Sembang kejap pasal anak Maq.
 |
Ety , anak perempuan maq nombor 2. Umur dah nak masuk 24tahun. Dah mula kalut takut takut lambat kahwin...
Lagi buat dia sedih ,lepas habis belajar di Kolej Kejururawatan ,Kuantan tahun lepas ( 2018 ) ety belum lagi dipanggil untuk 'posting' kemana mana lokasi.
Bulan puasa ni cukup setahun ety menunggu. Mujur sekarang ni ety ada buat kerja sambilan di Home Care . Bertugas sebagai jururawat persendirian. Dapatlah dia duit kocek nak buat beli make up , lens ,baju ,kasut ..almaklom perempuannnnn...
|
 |
Ety beritahu maq " mak jangan risau , pelajar yang kemasukannya sebelum ety tu ( batch januari 2015) pun masih ada yang belum dapat panggil lagi, apatah lagi batch julai 2015 macam ety ni" ..
Maq tanya kenapa lambat dipanggil sebab sebelum sebelum ni , pelajar under KKM ,lepas konvokesyen 3/4bulan dah dipanggil posting mana mana kawasan.
Kata ety : antara sebabnya ialah bila ramai makcik makcik misi yang melanjutkan tugasan mereka sampai ke umur 60tahun . So takda jawatan kosong untuk pelatih pelatih baru macam kami.
Mereka banyak pengalaman sebab tu kementerian sayang nak lepaskan. Padahal bila dah umur 55 tahun tu dah sedang eloklah lupakan sekejap hal dunia , fokus lah pada alam akan datang.
Buatla amalan banyak banyak ke , rehat dengan anak cucu ke , tambah ilmu akhirat ke, kalau nak kerja sampai 60 tahun ,memang tak sempat lah nak buat semua tu.
Dan yang jadi mangsanya kami lah, belajar 3 tahun ,habis belajar tak dapat nak cari pengalaman. Duduk menggangur , takut nanti dah lama sangat tak pegang pesakit ,jadi kekok pulak..
*Ety meluahkan*
Maq sebagai ibu hanya mampu doakan supaya ety cepat dapat panggilan posting tu. Dapat kawasan kerja yang baik , kawan yang baik , dan dapat buat kerja dengan baik.
Setiap orang Allah dah tentukan cabang rezeki masing masing ,satu hari nanti inshaallah ety akan dipanggil juga untuk berkhidmat demi negara..sabarlah. |
Comments
Post a Comment