Amalan Asmaul Husna ( proses ketiga )



Assalamualaikum.

Kebetulan. Bila maq mula nak kongsikan amalan amalan Asmaul Husna dalam blog ini, jumpa pula video atas ni dalam group whatsapp.

Jika anda teliti pada penjelasan perawat dalam video ni , beliau kata rawatan yang dilakukan tertumpu pada pemulihan roh , bukan jasad.

Ternyata ,bila roh sihat ,jasad kita pun akan sama sihat. Maksudnya sihat Zahir dan batin.

So untuk proses menghubungkan roh dengan Allah dengan amalan asmaul husna yang seterusnya ialah :

Proses ke tiga : mensejahterakan roh.

Zikirnya : ya Salam ( Maha sejahtera )

Bicara hati : Allahhumma ya Salam, tiada yang dapat memberi kesejahteraan melainkan Mu, sejahterakanlah rohku sekiranya ia sakit.


Sumber : International University of Asmaul Husna/www.universityofasmaulhusna.com

Cara amalkannya sama saja seperti zikir yang sebelumnya. Cuma kalau anda ada tempat tempat yang sakit ditubuh badan , baca bicara hati atas tu , niatlah dengan yakin ,zikirlah ya Salam banyak banyak. Sambil tu gosok gosok tempat yang sakit .

Pengalaman Maq : pernah buat kat anak maq yang nombor 2 tempohari. Masa tu beliau mengadu sakit kepala tak kebah kebah biarpun dah makan ubat dan minum banyak air masak.

Maq cuba amalan Allahumma ya Salam ni sambil sapu minyak angin dikulit kepala beliau , zikir tanpa berhenti. Dan tak sampai 15 minit , anak cakap " mak dah ..kepalanya dah tak pening lagi "


Keesokkan harinya maq tanya lagi , sakit lagi ke kepala tu. Beliau cakap dah tak rasa apa apa sakit  pun. Kalau tak macam nak tercabut kepala sebab tahan sakit.

Alhamdulillah..


Walau bagaimanapun maq sempat pesan kat dia , Game Pubg tu kalau uninstall mungkin takkan kena sakit kepala macam tu lagi kot ,inshaallah..


Anak maq : 😁

Nasihat.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Waktu Cuti Panjang

Sebab Degil Dos Ubat Ditambah Lagi

Done booster ?

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Aturan Allah Sangat Indah

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam