Assalamualaikum.
Lama tak kongsi cerita pasal Baby A. M.Siapa baby A. M?Pastinya Ainul Mardhiah, cucu pertama maq tu.
Pejam celik pejam celik, sekarang Ainul dah berusia 2 tahun setengah. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah sudah semakin cerdik sekarang ni.
Biarpun dah lebih setahun dia telah dijaga oleh mamanya sepenuh masa, namun bila mama ada urusan yang terpaksa tinggalkan Ainul dengan tokmaknya,Ainul tak meragam pun.Malah dia pernah pesan kat maq,
" kejap eah tok, mama kua jap, atok wait eah.. "
Haish..tak tau la siapa yang jaga siapa sekarang ni. Tapi Alhamdulillah,Ainul budak yang mudah dididik.Insyaallah.
Nak lihat telatah alainul Mardhiah diusia 2 tahun ni? Bawah ada beberapa gambar terbaru beliau.
Antara reaksi wajahnya bila ajak selfie.Dah reti malu tengok muka sendiri kat skrin fon.Tapi bila ajak bergambar di tempat yang dia seronok tu,kemain lagi dia beraksiiiii...
Kemain lagi dia bergaya. Suka meniru gelagat orang di sekeliling.
Gambar atas ni ketika Ainul pergi ke Tanjung Emas,Muar bersama Mama Papanya. Sekarang Tanjung Emas ni dah jadi macam icity versi Muar. Bila waktu malam, meriah gitu.
Dulukan maq pernah jugak risaukan pasal Ainul. Sebabnya dia ada tabiat suka memuting. Setiap bulan papa kena sediakan 2/3 set puting.
Alhamdulillah, tabiat tu dah 2 minggu menghilang.Ainul sendiri yang taknak ,begitulah kata mamanya.
Berpunca dari lepas minum susu tetiba Ainul termuntah dan mamanya biarkan je puting tu kotor dengan muntah susu.
Ainul seorang yang penggeli, bila tengok putingnya kotor dengan muntah,akhirnya dia terus taknak memuting lagi.
Alhamdulillah dengan izin Allah semua ini berlaku.Now maq dah tak perlu nak risau lagi.
Cuma kadang kadang air liur dia akan meleleh bila dia leka buat sesuatu aktiviti. Orang jawa panggil " ngences " hehehe
Bawah : Video Atok bersembang dengan cucunya.Asalnya kamera fon tu terlindung dalam longgokan permainan tapi hujung hujung Ainul nampak jugak.
Tok mak dah tak sabar nak tunggu Ainul bercakap dengan jelas. Tok mak nak ajar Ainul baca iqra' kemudian nak ajar baca surah Al Fatihah. Insyaallah kalau umur tokmak ni panjang.






Rupa Ainul itu ada iras rupa anak saudara saya Auliya.
ReplyDeleteGebu pipi.
NA, Alhamdulillah, kuat minum susu ainul ni, tu yang pipi gebu gitu
ReplyDeletecomelnya cucu tokmaa:) saya jalan follow sini
ReplyDeletehttps://sayesyadiya.blogspot.com/2020/09/feelingirldress-serve-best-outfit.html
Alahai cucu nenek
ReplyDeleteSyadiya : tq sudi datang ,komen dan follow blog maq.
ReplyDeleteWP, cucu yang seorang.
ReplyDeletealahai comelnya dia, pandai dia berselfie... cheeky sangatlah, patut neneknya suka jaga
ReplyDeleteDana,cucu baru sorang, buat kawan sembang je sekarang ni
ReplyDelete