7 Julai 2019


Assalammualaikum.

Alhamdulillah, tarikh 7 Julai telah selamat berlalu. Maka genaplah usia maq 50 tahun sekarang ni.


Apa yang maq rasa bersyukur sangat sangat , banyak kata ucap harilahir yang maq terima dari insan terdekat serta sahabat sahabat. Ada juga beberapa ucapan yang datang dari mereka yang maq tidak kenali, alhamdulillah.


Apa yang menariknya lagi, dalam puluhan ucapan dan doa yang diterima. Bawah ni merupakan wish birthday paling panjang  maq dapat.


Allahhu ,sebak terasa . Terima kasih buat semua yang mengingati. Allah jua membalas akannya. Inshaallah aamiin..

USIA

Semakin bertambah usia maka semakin kabur mata kita, mungkin Allah SWT ingin supaya mata hati kita cerah untuk melihat akhirat.

Semakin bertambah usia, hati kita makin sensitif, mungkin Allah SWT ingin mengajar bahawa berpaut pada manusia itu selalu menghampakan, akan tetapi hati yang berpaut pada Allah SWT tidak akan pernah kecewa.

Semakin bertambah usia semakin banyak gugur gigi kita, mungkin Allah SWT sedang mengingatkan kita bahawa kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.

Semakin bertambah usia, semakin putih rambut kita.Mungkin Allah SWT ingin mengingatkan kita tentang putihnya kain kafan yang bakal membalut kita.

Ingatlah, setiap kali sampai hari lahir kita, maka setiap kali itulah makin berkurang baki umur kita.Maka semakin dekat pula kita dengan kematian...😔

SANAH HELWAH BUAT ADIKKU NORAINI.SERTA  KELAHIRAN KITA YANG AKAN TIBA~😘😘😘

Doa ulang tahun kelahiran..

"Ya Allah..panjangkanlah usia kami,
Agar lebih lama kami dapat mentaati Mu..
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang..
Moga di akhirat kelak dapat kami mengutip hasilnya.

Ya Allah..tambahkanlah amalan kami di saat bertambahnya usia kami... Aamiin aamiin ya Allah💗"


IKLAS DARI
KAK IZAN



Siapa kak izan tu? 

Beliau merupakan jiran maq, ustazah yang ajar maq tajwid alQuran dan juga pengerusi biro wanita Taman Bukit Perdana juga.Terima kasih Kak Izan.Doa yang baik baik saja buat Kak Izan sekeluarga.Aamiin.


Gambar keluarga Kak Izan.Alhamdulillah.


-tudung krim baju maroon itulah Kak Izan.

Comments

Popular posts from this blog

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

7 Julai ❤

Musim Haji VS Musim Durian

Aida Ke Mine Optometrist

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Kisah US Israel ,Arab Saudi & Yaman

Orang Hidup VS Orang Mati

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Hikmah Disebalik Sesat