Assalamualaikum.
Hujan lebat turun sejak pukul 5.00pagi tadi. Berlarutan hingga siang ni dan sekarang hujan dah mula berhenti tapi mendung masih berlabuh dikaki langit.
Menyusuri laman sosial whatsapp selepas masak tadi. Alangkah terkejutnya bila masuk group taman .
Innalilahiwainnailaihirojiiunn...
Beberapa kawasan tanahnya telah terhakis ,tanah ditebing kolam dah mula melungsur akibat air yang semakin melimpah.
⬆️Jalan keluar untuk ke jalan Tanjung Labuh ( ini jalan pintas ,biasa digunakan oleh penunggang motosikal )
⬆️Tebing kawasan loji tanah dah mula terhakis.Ini adalah tasik lama yang pemaju jadikan sebagai loji kumbahan penduduk taman.
⬆️Ikan puyu dah berenang memasuki kawasan tepi rumah penduduk.Ini belaku disebelah kawasan loji kumbahan atas tadi.
Apa yang bermain diminda maq sekarang , bila teringat ikan puyu didarat,maq teringat peristiwa Di Gunung Jerai,Yan pada 18/8/2021 yang lalu..kejadian ikan ikan puyu panjat tebing menuju Surau Sulaiman di Tanjung Karang ,Selangor . Tak lama lepas tu , kat Kedah pulak kepala air dari Gunung Jerai turun mengganas.
Allahhu...
Nauzubillahiminzaliq...
Air hujan bila bercampur dengan air dari hutan lipur Bukit Soga,kuantitinya jadi semakin banyak.Hal ini lah yang menyebabkan air melimpah hingga ke kawasan rumah penduduk.
Apa pula yang belaku dikawasan sekitar bandar Batu Pahat hari ini??
⬆️kawasan Parit Besar ,Jalan Kluang
⬆️longkang besar di taman Bahagia ,Batu Pahat.
⬆️Kawasan BP Mall ,Jalan Kluang.
⬆️Taman Bukit Perdana,Batu Pahat
⬆️Warung tom yam ,Jalan Kluang
⬆️Pejabat di Bangunan Mahkamah,Batu Pahat.
Antara video yang dikongsi oleh penduduk taman.
Apa yang mampu dilakukan sekarang hanyalah doa.
Semoga hujan yang turun ini adalah hujan yang memberi rahmat..Aamiin yaa Robbal Alamiin.
#prayforBatuPahat
#prayforYan
#prayforPerak
Hujan pun dah reda
ReplyDeleteHarap2 dah surutlah banjirnya
kesiannya rumah yang terhakis tu kak oi...
ReplyDeletemoga hujan dah berhentilah supaya cepat surut mana yang naik air tu...
WP : Mampu doa yang baik baik buat semua .
ReplyDeleteDana : Betul tu , mereka sangat berisiko tinggi bila musim hujan tiba.
ReplyDeleteMaaf baru sempat balas komen komennya**