Skip to main content

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu.

Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri.

Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit*

Gadisku tak ketinggalan berposing

Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas

Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂

haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu 

Bendera Johor berkibar megah disitu

Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang. 

Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari..

Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq :

- kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang

- pantainya semulajadi

- ada sebuah warung untuk para pengunjung  dan  nelayan duduk ngeteh

- pemandangan dia?  Masyaallah indah sangat sangat. Tak mustahil lah kalau kat sini kerap diadakan aktiviti kaki kaki pancing buat pertandingan memancing.

- maq tak dapat ulas panjang sebab maq masuk tak jauh pun kerana encik suami takut diserang monyet monyet liar disitu.  Well biasalah my suami kan sangat berjaga jaga dalam setiap langkahnya.

- nak elak diserang monyet, jangan bawa makanan atau jangan buang  sampah merata, tentu monyet tak kacau.

Kalau tak silap, anda boleh cari page Pantai Perpat di facebook untuk mengetahui situasi ,lokasi dan aktiviti disana.

Video ada kat twitter Madam Maq. Kat blog tak boleh simpan katanya sebab its too long.. Hmm


Nota maq : 4 PERKARA JIKA DI PANDANG SAHAJA DAPAT PAHALA :  Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala.4 perkara itu ialah :

1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka’abah


Alhamdulillah, kat Batu Pahat  Allah bagi banyak laut dan pantai untuk kami pandang. Dekat dan percuma. Terima kasih Allah...

#sayangipantaikita

Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa