Skip to main content

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

 

Bismillah,

Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor.


Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu? 


Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan.


Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja.


Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live.


❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90


❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90


Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi. Sebab lauk lauknya semua sedap sedap.Lagi pun rasa seronok dapat support bumiputera berniaga.


Selain kedai makan,Owner ni ada juga usahakan homestay dibelakang kedai makan ini.Korang boleh cari maklumat semua pasal SRS ni di facebook dan di tiktok mereka.Search je Santai Rengit Station.



Bukti pembelian.Bawah ini antara yang sempat maq rakamkan.


Di tingkat atas merupakan tempat makan buffet tu,bawah pun ada tempat makan disediakan untuk mereka yang tak larat nak naik tangga atau mereka yang guna wheel chair.

Bersebelahannya adalah Ino Fresh Mart yang juga kepunyaan owner Santai Rengit Station.


Beliau kini ada 3 cawangan INO fresh mart di area Batu Pahat ini.Tahniah boss!


Nasi nya sikit je,lauknya kemain.Sebab 50 jenis lauk,semua kena nyamah sikit sikit. Alasannya semua nak dirasa.

Dalam mangkok tu keropok ikan untuk kami bertiga.Nak letak atas pinggan masing masing takut jatuh ditiup kipas angin.Maklom pinggannya dah dipenuhi lauk!


Ini lauk kat pinggan maq.

Ikan patin tempoyak.Ulam terung pipit,lagi satu tu terung apatah tu berbelang belang.

Lawannya dengan sambal belacan,urap kacang panjang,terung goreng belada,ayam masak paprik.

Mata jeling jeling jugak kat ikan masin yang disediakan,tapi maq sedar siapa diri ini,hahaha

Menunya kebanyakkanya lauk lauk kampung. Sedap!

 
Ada banyak kipas angin tersedia di sini tapi encik suami tetap berpeluh menikmati keenakkan masakan.


Air sejuk 2-3 jenis.Air panas 2 jenis,semua adalah termasuk dalam caj rm9.90 tersebut.Air mesin coway pun ada jugak.Nikmat apa lagi yang kau dustai ?


Undang undang makan buffet kat kedai ni,korang makanlah sebanyak mana nak makan tapi jangan sampai tak habis.

Jangan membazir.Kalau ada makanan yang dibazirkan ,kedai akan caj denda RM50.Jangan tanya kenapa?!


Dia ni orang ajak makan makan tapi dia tetap makan ikut limit perut dia.Makan sikit je dah kenyang.

Lepas makan di Santai Rengit Station,kami gerak pula ke Benut untuk selesaikan solat Zohor.


Kubahnya cantik tapi kenapa letaknya disitu?


Rumah Allah yang sangat indah.Takda penghawa dingin tapi kipas anginnya ada banyak dan berjenis jenis.Terbaik!


Pemandangan yang kurang indah.Kok ye pun nak berehat,baring lah kat belakang,saf depan tu bagilah dekat orang nak solat.Main fon lah,make up lah,tidurlah.

Maq nak je tegur mereka tu tapi nanti karang diaorang serik pulak nak ke masjid.


Mereka ni sekumpulan pelajar sekolah menengah.Mungkin ada aktiviti kat area situ kot.Nak berehat tu tak salah,tapi cara berehat tu yang tak sesuai.

Selesai solat dimasjid Benut,Encik suami bawa kami ke Bandar Pontian.Rasanya lama dah kami tak ke Pontian.Last pergi tahun 2021 kot kalau tak silaplah kan.







Tiap kali kesini ,kami memang suka melepak kat sini.Biarpun cuaca tengah panas berdenting tapi disebabkan pokok pokok ru yang merimbun, angin laut pulak bertiup kencang, suasana jadi sangat selesa dan damai.


Melepak sambil makan buah langsat.Melayan orang single ni menikmati panorama keindahan alam.


Tudungnya jadi haru biru ditiup angin.Kat area tebing tu kalau pakai rambut palsu,maq rasa confirm terbang.Kuat gila anginnya.





Sebelum gerak balik ke Batu Pahat,singgah pulak ke Masjid Pontian.Cantik masjid ni.Ruang solat wanita,tempat ambil whuduk dan tandas sangat memudahkan.Kebersihan pun tip top!


Depan masjid ni ada tapak pasar tani dan waktu maq sampai ada Event Jualan Citra Merdeka.Ramai vendor yang  berjualan.Memasing sibuk buat live di tiktok.Aida beli Jus buah buahan tiktoker Ammar .Sebab air durian belandanya memang super.100% fresh dan ditambah pulak dengan biji selasih. Surrrr!


Selesai tinjau event tu ,kami pun geraklah balik.Sampai Batu Pahat dah lewat senja.



Matahari pun dah nak ucap selamat tinggal kepada dunia.Dengan ucapannya,

"inshaallah esok kita jumpa lagi ye,byeeee.."


Alhamdulillah,Ini je kisah Maq bertiga jalan jalan semalam.Terima kasih Allah untuk semua nikmat dan rezeki yang diberikan.Terima kasih encik suami belanja kami❤


Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji Diuji Lagi

  Bismillah, Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan  tutup. Ini adalah bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam Tapi yang lebih membimbangkan warganegara Malaysia pada minggu ini terutama kepada sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit di tabung haji ) apabila semua urusan mereka telah tertangguh. Thijari tabung haji offline! klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Dah nak masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'. Kenyataan rasmi tentang apa yang berlaku telah pun dikeluarkan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka. Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang simpanan mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link berkaitan tabung haji telah 'offline'. - Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat. -Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat. - Ada yang nak teruskan urusan tawaran...

Tabung Haji Dah OK Ke Tu??

  Bismillah, Alhamdulillah harini semua urusan berkaitan dengan lembaga tabung haji telah mula kembali seperti sediakala. Maq pun tak pasti sama ada ianya dah pulih 100% atau berperingkat peringkat. Moga moga semua pendeposit berpuasati dengan tindakan menyeluruh dari pihak tabunghaji untuk keselamatan yang seterusnya. Dibawah ni,maq ada copy and paste makluman dari page tabung haji di laman sosial facebook mereka. So korang nanti tak payah nak penatkan jari nak belari masuk link facebook tabung haji tu lagi. Musim jerebu macam sekarang ni semuanya nampak samar samar,itu amat membahayakan. Eh! tiber 😂 ======================================== Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan perkhidmatan utama telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan. Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH. Bagi sebarang...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi." Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Cerita Global Terkini

  Bismillah, LAPORAN PALING TERKINI 12 Oktober 2026 Rantau Timur Tengah berdepan risiko gangguan digital besar-besaran selepas Iran mengeluarkan amaran keras untuk memutuskan rangkaian kabel internet bawah laut sekiranya AS dan Israel melancarkan semula serangan atau memperluaskan konflik di rantau berkenaan. Amaran itu disuarakan secara rasmi oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mohsen Rezaei, dalam satu wawancara televisyen terbaharu hari ini. Menurut Rezaei, strategi pertahanan Iran kini telah beralih kepada pelan yang jauh lebih luas dan menyeluruh, tidak lagi hanya tertumpu kepada sasaran ketenteraan konvensional. "Jika satu lagi peperangan tercetus, banyak kabel, pusat data, kemudahan kecerdasan buatan (AI), dan tapak-tapak lain di rantau ini akan musnah," tegas beliau. Beliau turut menambah bahawa kemudahan penderia pintar milik AS di sekitar Teluk juga berada dalam radar sasaran mereka. Kenyataan agresif ini dilaporkan oleh agensi berita rasmi Ira...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos, melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe jangan percaya! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut taufan pun ada. Macam macam jenis nasi ada.  Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.K...

Done booster ?

  Assalamualaikum. haaa..done booster 6/1/2022 kat Bp Mall .So apa cerita ? Jom throw back kisah silam itu hehehe padahal baru seminggu lepas . Temujanji maq pukul 6 petang, Temujanji encik suami pukul 11.30 pagi. Kalau encik suami disuntik dulu lepas tu tangannya sakit ,siapa nak hantar maq petangnya ? Dan satu dunia tahu ,maq tak reti drive. Solusi : maq pergi je awal ,sama dengan waktu temujanji encik suami. Semasa dalam perjalanan nak ke bp Mall, maq dah doa banyak banyak supaya tak kena halau dengan petugas kat PPV tu sebab datang lebih awal dari waktu yang diberi. Alasan maq : petang nanti takda sapa nak hantar saya..encikk.. OK ! alasan diterima. Terus dapat nombor giliran. Encik suami pula yang tertinggal kat belakang ,dia dapat nombor 1334. Puncanya mysejahtera dia loading macam siput. Lainkali gunalah umobile,barulah line laju macam kuda! 🤭 06/01/2022 - semua warganegara sahaja yang ambil vaksin booster pada hari tersebut.   Okey jugak sebab sebelum ni ada informer ...