12 March 2022

 

Assalamualaikum.

Macam takda cerita menarik nak dikongsi kalini. Tapi jarini macam biasalah,rajin sangat nak menaip.


Ok maq nak sembang sikitlah pasal Pilihanraya Negeri Johor.


12March 2022 - rakyat Johor yang layak diwajibkan keluar mengundi.


Maq mengundi ditaman maq tinggal jek. Di bangunan Sekolah Agama Taman Bukit Perdana untuk Dun N23.

Calon calon yang bertanding untuk kawasan maq tinggal ? semua maq tak kenal.Nampaknya macam wajah wajah baru yang dicalonkan kalini. Maq? No Komen ..


keseluruhan ?


Bila kita lihat disini.Bila dah ada banyak parti, maknanya jumlah pengundi akan berkurang sebab mereka telah terbahagi kepada beberapa kumpulan.


Betul apa betul? 


Untunglah "Mereka" - kumpulan yang 80% sudah vaksinasi tu, mereka masih kekal dengan parti kebanggan mereka. Sedang kita yang masih beberapa peratus je yang bervaksin, terus terusan mencari silap sana sini.Sampai bila??


Persoalannya sekarang ni , 

Orang Johor yang masih tak vaksin tu layak ke keluar mengundi ? 


Berapa banyak kita nak biarkan kertas undi terbiar sebab tidak diambil oleh tuannya?


Taknaklah nanti jadi macam kes Jumaat lepas.Dah bawa sejadah dah bersongkok tapi sebab tak ambil booster,terpaksalah balik semula.Tak dapat nak solat Jumaat  berjemaah dimasjid. Kesian kan...


Apapun masih ada waktu ,buatlah sesuatu yang Allah suruh.


Gambar gambar  dibawah ni merupakan antara schoolmate maq yang masuk bertanding untuk kawasan Senggarang N24.


Good luck semua.Selamat bertanding.








Maq sebetulnya tak minat politik.Tapi demi kesejahteraan anak cucu dimasa akan datang, demi nak menjawab soalan malaikat tentang pemimpin bagaimana pilihan maq untuk jadi pemerintah, so maq kena keluar mengundi.


Kata ustaz ,memilih pemerintah itu wajib bagi setiap ummah.Kerana pimpinan pemerintah berlandaskan islam, akan membawa umat islam masuk ke syurga.Kalau salah pilih?kalau malas nak memilih? habislah.Kat dunia rugi,kat akhirat pun takda untung.

waallahua'lam..


 Kepada mereka yang menang ,buatlah kerja elok elok.Bangsa kita  perlukan pembelaan.

By the way ,tahniah kepada anak bongsu maq ( Aida ) sebab dah layak jadi pengundi tahun ni.


Berapa umur Aida ? diam tak diam ,tahun ni dah 20 tahun dah dia..


Rezeki Aida dapat jadi pengundi diusia muda.Maq dulu 21 tahun baru nak daftar sebagai pemilih ..


Ini hanya catatan peribadi**💕



Popular Posts