Skip to main content

Perangai Perempuan Sebenar


Assalamualaikum.

Perempuan sebenar dipandangan mata Maq.

Okey , bunyi mukaddimah dah sedap dah tu. Kerana apa maq nak berikan pandangan tentang perempuan sedangkan maq pun perempuan? Tulin pulak tu! Haa? Anggap saja  ini hanya  bebelan  seorang mak nenek yang sedang leka menganyam tikar mengkuang bidang 2 depa kali 4 depa.

- ok , bayangkan***

Kome tau tak? Orang perempuan ni ramai yang kata mereka tu dalam masa bersifat lemah , mereka tu banyak sangat songeh! Apa benar ? Hmm padahal hakikatnya mereka tu teliti. Mereka nak yang terbaik dari yang baik. Mereka nak punyai apa yang orang lain dah punyai atau  orang lain tidak lagi mempunyai.


Orang perempuan tu memang suka menunjuk nunjuk? Ish , idok le.. Dia orang cuma bangga pada apa yang diaorang ada. Itu jek. Cuma pandangan manusia kan beza beza , maka terhasil lah istilah " nak nunjuk nunjuk " tu , sedangkan mereka takda niat langsung kearah tu. Andai korang ada ternampak kelibat perbuatan menunjuk tu korang buat derk jelah ,nanti automatik terhakislah istilah menunjuk nunjuk  dia. Sebab apa boleh terhakis?? Haha sebab dia dah give up , orang tak hairan pun pada apa yang dia ada ,😂


Orang perempuan - biar papa asal bergaya? Betul ke?

 Hello , diaorang mana tahu istilah papa ke , miskin ke , kedana ke. Diaorang rasa diaorang nak , pandai pandai lah diaorang berusaha. Sebabtu kita selalu sangat nampak keadaan dimana , sang isteri tonggang langgang nak pergi kerja ,nak uruskan anak anak pergi sekolah ,taska, nursery. Mana nak fikirkan rumah yang  bakal ditinggalkan seharian.  Dari subuh berlari kesemua sudut rumah , sampailah dah masuk waktu solat dhuha , diaorang masih berpusing pusing dalam rumah buat itu ini. Untung nasib waktu mula kerja dah siang. Kalau yang waktu mula kerjanya tu pukul  6.30 diawal pagi? Allah huakhbar..


Dah sampai tempat kerja bukannya dia boleh duduk duduk santai, kena lagi buat kerja 8 - 9 jam. Tu belum dugaan masyarakat dijalan raya ,belum dugaan gangguan ditempat kerja ,belum lagi karenah kawan kawan satu office. Apa yang kita nampak mereka masih terus bertahan untuk satu sasaran , nanti cukup bulan dapat gaji. Dan lepastu mereka akan beli apa saja yang mereka dah lama hajatkan. Nah, hebat tak?

Maq jarang dengar orang lelaki main kutu. Tapi orang perempuan, jangan kata kutu barang kemas , perabut , tupperware , coway , amway , highway , no way  ,hahha semua benda diaorang nak buat konsep kutu. Bayar bulan bulan! Sebab apa buat macam tu? Sebab baki gaji nanti sudah tersenarai rezeki untuk keperluan anak anak ,ibubapa kat kampung , baju salin salin pergi kerja hari hari , make up, syempoo ,skincare, apa tu semua . Dasat ?! Ofcouse la..😍

So kita nak kata perempuan tu makhlok yang lemah?

Tidak lagi kan? Ini baru maq sentuh sikit jek, ada puluhan perangai hebat orang perempuan yang ramai orang tak perasan pun. Bila bila kita sembang lagi ye.. Taip berjela jela ni lenguh jari ,😂

Tapi sejujurnya ada satu rahsia yang maq nak beritahu kat anda, bahawa perempuan cuma akan jadi lemah bila orang yang dia sayang , yang dipuja disepanjang hayatnya telah mula 'main gila!'  Masa tu korang pun takkan kenal dia lagi...


Gambar sekadar hiasan.


Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa