Skip to main content

Jus Halia produk Nona


Assalamualaikum.

Minggu ni encik suami kemaruk nak minum jus halia panas. Maq beli ketika beli stock barang dapur pada awal bulan haritu. Maq ingat maq je yang minat nak minum jus halia , untuk buang angin dalam badan , rupanya encik suami juga . Siap minta maq tolong ingatkan beliau untuk repeat beli ! Allah hu.. Habiskanlah dulu stock nya dong..

Produk Sri Nona Food Industries

Fungsi halia ramai dah tahu kan,paling utama untuk lawaskan pembuangan " gas beracun " dari sistem badan kita.

*Sedikit info mengenai minuman ini.

- ia adalah serbuk halia berserat semulajadi.

- tiada bahan kimia dan bahan tiruan.

- boleh minum panas dan sejuk.

- boleh diminum bersama teh ,kopi , susu dan sebagainya sebagai perasa tambahan.

- boleh dijadikan makanan tambahan bila diambil bersama kuning telur dan madu.

*Mengandungi sukrosa ,halia dan madu.


* halal Malaysia.

* boleh melegakan sakit sakit angin pada badan ,pening kepala.

* penyediaan mudah. Cuma perlu bancuh kandungan paket  dengan 150ml air panas ,kacau², dah siap ! Nak lebihkan rasa manis ? anda boleh tambah lagi sedikit gula.

* harga mampu milik. Sekotak berat 150gram ( macam gambar atas tu ) mengandungi 15 sachets, tak sampai pun rm 5.00! Mur mur jek .

Nasihat maq : Belilah satu kotak buat stock kot kot makan banyak nanti perut meragam,boleh minum jus ini untuk memberi kelegaan dalam usus perut. Inshaallah ,berkesan.



Okey itu sahaja. Selamat mencuba produk produk keluaran Nona ini.



Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa