![]() |
| IPU Negeri Johor |
Bismillah,
Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie.Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi.
Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadirkan undangan majlis orang raikan anak mereka jadi raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat sampai harini ( 5hb September).
Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur!
Nasi pulak di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung,nasi hujan panas ,hujan ributlah.Macam macam ado.Semua itu rezeki.
Dalam sehari ada sampai 3/4 rumah yang nak kena pergi.Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Last² balik rumah tekak jadi loya sebab semua rempah ratus dan manis manisan tu sedang rancak berperang dalam usus perut.Maklom sistem badan orang lama memang dah tak lasak.Makan sikit meragam,makan banyak pun meragam.
Goodies yang dapat tu ,macam dah boleh bukak kedai cenderamata.Macam macam pattern ada.Masyaallah,meriah sungguh!
Alhamdulillah,biarpun ekonomi negara sekarang ini agak keras,namun majlis majlis kahwin yang berlangsung diseluruh negara tetap meriah & sempurna.Takda pun cacat celanya.
Cakaplah harga barang naik ke,minyak naik ke,bil elektik naik ke,no way! Majlis tetap kena grand!Orang katering ,mak andam ,dj, kumpulan kompang tetap masyuk.
Haaa buat majlis kahwin pun bukannya hari hari,ye tak?So buat lah majlis seperti mana yang pengantin tu nak.Yang penting jangan menanggung hutang sampai ke mati.
Satu hal yang lebih menakutkan sejak kebelakangan ini dinegara kita.Ada satu penyakit yang menular dikalangan ibu ibu yang dah level wargaemas.
Pertanyaannya simple je,kenapa ek nak jatuh cinta dengan love scammer yang diri sendiri pun tak kenal? Bukan saja diberi jiwa dan raga, malahan habis wang simpanan ,harta benda diberi kepada love scammer kesayangan itu.
Umur 60an ~ 70an tu sebenarnya masa extra yang Allah beri untuk berusaha menyintai Nya,bukan menyintai your love scammer tu.
Maq kadang pelik,umur dah 70an pun masih boleh percaya bahawa ada jejaka tampan yang menyintai?Tak kenal pun siapa!
Allahhu...Istighfar bebanyak kakkk..Suami sendiri kadang² tu tengok pun jiwanya sendu ,apatah lagi orang lain yang tengok?Wajib sedar diri!
Moga kita & ahli keluarga kita dijauhkan dari perkara perkara keji dan mungkar.Korang yang emak ayahnya yang pandai main fon tu, jagalah elok elok.Jangan sampai mereka pulak jadi mangsa.❤


Comments
Post a Comment