Skip to main content

Ujian itu tetap ada bagi orang beriman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

TANYALAH USTAZ TV3

( Da'i Azrin&Ustaz Mohd.Elyas Ismail)

*SIRAH

*ANCAMAN SEMAKIN HEBAT*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

1. Alif laam miim

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

3. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا ۚ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

4. Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.

Dalam hidup sekali kita mengaku kita beriman bermakna kita sudah bersiap utk diuji.Nabi ketika jadi Nabi dan jadi Rasul ada ujiannya.

JANGAN CEPAT MENGAKU BERIMAN SELAGI KAMU BELUM DIUJI.

Ujian adalah nak tengok siapa yg betul² ikhlas kerana Allah.Awal dakwah Nabi bermulalah ancaman Nabi.

ADA HIKMAH DISEBALIK SESUATU UJIAN.

ANCAMAN DALAM KEHIDUPAN ADALAH ASAM GARAM DALAM KEHIDUPAN ORG BERIMAN.

Bila sebut ancaman,dugaan cabaran,sesiapa pun ada ujiannya.Setiap ujian yg menimpa kita telah dicatat ini ada baiknya utk kita.Hidup kalau tak ada ujian seperti keledai yg sesat(lupa dan alpa).


Berilah peringatan pada saudara saudara terdekat.Dakwah pada keluargalah dakwah yg paling mencabar. Abu Lahab sangat seronok dgn kelahiran Nabi (anak saudaranya) tapi bila Nabi seru pada jalan Allah,dia menentang Nabi.

APAKAH FAKTOR AJARAN NABI DAPAT TENTANGAN?

Nabi bangkit seru tauhidkan Allah,org² kafir  tergugat.Nabi dicemuh,dihina,dilawak jenaka berunsur mengejek.Dan puak² ini berkata kamu benar² sewel.Mereka upah perempuan² bergelek dan menyanyi ketika Nabi sedang berdakwah.

Mereka memburuk~burukkan ajaran Nabi dgn melakukan fitnah.Dan org kafir kata jangan dengar Al~Quran.

KITA YG SEDANG BERUSAHA NAK BUAT BAIK DAN ADA ORG YG BURUK BURUK KAN KITA DIGROUP~GROUP WHATSAPP, KITA
RELAX² SAHAJA . NABI TERLEBIH DAHULU DIBERI ANCAMAN. ADAKAH KONFLIK ANCAMAN NABI?

Bangsa Arab bangsa yg sangat pandai berniaga. Mereka ketika itu berada dizaman jahiliah (tak kenal Allah).Nabi datang utk betulkan mereka.
Ketika itu Bilal bin Rabah disiksa oleh tuannya.
Dijemur ditengah panas.Tangannya diikat.Khabak datang jumpa Nabi dibawah bayangan kaabah,Ya Rasulullah kamu tak doa pada Allah ke utk selamatkan kami semua?Nabi bangun dalam kedaan muka merah.Nabi kata tahukah kamu org dulu² yg nak menegakkan agama Allah ini ada yg digergaji kepalanya, ada yg disepak hingga mati.Itulah perjuangan terdahulu.Tapi hati mereka sedikit pun tak tergugat.

ORG ANGGAP ANCAMAN SATU KEBURUKAN ,BAGAIMANA KITA NAK JADIKAN ANCAMAN ITU UTK KITA SAHUT CABARAN ITU UTK JADIKAN KITA KUAT?

Dalam surah Al~Bakarah banyak ceritakan sikap manusia.Dan dalam surah An~Nas banyak cerita was². Org beriman tak akan ragu². Nak tahu tahap iman seseorang itu kuat atau tak kuat ,tengok ketika dia diuji.

KATA SAIDINA UMAR , ALLAH MEMENANGKAN KITA KERANA MUSUH² KITA.

ADA ANAK MUDA YG MEMILIH ISLAM DAN MAK DIA MARAH HINGGA MAK DIA MOGOK LAPAR.

ANAKNYA KATA JIKA ALLAH BERI MAK 100 NYAWA DAN AMBIL SATU PERSATU,SAYA ANAK TETAP DGN AGAMA ISLAM. ABU JAHAL SULA SUMAYYAH .ABU JAHAL DIPENGGAL KEPALA DAN ABU JAHAL KATA DIA YG PALING MULIA DAN DIA KATA DIA BENCI NABI.KEPALA ABU JAHAL DIBAWA KEPADA NABI. NABI SUJUD SYUKUR KERANA KEMATIAN ABU JAHAL.

JANGAN JADI MANUSIA SEPERTI ABU JAHAL.

SIAPAKAH SAHABAT YG SENTIASA MENYOKONG RASULULLAH?

Dalam setiap siri peraniayaan Nabi,Nabi akan dibantu oleh sahabat². Ketika Nabi sembahyang, Ukbah datang bawa kain dan lilit leher Nabi.
Dan Nabi diselamatkan oleh sahabat Nabi.
Ukbah datang lagi dan bawa uri unta,dilumurkan uri unta dibelakang Nabi ketika Nabi sedang solat. Datang Siti Fatimah buang uri dibelakang ayahnya.

SEBAGAI UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN INI,BAGAIMANA NAK HADAPI ANCAMAN AKIDAH?

Banyakkan doa pada Allah dari ancaman akidah.
Ada org yg solat tapi dalam diam² ada yg  terpesong. Org yg selamat ialah org yg ikut Allah dan Nabi.

APA ANCAMAN DI MEDIA SOSIAL ZAMAN INI?
MUSUH ORG BERIMAN ADA 4:

1)Org beriman yg dengki dengannya.

2)Org munafik yg benci dengannya.

3)Org kafir yg nak melawan dengannya.

4)Syaitan yg nak mengujinya.

SEGALA MAKLUMAT YG KITA DAPAT MESTI DISELIDIKI TERLEBIH DULU.

Dua azab kubur dimiliki oleh  orang yg tak bersih air kencingnya dan orang yang suka menyampai~nyampai.

ADA ORG NAK AJAK ORG BUAT BAIK TAPI ORG UNGKIT KISAH SILAMNYA ,BAGAIMANA NAK HADAPI ORG ITU?

Tanda org baik ialah dia tak pernah rasa dia baik.
Tanda penyakit org baik merasa dirinya baik. Kalau dapat ayat Al~Quran jadikan ayat Al~Quran itu utk perbaiki diri sendiri.
Anggap teguran dari org lain utk diri sendiri bukan utk org lain .Kawan nak cakap apa biarkan. Saidina Umar pernah minta nama org munafik sebab nak tahu apakah namanya ada dalam senarai org munafik itu.

KITA SAMA SAHAJA BEZANYA CUMA AMALAN KITA.

BAGAIMANA NAK JADIKAN KISAH RASULULLAH SEBAGAI ROLE MODEL?

Ada manusia hidupnya ada agama tapi menolak Tuhan. Jika anak² nak belajar di negara barat ,pergilah cuma jangan sampai fahaman negatif turut dibawa balik. Jika datang macam² dalam hidup kita perbaharuilah iman kita dgn sebut لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ. Siapa yg belajar ilmu tauhid sungguh², ln Shaa Allah hidupnya selamat.

TIDAKLAH MENIMPA SESUATU YG TELAH TERTULIS UTK KITA,ADA HIKMAH DAN ADA BAIKNYA DALAM HIDUP KITA.

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru

Gambar sekadar hiasan.

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi." Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Tabung Haji Diuji Lagi

  Bismillah, Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan  tutup. Bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam Tapi yang lebih membimbangkan negara minggu ini bila sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit pendeposit di tabung haji ) diuji paling dasyat bilamana semua urusan ditabung haji telah tertangguh.Tabung haji telah offline! klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Dah masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'. Kenyataan tentang apa yang berlaku telah pun dinyatakan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka. Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link tabung haji telah 'offline'. - Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat. -Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat. - Ada yang nak teruskan urusan tawaran haji 1448H pun tak dapat. Tabung h...

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...