Skip to main content

Kisah Dhaja


Assalamualaikum.

Harini nak share kisah peribadi maq. Yang pada maq mungkin kah ini faktor usia atau sintom sintom hormon dah mula tak stabil? Entahlah. Tapi jujur , semenjak bulan puasa haritu ,maq telah jatuh cinta. Apa? Maq ? cinta? Dah tua tua pun reti lagi nak Jatuh cinta?

Ye..tapi kalini jatuh cinta dekat satu jenama tudung. Ia ialah D haja Clara. Mesti ramai dah tahu jenama ni. Kalau tak tahu searchlah google. Tapi kalau malas nak search. Bawah ni antara design d haja.


Kenapa maq boleh jatuh cinta dengan d haja?

1- tudungnya dibahagian depan dan belakang  adalah labuh. Tapi dia tak besar dan kembang seperti telekong. Dan memandangkan maq sekarang dah terbiasa dengan baju/ jubah yang longgar dan besar , so bila pakai dhaja ni rasanya tak nampak serabut sangat. Kadang kita yang pakai ,orang lain pulak yang rimas ,kan? Hehe biasalah manusia ,maq tak hairan dah semua pandangan jenis macam tu.

2 - material dia ringan , lapisan kain dia yang bertingkat tingkat itu akan buat kita pakai dengan selesa dan tidak terasa panas.

3 - Bila dah biasa pakai tudung biasa biasa ,  maq teringin pulak lah nak pakai tudung mahal kononnya..ala mahal sikit je kot.  Cuba tengok  Video D haja ini.. Mak aii melting makcik rasa..😭..

Tapi bila encik suami bagi kata kata nasihat  yang sangat sangat nasihat buat maq hingga maq rasa tawar hati dan terus berdiam diri je lepas tu. Bawah ni ucap kata ikhlas dari beliau.


Hampa....😭

Lepastu nak jadikan cerita lagi. Adalah sesaorang insan nak bagi Dhaja sebagai hadiah 7 julai maq.. Maq kata tak payahlah. Membazir je nanti. Orang bukan percaya pun kalau maq pakai dhaja. Maklomlah tak berkerja. Tapi apa kata sesaorang tu?

" ishh..takpalah buat hadiah je. Nanti akan rasa puas bila kita dapat  pakai apa yang kita nak. Biarpun harga tu mahal sikit "

Maq : ishh tak payah.. Takpa..tak payah nak susah susahkan diri.tapi dah tengok ke tudung  dhaja punya harga tu?

Beliau kata :

" nanti usha kat instagram or facebook jek.."

Sekali lagi maq kata jangan nak peningkan kepala.  Batalkan je niat tu. Nanti maq nak ,maq boleh je beli sendiri. Namun dia berkeras nak  juga bagi. Okey ,kalau nak orderkan maq , maq nak tudung saiz XL ! Sebab maq suka saiz tu ! Semua tudung maq pakai sekarang saiz XL. Dan sesaorang tu kata okey ,takda hal..

Dalam hati maq  "nyesal kau nanti kalau dah tengok .."

Dan tepat sekali , selang beberapa hari selepas tu..


Hahahaha dah agak dah..memang dhajahanam !! Punah hajat maq nak dapat hadiah special pada hari lahir ku uii..


Harini maq update lah perasaan hampa tu kat status whatsapp tapi apa yang  dah berlaku ??




Wah..dapat sokongan padu dari anak saudara dan adik perempuan ! Ni tak boleh jadi ni, maq kena tiup semula semangat yang padam sejak bulan puasa haritu nampaknya . Hahaha inilah orang perempuan  yang tak pernah nak  kalah dan tak pernah nak ngaku salah ! Alhamdulillah kamilah perempuan tulin 🌹..

(gambar ) Harga masa nak raya. Dan bila maq update gambar atas tu kat status whatsapp selepas beberapa jam. Apa pula kata mereka?



Anak saudara yang lagi sorang terus senyap. Hehehe agaknya dia pun malas nak melayan makcik dia yang taste asyik kelaut je ni..😂  eh manalah tahu kot kot ada rezeki kan. Ber " dhaja  Clara"  Makcik kau ni pada hari raya haji nanti . Haaaa.. Masa tu tak sentuh ketupat lagi dah. Mata merah merah sebab asyik tenung tudung siang malam! 😂

Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Sejarah Parit Sulong

Assalamualaikum Sekali lagi kita berkongsi sejarah salah satu daerah di Batu Pahat. PARIT SULONG DALAM GALLERY MEMORY "Oleh ; Mohamad Sindi Sabilan " Saya dilahirkan dalam pasca selepas perang dunia kedua dan zaman keganasan komunis Malaya 1947.Arwah emak pernah beritahu ketika nak lahirkan saya, sana sini Jedar jedur ! bunyi tembakan malam-malam, hingga menakutkan  seluruh penghuni Parit Sentang Batu di kampung bernama Estate Chu Lem.Sekarang lokasinya ialah Komplek peladang Jalan Peserai berhampiran Parit Lapis Laman. Embah Sarah  nenek saya yang menjadi bidan yg tinggal di pekan Parit Sulong dibawa oleh bapak aku dan diiringi oleh  beberapa orang kampung Home Guard supaya tidak diganggu oleh komunis.Pengganas komunis Bintang Tiga berada dimana-mana di sekitar Parit Sulong, seperti di Kangkar Senangar, Hutan hutan menghala ke Pagoh, Seri Medan, Air Puteh, Separap,Parit Penghulu, Parit Jawa, Batu Lima, Kolam Air, Bandar Batu Pahat. Kominis ni kejam, mereka menan...

Sayu

Assalammualaikum Bila maq diinvite ke group wassapp oleh anak-anak buah dan sepupu sepapat , handfone maq memang tak sunyi lagi . Kring krang kring krang ( bukan ringtone sebenar ) akan berbunyi setiap masa,maklumlah kan family kami besar . Selain chats, juga gambar - gambar lucu yg dikongsi , ada juga video video  menarik. Semua tu buat maq sakit perut  kerana ketawa . Tapi bila maq tonton satu video yang dikongsikan diatas tu , jujur maq cakap , maq insaf dan tanpa maq sedari airmata maq turun laju dipipi ni. Allah jauhi anak cucu cicit kami dari kemelut sukar yg dialami oleh anak anak itu.Allah maha besar !

Tahniah Aida!

Assalamualaikum. Throwback kisah semalam.Semalam 5hb March 2020. Semalam tarikh dimana Along dah janji dengan Aida nak pergi ambil result SPM Aida. Semalam juga, Ainul Mardhiah kurang sihat kerana demam dan selsema. Dan buat pertamakali semalam, maq ikut anak pergi ambil result SPM.Sebabnya maq risau kalau along terpaksa batalkan janji dia nak hantar aida ambil result (maklom anak tak sihat)  Jadinya maq dan aida bakal naik grab je. Itu plan kedua kami. Tapi Alhamdulillah, along pegang pada janji walaupun anaknya meragam sebab badan tak sihat,along tiba jemput kami dirumah pada pukul 9.40am. Maq nak cerita ni. Ini merupakan pengalaman pertama maq temankan anak ambil result exam tau,  anda boleh tengok apa yang dapat maq kongsi untuk pengalaman kalini . - Pukul 10.00-10.20 tunggu pengetua dan cikgu cikgu lain datang ke dewan. Mereka pergi makan dulu sebab pukul 10 kan waktu rehat. - 10.30 - pengetua beri ucapan dan melapurkan prestasi peperiksaan tahun 201...

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Aidil Adha 1442 H

  Assalamualaikum. Salam hari kedua idul adha. Tahun ni tak dapat daging korban nampaknya. Biasanya petang raya pertama lepas zohor qariah masjid kat taman dah hantar kerumah rumah penduduk sekitar,tapi kalini menunggu hingga lah petang raya kedua ni, sorang pun tak nampak bayang. Rupanya tak semua tempat dibenarkan buat korban. Oh..sekarang baru maq paham... Semalam. 10 -12-1442. Juadah simple jek.Nasi minyak ,ayam merah,rojak timun.Sebetulnya rindu nak makan nasi minyak pengantin. Dah lama rasanya tak pergi undangan majlis kahwin ...hehehe memasing buat majlis anak beranak je musim pendemik ni kan ,termasuklah maq sendiri. Gambar pinjam dari google. Semalam tak sempat nak ambil gambar nasi minyak maq sebab leka melayan cucu 2 orang tu.  Anak kedua maq (Ety)kena kerja semalam. Lagi pun dia tak dapat nak merentas daerah atas arahan SOP. Maq akur. Sebagai frontliner ,itu tanggungjawab beliau. Semoga dipermudahkan semua urusannya dan kawan kawan lain. Along sekeluarga balik pun ...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Tekanan darah naik terlalu tinggi!

Assalamualaikum. Ini kisah hari Jumaat ,semalam.  Kalau hari Jumaat ,maq cuma mengasuh cucu maq sorang. Kanak kanak lain cuti sebab Jumaat adalah cuti umum bagi negeri Johor. Bila awal pagi ,along beritahu dia tak kerja , maq pun ambil peluang kemas rumah sebab takda baby yang perlu dijaga haritu. Tengah sibok mengemas , sambil masak sarapan pancake bersama sos coklat ,along datang dengan ainul ** masa ni tok mak ainul belum mandi lagi , sebab operasi mengemas tak siap. 😅. Kemudian ,lepas siap masak pancake, mandi ,maq pun sarapan bersama along dan yang lain. Setengah jam lepas tu ,maq pun ke dapur untuk masa tengahari pulak! Haha sayur labu masak lemak , ayam goreng ,sambal belacan ! Lepas makan , solat , pukul 2 petang along ajak keluar cari barang . Maq ikut ! Pergi Eco , pergi Ninso dan beli makanan , pukul 4+ kami balik kerumah. Penat sangat tapi sempat minum petang bersama along dan anak anak maq yang lain. Nest O panas , roti cheese , nasi lemak . Beresss.. Pukul 5...