Berani Biar Bertempat


Assalamualaikum.


Bila maq tonton video atas ni , maq terfikir kejap,kenapa ya orang kita sekarang ni perangai mereka pelik macamni? Ini bukanlah benda elok nak dipertonton ramai ramai. Harimau okey ! Bukannya kucing. Sedangkan dengan anjing pun  kadang kita menjauhkan diri kita ,apatah lagi harimau.

Zahirnya harimau tu memang nampak jinak tapi janganlah kita dok tadah diri sendiri nak mengadap dia. Tempah bala namanya tu.  Silap gaya , diterkam dek haiwan tu ,lepastu dah terpaksa  pulak ditembak dengan alasan ia  dah mengganas dan merbahayakan orang awam, tak pasal pasal haiwan tu jadi mangsa. Lepastu nak salahkan pihak itu dan pihak ini. Padahal puncanya dari sikap berani tak bertempat dari manusia tu sendiri.

Pokok pangkalnya kita sendiri pun  tak tahu apa punca haiwan haiwan tu berkeliaran. Kot kot dia tengah kelaparan ke atau baru lepas bergaduh ke. Atau dalam proses nak mengawan ke ? Semua itu antara  penyebab yang  boleh merangsang haiwan menyerang mangsa. Mood tengah tak stabil lah katakan. Ishh merbahaya tau!

Apapun ,mencegah itu lebih baik daripada mengubati , kalau nak tunjuk keberanian tu biarlah bertempat. Haa itu je yang maq mampu kata untuk kali ini.


Hospital pun dah tenat dah tu ,janganlah kita tambah lagi beban masalah mereka..

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026

Himpunan Doa Arafah 2025