Assalamua'laikum.
7Julai lalu , anak anak dan encik suami bawa maq ke sini sempena birthday maq. Di De Lynn Bistro.
Alamat De Lynn Bistro |
Ini pertama kali maq ke sini. Tempat yang agak menarik untuk meraikan apa jua event. Suasana selesa dan ceria. Menu barat , timur dan selatan ,semua ada hehe. Tapi pada malam tu kami nak makan shellout je sebab dah lama jugak kami tak makan makanan laut selain ikan. Sebab masing masing nak jaga kesihatan maq yang kononnya suspek kolestrol tinggi, padahal okey jek kolestrol maq tu. Hasil ujian darah yang kedua telah beri jawapan yang mana tahap kolestrol maq dalam keadaan elok elok saje , Alhamdulillah..
Eh terlajak cerita pulak hehe.
Pasal De Lynn ni , owner dia orang muda belia ( melayu dan muslim ) . Pekerja pun terdiri dari muda mudi yang elok je penampilannya. Maq suka! Makanan pula memang sedap. Air pun sedap . Dan bagi mereka yang ada di daerah Batu Pahat dan dikawasan kawasan yang sewaktu dengannya ,boleh la try ke sini.
Setiap meja ada hiasan dikerusi atau dinding |
Sisha pun adaa.. |
Orang kiri tu yang perkenalkan kedai ni kat maq |
Allah huakhbar .. Over acting nampakkk.. |
Air minumannya semua sedap sedap belaka |
Shellout yang berpinggan,bukan yang longgok² atas meja tu |
Menu shellout yang tersedia. Rasa memang puasati. Ketam je kecik kikiki..maq is jujur 😂. Carilah page De Lynn bistro kat facebook untuk keterangan lebih lanjut. |
Apa pun terima kasih kepada insan yang dah belanja maq makan disini sempena tarikh hari lahir kali ini. Kalau panjang umur , tahun depan belanjalah lagi 😘. Semoga Allah luaskan lagi pintu rezeki anda..
Comments
Post a Comment