Skip to main content

Cikgu Masih Jadi Lilin?


Assalamualaikum.

Tajuk entri dah jadi soalan. Nampak sangat maq dah kehabisan idea nak cari tajuk ,kan? Takpalah asalkan entri ada tajuk.



Cikgu !

Siapa yang mula mula ajar kita ucap selamat pagi cikgu ? Kalau bagi diri maq , pastinya cikgu maq la. Cikgu darjah satu ,sebab maq tak pergi sekolah tadika . Dan masa dirumah , ibu abah tak pernah pun nak ucap selamat pagi pun kat kami adik beradik jadi maq tak pernah pun ucap " selamat pagi  " kat ibu abah , apatah lagi nak ucap selamat pagi cikgu. Memang takda ..

Ibu bapa dulu dulu tegas. Takda nak bermanja manja dengan anak. Semua straight to the point. Gurau gurau pun sekali sekala jek.. Tapi dengan orang keliling ramah sakan. Semua ditegur ,semua disapa bila bertembung. Itu mungkin pengalaman maq ,mungkin ibubapa orang lain tak macam tu kot.

Cikgu sekarang dah tak jadi lilin yang membakar diri lagi kah?

Allah huakhbar ... Payah soalan ni sebenarnya. Banyak alasan yang kita boleh dapat bila nak sebut pasal cikgu sekarang berbanding cikgu zaman dulu.

Ye betul, cikgu dulu dulu memang baik, memang berdidikasi ,penyabar dan kadang dah serupa emak bapak kita 'caringnya' mereka tu kat anak murid.

Tapi kita lihatlah murid muridnya macamana. Dulu kehidupan murid tak sama seperti murid sekarang yang serba serbi didepan mata. Sekarang nak apa je semua dihujung jari. Murid dulu ,nak beli buku pun kena kerja lepas balik sekolah atau pun bila hari cuti , kumpul duit ,dah cukup baru lah dapat buku yang dihajatkan. Bukan saja buku ,baju sekolah ,beg sekolah ,peralatan sekolah, semuanya susah nak berganti baru setiap tahun. Selagi boleh guna ,mereka akan guna sampai dah tak boleh guna lagi atau hilang.

Murid sekarang? Tak payah cakap banyak ,tengok je anak kita. Maq tengok si bongsu maq ini pun kadang maq pelik, nak pergi sekolah dah serupa nak pergi kerja. Siap bersembur minyak wangi , siap berlosyen bagai. Baju /kain tudung jangan cakaplah tak pernah renyuk. Hari hari digosok licin ! Tu baru penampilan je. Belum peralatan tulis dia. Ballpen berjenis jenis , yang mata halus ,mata besar. Correction tape pun berjenis jenis, mesin pengira nak yang terkini  dan tercanggih. Alasannya nanti tak sama dengan kawan kawan.

Itu belum sentuh bab duit belanja. Belum sentuh bab bergaul dengan kawan kawan disekolah. Tempat nak melepak pun taknak kalah, mcD ! Lezzo ! Kfc ! Takdanya kedai cendol bawah pokok ceri macam emak dia buat dulu dulu. Huh !

Makanya ,bila dah terbiasa hidup senang,mewah ,budak budak ini akan terbiasa dengan sikap manja dan bangga! Bila bangga ,akan timbul perangai keras hati dan senang memberontak atau simpan dendam. Senang kata, jiwa mereka  senang kearah sikap sikap negatif !

Bapak aku sendiri  tak marah , cikgu nak bising bising apa hal?

Emak aku tak pernah  pukul , cikgu nak sentuh aku pasal apa?

Bapak ,emak ! 2 hamba Allah ini sering dijadikan bandingan dengan cikgu disekolah. Padahal yang lebih  pengaruh mereka ialah kawan kawan . Orang tua mereka cuma bertungkus lumur keluar pagi balik senja mencari rezeki halal untuk mereka. Jumpa anak anak hanya sebelah malam, itu pun dalam keadaan semua orang sudah letih sebab aktiviti siang hari. Itulah kejadiannya bila anak mengadu pasal cikgu kat sekolah dah buat itu ini kat dia , emak ayah terus naik angin ! Orang penat dibagi lagi tekanan ,manalah tak meletop!

Dapat jenis ibu bapa yang panjang akal ,mungkin mereka akan rujuk pada cikgu terlibat, tapi jenis suka viral ,mereka cuma berani kecam cikgu bersama sama dengan kawan kawan siber mereka dialam maya sahaja. Bila kes kecil dah viral. Semua yang bernama " cikgu " akan terbabit. Terus cikgu kena soal siasat ,kena reman,kena itu ini, last last murid lain pulak dah terabai sebab cikgu kena tahan sebab jadi kes polis. Kelas takda siapa nak ganti.

Jadi , bila ditanya lagi ,perlukan cikgu sekarang jadi lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain ? Jawapan maq :

Tak perlu ! Cikgu buat kerja sebagai pengajar sahaja ,lilin tu biar emak bapak mereka beli ! Hehehe


- You ingat senang ke jadi cikgu sekarang? Haa tengok tu cikgu Ainul Mardhiah, terkejut terkejut dia bila memanda buku latihan murid murid dia. Apataknya , semua jawapan yang dibagi pelik pelik ,yang dia sendiri pun belum belajar lagi. Ehh ! Ehh !



Pesan tok mak : sudah lah cu , dah besar nanti jadi je cikgu kelas menjahit ,  macam cikgu Manisah tu. Mesin jahit kalau tak cukup  boleh mintak kat bapak sendiri . Walaupun bapak haji bakhil pun haji bakhil lah .. Gerenti dapat punya😂


Comments

Popular posts from this blog

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ini meja kami. Masa ni baru sampai dalam 20 minit. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM...

Rindu itu percuma tapi berharga

 Assalamualaikum.  Pagi Jumaat, menyelusuri laman telegram, Allah jumpakan maq dengan gambar dibawah ni.  Tiba tiba tertanya sendiri. Kebaikan apakah yang aku dah buat terhadap kedua orang tua aku selama ini???  Diganti dengan nyawa sekalipun, belum tentu mampu terbalas lagi semua jasa mereka.  Terima kasih Allah kerana datangkan aku dari kasih sayang mereka berdua.  Tiba tiba datangnya rindu, bibir tak mampu berkata tapi hati meronta.  Tuhan... Jagakan tolong mereka .. 😢 Ku haramkan api neraka menyentuh kalian berdua...  Dari anak sulong emak abah ❤

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham y...

Sambal goreng versi Maq

 Assalamualaikum.  Sejak berkahwin dengan orang jawa, maq dah mula jatuh cinta dengan satu masakan jawa ni. Ia adalah sambal goreng. Ibu mertua maq masak memang sedap. Lagi satu yang buat masakan tu special pada selera maq ialah, dalam satu lauk, ia ada macam macam bahan. Antaranya,  Hati lembu,  Paru lembu,  Perut lembu ( babat)  Kentang goreng,  Tempeh goreng,  Tauhu goreng,  Soon goreng,  Tauhu kering,  Daging goreng,  Kacang panjang,  Lobak merah,  Sambal tumis,  Santan pekat, Udang goreng ⅓ masak, Nah, banyakkan?  Cara masaknya,  Goreng semua bahan kecuali bahan untuk sambal dan tauhu kering. Buat sambal tumis seperti biasa, nak pedas letaklah cili lebih, nak pedas dan manis ,letaklah gula dan cili lebih.  Bila sambal tumis dah siap masak, nak buat apa? Meh tonton video ni,  Tu video asalnya maq rakam untuk rujukan  anak anak maq memasak. Terutama Ety ( anak maq nombor 2 ) beliaulah ...

Telaga wakaf Adam Danish

  Assalamualaikum. Hampir 4 bulan kami kehilangan Adam Danish. Anak saudara maq yang dah pergi lebih awal dari kami untuk menemui penciptanya. Al Fatihah... Gambar sekadar hiasan. Selepas beberapa minggu arwah pergi, ibu Adam berhasrat untuk manfaatkan wang simpanan arwah yang terkumpul di bank. Selain berinfaq atas nama arwah , buat umrah badal untuk arwah bapa saudara ,ibu Adam ada plan satu lagi cabang infaq jariah,iaitu buat perigi dikawasan terpencil di negara Kemboja. Sebuah negara islam termiskin di asia tenggara.  Aktiviti berjalan pada bulan 12/2021.Program tu dinamakan telaga wakaf. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Hajat ibu Adam telah pun terlaksana dengan izin dari Nya. Alhamdulillah. Semoga perigi yang diinfaq atas nama keluarga dan atas nama Adam Danish,Allah beri ganjaran pahala yang berpanjangan sampai bila bila dan memberi manfaat kepada penghuni rumah dan pendudul disekitar kawasan disitu.I nshaallah, aamiin... Al Fatihah  Buat Adam Danish...?...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Pasartani Jalan Omar, Batu Pahat

Assalamualaikum. Khamis.  Dan hari ini ada pasar tani di Jalan Omar, Batu Pahat. Kali ini maq pergi bukan dengan encik suami, tapi dengan along,  ainul dan aida. A4 ( ani, along, ainul, aida)  okay dah boleh guna untuk photo state . **tetiba A4 pulak!  😂 Apa ada dipasar tani?  Hasil jualan dari petani petani diseluruh Batu  Pahat  ada dijual disini. Sayuran, ayam, ikan, daging, kuih muih, bahan bahan memasak, kain baju,buku agama dan ada macam macam.  Harga mampu milik punya, usah gusar dan ragu. Nasi kerabu ayam rm 5.50 sebekas. Sedap sangat!  Kurma, sekilo rm 24.00, ini petani arab yang tanam, Tapi petani Batu Pahat tukang jualkan. Buah bidara, sekilo rm 14.00. Sedap sebab manis rasanya.  Roti keluaran  bumiputera,beli  3paket rm 10. Dapat free gift roti kecil.Terbaik.  Harini maq cari nenas untuk majlis hari Sabtu nanti, risau jugak takda jual. Maklom musim banjir ni,  ban...