Bantuan Sara Hidup




Assalamualaikum.

Gambar sekadar hiasan.


BSH menggantikan BRIM?


Ya semua orang sudah tahu tentang penukaran ini. Biarpun kerajaan sekarang masih baru  namun banyak usaha usaha kerajaan lama ,masih dikekalkan ,walaupun ada sedikit perubahan belaku tetapi ianya masih ada ruang untuk rakyat golongan sederhana dan rendah ini.


Ibu mertua maq call dari kampung.


Beliau bertanyakan tentang BSH . Sebelum ini, setiap tahun BRIM yang beliau dapat ,akan dikemaskini kan oleh anak anak maq. 


Adapun untuk tahun 2019 ini , mereka dah tak dapat nak updatekan untuk Atoknya lagi ,kerana telah diberitahu bahawa :


- setiap wargaemas yang melebihi umur 60 tahun , berstatus ibu tunggal ,mereka tidak perlu kemaskinikan maklumat peribadi mereka lagi. Maklumat lama masih boleh diguna pakai .


- jika surirumah yang tidak punya akaun mana mana bank , pihak BSH akan daftarkan mereka ke Bank Simpanan Nasional (BSN). So , para isteri tak perlu " buat buku " dibank lain . BSN akan daftarkan anda dibanknya.


- BSH lebih kepada membantu surirumah. Inilah sasaran kerajaan sekarang. Nak bantu warganegara yang dah banyak menabur bakti dalam keluarga. Iaitu puan isteri !


- satu badan khas yang dilantik akan menguruskan semua pendaftaran terkini BSH di lokasi yang telah ditetapkan . Anda tak perlu pergi kepejabat hasil dalam negeri kerana mereka tidak menguruskan aktiviti pendaftaran tersebut. Cuma notis pemberitahuan je yang ada di dinding dinding dan pintu masuk pejabat.


Sikit atau banyak ,yang layak dapat berhak untuk dapat. Itu rezeki mereka . 


Apa pun sebagai warganegara, bersyukurlah kalau anda salah seorang warganegara yang layak. Tak semua orang layak tau . 


Terima kasih untuk keperihatinan dari pihak yang bertanggungjawab. Apa pun , tarikh daftar akan nak tamat tempoh tak lama lagi. Yang belum kemaskini , sila lakukannya ya. Kalau tak silap maq tarikh akhir ialah pada 15 March 2019 ini.Inshaallah...



Maq :  Saja nak beritahu*

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Berkorban Apa Sahaja

Himpunan Doa Arafah 2025

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Santai Petang Di Kuala Lumpur

Jangan tunggu lama lama