapatkan gaji..

Kadang mereka tu ambil lambat semata mata nak pergi minum dengan kawan kawan office ,nak shopping barang dapur , nak beli itu ini , ada kerja lebih masa , jumpa client ,pergi spa belai diri dan macam macam lagi alasan yang maq terima. Lambat 10-20minit masih boleh terima,kadang sampai 2-3 jam. Sampaikan anak mereka merengek bosan nak balik sebab hari dah malam.


Tapi masa tu Maq masih lagi boleh kata " okey ,takpa .." maq tingkatkan tahap kesabaran.

Sebab apa nak tahan dengan rasa sabar? Sebab  masa tu fokus utama semata mata nak cari duit. Nak bantu suami besarkan anak anak dan untuk diri sendiri. Nak harapkan duit suami 100% pun dia sendiri nak pakai tak cukup.


Walaupun dengan gaji yang  tak seberapa masa tu , maq terpaksa uruskan kadang sampai 5-6 orang kanak kanak termasuk bayi. Semata mata nak dapat gaji lebih. Dia punya letih ,Tuhan je yang tahu. Kadang , perhatian untuk anak sendiri pun tak dapat diberikan. Homework kemana , makan minum apa ada jek ,anak  keluar masuk rumah pun  maq tak dapat nak kawal. Tu belum lagi nak bawa anak anak  pergi jalan jalan atau bercuti panjang 2/3 hari. Memang tak belaku punya ketika tu.  Paling kerap cuti panjang hanya ketika cuti hari raya . Itupun 2/3 hari saja , raya ke 3 dah kena buka pintu sebab parents ada yang dah bertugas dan mereka kena hantar anak. Lepastu terus duduklah rumah mengadap rutin sama dengan anak anak asuhan. Awal pagi hinggalah ke malam. Jangka masa 15 jam bekerja dalam sehari pun maq pernah buat , non stop mengasuh! Orang ni balik ,orang ni hantar anak pula.

Betul , Pengalaman itu mendewasakan..Alhamdulillah..

Bila anak anak dah besar , bila mereka dah berkerjaya dan berkahwin , mereka tak bagi lagi maq jadi babysitter. Mereka suruh maq rehat. Encik suami pun suruh hal yang serupa. Rehat!

Rehat disini , mungkin cuma rehat cari duit saku kot ,tapi maq masih urus rumahhtangga seperti biasa. Jaga suami dan anak anak. Cuma ..syukur alhamdulillah ,mereka sekarang lebih  peka pada kesihatan dan penampilan diri maq. Janganlah sebut sakit je , semua orang dalam rumah suruh jumpa doktor! Haha kadang tu cuma pening sikit, encik suami dah bising ajak pergi check up. Janganlah cakap demam ke apa , nanti semua orang sibuk suruh pergi klinik.


Alhamdulillah..mungkin selama ini mereka nampak kesihatan maq telah terabai asbab terlalu fokus pada jaga anak orang. Nak sangat berusaha cari duit. Sakit sakit pun kerja juga. Tak ada cuti ,tak ada claim m.c.

Sekarang pun maq dah dapatlah join aktiviti kemasyarakatan. Cuma maq masih belum bebas pergi jauh lagi. Kalau aktiviti keagamaan inshaallah lepaslah tapi aktiviti berzumba atau hiking hujung minggu macam oranglain mustahil lepas kot hehehe..Apa pun Alhamdulillah.. Maq dah tak terperuk 24/7 dalam rumah macam 20 tahun dulu.

Untuk anak anak , maq tak harapkan apa apa balasan pun . Bila mereka dah berjaya lalui kehidupan dengan selesa ,sentiasa ingat Allah , bersyukur pada tiap pemberianNya, itu pun dah buat maq senang hati. Jangan risaukan nak balas jasa maq dengan wang dan hadiah hadiah apa pun ,semua tu bukan sasaran maq bertungkus lumus cari duit dulu dulu. Maq nak anak maq hidup  bahagia dan selesa dengan kehidupan masing masing.


Bahagia tu apa?
Bagaimana yang dikatakan bahagia?

Ya ,bila mana kita boleh terima apa je Allah beri kat kita ,kita bersyukur ,kita selesa dan redha.. Itulah bahagia. ❤❤❤




Anda yang masih menjadi babysitter atau bercita cita nak jadi babysitter, ini sedikit  nasihat dari maq :

- niatkan dulu, anda nak kerja ni untuk apa?

Kalau boleh niat yang baik baik . Seperti nak buat hulur kat ibubapa kat kampung sesekali balik kampung.

Atau niat nak bantu suami uruskan persekolahan anak anak.

Atau nak selesakan bebanan suami ,bila ada duit ,anda dah tak perlu harapkan duit suami 100%.

Atau anda niat nak bantu parent yang nak besarkan anak anak mereka dengan dua dua berkerja.

Atau anda memang sunyi bila semua orang keluar rumah setiap pagi , so anda pilih untuk jadi babysitter untuk isi kekosongan tersebut.

Buatlah kerja dengan niat, kerana niat akan membantu kita jadi kuat..inshaallah..

Nasihat pakar.


Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Sejarah Parit Sulong

Assalamualaikum Sekali lagi kita berkongsi sejarah salah satu daerah di Batu Pahat. PARIT SULONG DALAM GALLERY MEMORY "Oleh ; Mohamad Sindi Sabilan " Saya dilahirkan dalam pasca selepas perang dunia kedua dan zaman keganasan komunis Malaya 1947.Arwah emak pernah beritahu ketika nak lahirkan saya, sana sini Jedar jedur ! bunyi tembakan malam-malam, hingga menakutkan  seluruh penghuni Parit Sentang Batu di kampung bernama Estate Chu Lem.Sekarang lokasinya ialah Komplek peladang Jalan Peserai berhampiran Parit Lapis Laman. Embah Sarah  nenek saya yang menjadi bidan yg tinggal di pekan Parit Sulong dibawa oleh bapak aku dan diiringi oleh  beberapa orang kampung Home Guard supaya tidak diganggu oleh komunis.Pengganas komunis Bintang Tiga berada dimana-mana di sekitar Parit Sulong, seperti di Kangkar Senangar, Hutan hutan menghala ke Pagoh, Seri Medan, Air Puteh, Separap,Parit Penghulu, Parit Jawa, Batu Lima, Kolam Air, Bandar Batu Pahat. Kominis ni kejam, mereka menan...

Sayu

Assalammualaikum Bila maq diinvite ke group wassapp oleh anak-anak buah dan sepupu sepapat , handfone maq memang tak sunyi lagi . Kring krang kring krang ( bukan ringtone sebenar ) akan berbunyi setiap masa,maklumlah kan family kami besar . Selain chats, juga gambar - gambar lucu yg dikongsi , ada juga video video  menarik. Semua tu buat maq sakit perut  kerana ketawa . Tapi bila maq tonton satu video yang dikongsikan diatas tu , jujur maq cakap , maq insaf dan tanpa maq sedari airmata maq turun laju dipipi ni. Allah jauhi anak cucu cicit kami dari kemelut sukar yg dialami oleh anak anak itu.Allah maha besar !

Tahniah Aida!

Assalamualaikum. Throwback kisah semalam.Semalam 5hb March 2020. Semalam tarikh dimana Along dah janji dengan Aida nak pergi ambil result SPM Aida. Semalam juga, Ainul Mardhiah kurang sihat kerana demam dan selsema. Dan buat pertamakali semalam, maq ikut anak pergi ambil result SPM.Sebabnya maq risau kalau along terpaksa batalkan janji dia nak hantar aida ambil result (maklom anak tak sihat)  Jadinya maq dan aida bakal naik grab je. Itu plan kedua kami. Tapi Alhamdulillah, along pegang pada janji walaupun anaknya meragam sebab badan tak sihat,along tiba jemput kami dirumah pada pukul 9.40am. Maq nak cerita ni. Ini merupakan pengalaman pertama maq temankan anak ambil result exam tau,  anda boleh tengok apa yang dapat maq kongsi untuk pengalaman kalini . - Pukul 10.00-10.20 tunggu pengetua dan cikgu cikgu lain datang ke dewan. Mereka pergi makan dulu sebab pukul 10 kan waktu rehat. - 10.30 - pengetua beri ucapan dan melapurkan prestasi peperiksaan tahun 201...

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Aidil Adha 1442 H

  Assalamualaikum. Salam hari kedua idul adha. Tahun ni tak dapat daging korban nampaknya. Biasanya petang raya pertama lepas zohor qariah masjid kat taman dah hantar kerumah rumah penduduk sekitar,tapi kalini menunggu hingga lah petang raya kedua ni, sorang pun tak nampak bayang. Rupanya tak semua tempat dibenarkan buat korban. Oh..sekarang baru maq paham... Semalam. 10 -12-1442. Juadah simple jek.Nasi minyak ,ayam merah,rojak timun.Sebetulnya rindu nak makan nasi minyak pengantin. Dah lama rasanya tak pergi undangan majlis kahwin ...hehehe memasing buat majlis anak beranak je musim pendemik ni kan ,termasuklah maq sendiri. Gambar pinjam dari google. Semalam tak sempat nak ambil gambar nasi minyak maq sebab leka melayan cucu 2 orang tu.  Anak kedua maq (Ety)kena kerja semalam. Lagi pun dia tak dapat nak merentas daerah atas arahan SOP. Maq akur. Sebagai frontliner ,itu tanggungjawab beliau. Semoga dipermudahkan semua urusannya dan kawan kawan lain. Along sekeluarga balik pun ...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Tekanan darah naik terlalu tinggi!

Assalamualaikum. Ini kisah hari Jumaat ,semalam.  Kalau hari Jumaat ,maq cuma mengasuh cucu maq sorang. Kanak kanak lain cuti sebab Jumaat adalah cuti umum bagi negeri Johor. Bila awal pagi ,along beritahu dia tak kerja , maq pun ambil peluang kemas rumah sebab takda baby yang perlu dijaga haritu. Tengah sibok mengemas , sambil masak sarapan pancake bersama sos coklat ,along datang dengan ainul ** masa ni tok mak ainul belum mandi lagi , sebab operasi mengemas tak siap. 😅. Kemudian ,lepas siap masak pancake, mandi ,maq pun sarapan bersama along dan yang lain. Setengah jam lepas tu ,maq pun ke dapur untuk masa tengahari pulak! Haha sayur labu masak lemak , ayam goreng ,sambal belacan ! Lepas makan , solat , pukul 2 petang along ajak keluar cari barang . Maq ikut ! Pergi Eco , pergi Ninso dan beli makanan , pukul 4+ kami balik kerumah. Penat sangat tapi sempat minum petang bersama along dan anak anak maq yang lain. Nest O panas , roti cheese , nasi lemak . Beresss.. Pukul 5...