16 Julai 2019


Assalamualaikum.

Harini banyak yang sudah berlaku dan akan berlaku. Semua itu dengan izin Allah s.w.t.  Semuanya berkaitan antara satu sama lain. Semua itu dah buat maq rasa bahawa kita semua kena lebih lagi berusaha..

Pagi tadi , dunia digempar kan dengan berita gempa bumi di Pulau Bali.

Innalilahiwainnailaihirojiiun..







Petangnya pula fenomena matahari berada betul tegak diatas Ka'abah. Peristiwa Istiwa A'dzam ,bermakna arah kiblat disesetengah tempat ada sedikit perubahan.



Malam ini fenomena gerhana bulan bakal berlaku pada pukul 4.00am ,inshaallah.. 😭



Bumi ,bulan dan matahari sudah semakin hampir. Perubahan alam  yang berkait . Kejadian yang dulu berlaku mengikut jarak masa tertentu ,tapi hari ini , 16 julai 2019 / bersamaan 13 /11/1440 H semuanya berlaku dalam tempoh 24 jam sahaja . Semua terjadi dengan izin Allah..

Allah huakhbar..

Jika anda di twitter , banyak info mengenai fenomena alam yang dah uzur ni mereka kesan dan mereka kongsikan. Semuanya berlaku dalam  sehari dua ini sahaja. Antaranya :




Maha suci Allah yang mentadbir sekelian alam.

Sebagai hambaNya , apa yang perlu kita buat sekarang, teruskan buat persiapan sebagai bekal. Teruskan berbuat baik , teruskan melakukan perintahNya dan hentikan terus semua larangan laranganNya. Abaikan semua yang melalaikan kerana shaiton sedang mencari teman yang akan menemankan dia dineraka nanti.


Semoga Allah beri kita sebaik baik perlindunganNya , aamiin ya robbal a'lamiin..😭

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Waktu Cuti Panjang

Sebab Degil Dos Ubat Ditambah Lagi

Done booster ?

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Aturan Allah Sangat Indah

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam