Skip to main content

Coklat Bar homemade


Assalamua'laikum.

Minat makan coklat? Orang perempuan pastinya pengemar coklat paling setia, termasuk maq ! Nak makan coklat tanpa rasa was was ? Hebatnya kamu, yakinnya kamu hehe.  So apa lagi marilah kita buat sendiri. Kalau maq kata coklat ini sedap itu maknanya  coklat homemade ini memang  betul betul sedap ! Swear🙋

Bahan bahan yang kena beli . Pesan maq : janganlah mintak kat jiran pulak ,malu nanti ..

Coklat masakan jenama Berlys (milk) . Coins boleh ,bar pun boleh. Maq guna coins milk sebab cuma itu je yang ada dalam simpanan. Maq tak cadangkan brand lain sebab setakat ni brand berlys je coklat masakan yang maq rasa sedap.

Kacang Badam. Maq beli 200gram lepastu bakar kat oven dalam 8minit pada suhu 150'. Tu oven maq ,oven anda mungkin lain sikit kot. Tapi pakailah suhu biasa biasa je.. Jangan terlalu panas, nanti hangusss. Lepastu sejukan ,lepastu tumbuk kasi hancur. Ingat ,hancur je bukan kasi lumat . Bebaik karang jadi sambal kacang pulak!

Emping jagung. Tak kisahlah jenama apa asalkan emping dari jagung. Maq guna dalam setengah cawan je. So anda tak perlulah beli sampai sekilo benda ni. Tapi kalau nak beli sekilo jugak ,belilah. Duit anda je pun ,bukan duit maq ! Hahaha

Bertih beras . Maq beli bertih beras warna hitam. Sebab kalau guna warna putih tu macam ada telur semut pulak dalam coklat bar tu nanti. Maq beli banyak tapi gunanya cuma setengah cawan jugak ,selebihnya maq fikir macam nak buat mandilah, tengoklah keadaan nanti Hehee . Benda ni maq sangai atas kuali. Bebaik , nanti leka main handfon ,bertih beras hitam tu jadi tambah hitam. Agak agak dah rangup kriuk kriuk , padamkan apinya dong! Sangai tu apa? Maksudnya goreng tanpa minyak.


Cara buatnya? Eleh pejam mata jek macam budak kecik ni.



Coklat coins tu di double boiler kan kejap ,tambahlah sikit minyak masak yang bersih dan suci. Anggaran 3 sudu untuk ,300gram coklat coin tu. Kalau guna banyak coklat ,tambahlah lagi sukatan minyaknya. Benda boleh tambah, buat apa nak pelokek! Haha terukan mengacau supaya semua coklat tu cair sekata..

Dalam loyang , alaskan dengan kertas almunium yang baki anda guna haritu . Ala masa buat bbq tu. Bakar bakar ikan ,ayam ,sotong ,udang tu. Ingat lagi tak? Haa guna jek asalkan bukan yang recycle. Nanti bau sotong pulak coklatnya.

Dah alas loyang ,taburlah bertih beras , emping jagung dan kacang badam . Sirai sirai je atas loyang tu. Tak payah nak susun susun bertih dengan emping tu , sampai raya puasa tahun depan pun tak siap siap lagi nanti. Leceh !

Lepastu , tuangkan coklat yang dah melting teruk kat atas dapur tadi . Tuang pelahan lahan, jangan gelojoh ,nampak buruk je perangai. Tuang bagi rata dan sekata. Agak agak puasati cukuplah. Bukan nak buat hantaran kawin pun kan,nak buat makan anak dan suami jek pun , lahaii..

Okey ,lepastu bila dah siap , apa lagi, sejukkanlah. Nak lagi cepat beku ? apa guna ada peti sejuk mahal? Masukan je  dalam petisejuk. Letak kat bahagian chill je. Bukan kat bahagian sejuk beku tu tau takut coklat tu jadi ikan pulak haha ! Dalam agak agak 1-2 jam elok dah beku dia tu kot , kecuali kalau anda buat bar yang tebal ,mungkin lambat lah ianya keras. Tunggulah sampai raya haha padan muka siapa suruh buat tebal tebal.

Loyang bulat saiz 8inci ini maq dapat 2loyang dengan coklat 300gram yang dicairkan .Not bad lah hasilnya,muai...


Bila dah keras,keluarkan dari loyang. Ambil pisau bersih yang tajam bersinar. Potong la sambil senyum. Kenapa kena senyum? Sebab coklat tu keras mak oii.  Tersenyum simpul anda nanti masa potong coklat tu . Tak caya? trylah!

Anda akan dapati coklat bar anda berbentuk yang  berbagai rupa. Its okey. Rasa lah keenakkan coklat tu dulu ,nanti anda akan lupa apa kejadian pada bentuk nya. Sedap sangat sangat. You can trust me..😂. Okey coklat bar is done ! Yummy!


Nota maq :  maq cadangkan anda guna acuan yang bersaiz kecil kecil tu je. Sebagai contoh acuan muffin ke , acuan kuih lompang ke . Supaya nanti ianya tak perlu dipotong potong bila dah beku. Tapi jangan lupa, alaskan jugak dengan kertas almunium tu jugak. Dah beku, Cuma ketuk ,nanti coklat tu keluarlah dengan bentuknya yang sempurna..

Ce try !

Okey selamat mencuba ! Mencari yang halal itu adalah wajib ! Ingat tu . Jom buat sendiri untuk anak anak ,untuk suami dan untuk diri sendiri..❤ 

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi." Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Tabung Haji Diuji Lagi

  Bismillah, Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan  tutup. Bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam Tapi yang lebih membimbangkan negara minggu ini bila sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit pendeposit di tabung haji ) diuji paling dasyat bilamana semua urusan ditabung haji telah tertangguh.Tabung haji telah offline! klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Dah masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'. Kenyataan tentang apa yang berlaku telah pun dinyatakan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka. Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link tabung haji telah 'offline'. - Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat. -Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat. - Ada yang nak teruskan urusan tawaran haji 1448H pun tak dapat. Tabung h...

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...