Skip to main content

Perawat bagi sakit sakit di anggota badan


Assalamualaikum.


Sekarang bila sebut pasal sakit sakit badan, bukan je orang tua , orang muda macam maq pun senang juga sakit. Eh , contoh tu salah la pulak. Orang muda macam anak anak maq tu haa , kerap juga mengadu sakit sakit badan.

Kalau anak maq  yang form 5 tu selalu mengadu sakit kat bahu , pinggang , tulang belakang. Kadang jari jemari  dan juga betis.  Yelah orang tengah pulun nak mengadap SPM hujung tahun ni kan , kerjarumah sentiasa ada. Kadang tidur pun atas buku buku. Nak buat macamana , dah semua calon SPM memang  kena kerja keras . Bukan lama sangat pun , tinggal beberapa bulan je lagi. Lepastu nanti dah lain pulak kisahnya .


Kalau anak nombor dua tu. Setahun dah jadi nurse peribadi , macam macam saiz pesakit dia dah jaga , balik kerja selalu mengadu sakit bahu dan lenguh tangan. Biasanya maq urut sesikit diaorang ni. Urut semata mata nak beri kelegaan je.

Bagaimana kalau maq yang sakit otot badan? Biasa lengan dan pinggang maq je yang sakit.


Kalau pergi ke klinik Iwani , doktor tau dah 3 jenis ubat yang maq perlukan. Apa dia?




- ubat lembut urat
- ubat tahan sakit
- ubat sapu

Tak pernah pun dapat ubat lain.  Biasa kalau sakit lebih 3/4 hari dan takda tanda tanda nak pulih , barulah maq ke klinik. Doktor pesan , kalau sakit badan sampai membengkak tempat yang sakit , jangan urut , makan dulu ubat lembut urat .

Pengalaman maq , pernah cuma sebab salah posisi tidur , maq terpaksa diberi suntikan kerana maq urut bahagian sakit terlebih dulu dan kesannya ianya membengkak dan semakin sakit..

Maq serasi dengan krim dalam gambar atas tu. (Flanil). Memang mujarab ! Lenguh lenguh kat  betis pun cepat sembuh.  Kalau nak tahu keberkesananya, belilah satu. Jenis yang aktif sesuai simpan buat legakan  otot.

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa