Skip to main content

Perginya srikandi Keluarga.


Assalamualaikum.

Sabtu, 6hb Julai 2019. Buat pertama kalinya maq dan keluarga pergi ke Shah Alam, Selangor.

Makcik kepada Encik suami ,meninggal dunia dikawasan perumahan di Jalan Tongsan, seksyen 17.  Kami bekesempatan mengikuti ahli keluarga yang lain menguruskan jenazah di masjid seksyen 17 tersebut. Tapi apa nama masjid tu ,maq lupa pulak.

Menanti proses mandi dan kafan

Makcik encik suami lebih senang kami panggil ," wak Mah" . Arwah merupakan kakak kepada arwah bapa mertua maq. Selepas kematian suami  ,wak Mah telah diajak duduk serumah dengan keluarga encik suami. Pada tahun 70an pula , adik wak mah ( bapa mertua maq ) meninggal dunia. Maka ,wak mah lah peneman ibu mertua maq menguruskan 8 orang anak. Yang bongsu kembar 2 perempuan yang ketika itu belum pun berusia setahun.

Membesarkan 8 orang anak bukan kerja yang mudah bagi seorang ibu tunggal ketika itu. Ibu mertua terpaksa menoreh berbatu batu jarak ladang getahnya dari rumah untuk mencari rezeki. Awal pagi dah keluar rumah bersama anak kecil sebagai peneman. ( encik suami ketika itu masih bersekolah rendah ) telah jadi peneman ibunya pergi menoreh.

Kemudian,tengahari  lepas zohor dengan berhasilkan beberapa kepingan getah proses  ibu mertua terpaksa pula pergi kesawah untuk menambahkan lagi hasil pendapatan hinggalah ke  lewat petang.

So siapa uruskan rumah? Makan minum anak anak? Cuci ,lipat kain baju bagi 8orang anak? Ya , tentunya wak Mah. Arwah wak mah.. Arwahlah yang siapkan semua kerja rumah dan jaga anak anak. Sebab ibu mertua memang fokus cari rezeki semata mata.

Maq tak dapat bayangkan bagaimana kecekapan arwah buat semua kerja kerja tu sehingga anak anak membesar dengan jaya dan sihatnya. Dan ketika maq bersalinkan anak ke tiga pada tahun 2002  , arwah lah yang menjaga maq dalam pantang. Alhamdulillah semuanya sempurna. Bagi maq ,arwahlah srikandi keluarga mertua. Setiap orang dalam ahli keluarga itu ada terhutang budi dengan arwah wak..


Dan Sabtu 6 Julai ,dikala usia wak mah menjangkau 93 tahun, itulah hari terakhir kami melihat wak mah kami. Apa yang mampu maq doakan, mudah mudahan segala jenis kebaikan wak Mah ketika menjaga anak anak ibu mertua , beserta menantu dan cucu cicitnya sekali itu, Allah balas ianya dengan balasan Syurga..

Aamiin ya robbal a'lamiin.. Alfatihah..


Comments

  1. takziah untk akak sekeluarga, btw done follow akak #77

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Munirah.
    Terima kasih jugak follow akak ,kejap lagi akak menyusul ke blog awak.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa