Assalamualaikum.
Kalini maq nak kongsi satu lagi amalan yang mudah. Yang semua orang tahu tentangnya tapi tak semua orang tahu bagaimana nak praktik kannya. Mungkin juga ada dikalangan anda yang sudah tahu dan sudah pun mengamalkannya. Alhamdulillah , semoga istiqomah.
Entri ini akan ada sambungan demi sambungan sebab terlalu banyak manfaat bila kita hayati satu persatu Asmaul husna ini.
Okey untuk pertama kali nya maq akan kongsi bagaimana kita lalui kehidupan harian kita tanpa kita sedari bahawa dalam keadaan sihatnya tubuh badan kita , rupanya ROH kita mati. Atau roh kita tidur. Atau roh kita sedang sakit! Allah huakhbar. Patutlah bersungguh sungguh kita berusaha nak buat kebaikan namun hati kita kadang kadang seperti tidak selari dengan niat sebenar. Rupa rupanya roh kita sedang bermasalah.
Okey. Bagaimanakah proses menghidupkan dan membangkitkan roh kita bagi mewujudkan hubungannya dengan Allah ?
Proses pertama: proses menghidupkan roh.
Zikirnya : ya Muhyi ( Maha Menghidupkan )
Bicara hati ( doa ) : Allahhumma Ya Muhyi ,tiada yang dapat menghidupkan melainkan Mu. Hidupkanlah rohku sekiranya dia mati.
Sumber :
Prof Dr Wan Maseri Bt Wan Mohd.
Prof Dr Noorulhafidzah Zawawi.
International University of Asmaul Husna /www.universityofasmaulhusna.com
Cara amalannya : zikir ini dilakukan disetiap masa anda sedang berjaga. Tak kiralah ketika kerja, tonton tv, buai anak , memasak,menyapu atau aktiviti apa sekali pun , sebutlah Ya Muhyi banyak banyak. Kalau rajin lagi pegang tasbih ,itu lagi bagus ,tapi kalau tengah cuci pinggan mana boleh pegang tasbihkan ,makanya sebut je ya Muhyi sambil sesekali diniatkan lagi untuk hidupkan roh sekiranya dia mati.
SubhanAllah ,Cantiknya tasbih ni.. |
Semoga entri kalini dapat beri manfaat buat kita bersama. Nasihat maq ,jangan bertangguh nak buat baik , mulakan sekarang , sebab esok belum menjanjikan apa apa termasuklah pada degupan jantung kita. Wallahua'lam.
Bersambung....
Comments
Post a Comment