Assalamualaikum.
Sebelum tidur, kalau dapat layanlah kejap satu atau dua ceramah agama. Kerana ilmu yang disampaikan akan kita bawa dalam minda dengan tenang. Kalau mimpi pun ,inshaallah mimpi yang baik baik je kot ..
Maq suka tonton ceramah ustazah Asma Harun terutama sebelum maq tidur. Anda pun sama kan? Peminat setia ceramah ustazah Asma Harun jugak kan?Kalau kawan kawan sekolah maq ,terutama lelaki, mereka kata Ustazah Asma tu comel ,sebab tu mereka suka tonton video video ustazah. Pada maq memang pun beliau comel dan banyak ilmu. Penjelasan ustazah padu dan mudah untuk dipahami. Lihat saja komen disetiap video ustazah di youtube. Semua netizen memuji kebijaksanaan ustazah Asma dalam semua sudut.
Maq tertarik dengan satu nasihat ustazah kepada mereka yang betul betul tak reti baca al Quran. Mereka yang dah berusaha mempelajari tapi masih tak boleh nak baca.
Kata ustazah :
"Kalau kita memang betul betul tak pandai baca Quran,belajar berkali kali pun dah tak boleh nak masuk kat minda, janganlah malas nak pegang ,buka dan pandang ayat ayat suci al-Quran kerana bila kita pandang Al - Quran pun kita dah dapat pahala. Hari hari pegang,hari hari buka , hari hari pandang,hari hari juga kita akan dapat pahala. Jangan di sia siakan syafaat tu. "
Pandang ayat Quran pun dah dapat pahala? Sayangnya Allah kepada hamba hamba Nya. Apatah lagi jika hari hari dibaca. Difahami maknanya, dipraktikkan kandungannya. Berapa banyak pahala akan Allah bagi? SubhanAllah 😭.
Diterangkan lagi ,hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala.
4 perkara itu ialah:
1. Memandang wajah ibubapa
2. Memandang ayat ayat Al-Quran
3. Memandang lautan
4. Memandang Ka’abah
Masyaallah ... Kalau kita lihat apa yang ada kat depan mata kita sekarang ni ,ketika kita masih bernyawa ini . Pasangan kita , anak anak ,ibu ayah , adik beradik , harta benda ,pangkat ,gelaran,jawatan ,penyokong ,followers , apa semua itu takkan mampu bantu kita sepenuhnya dipadang Mashyar nanti,kecuali Al Quran. So, luangkan masa sebentar saja untuk al Quran. Sekejap pun jadilah. Dapat lama lagi bagus. Alhamdulillah..
Comments
Post a Comment