Skip to main content

Bagaimana kalau hari ini adalah hari terakhir bagi aku?


Assalamualaikum.

Maq pernah terbaca pada satu kenyataan. Kalau nak tengok kebaikan sesaorang tu, lihatlah pada kehadiran orang lain pada hari terakhir beliau didunia. Maknanya jumlah tetamu yang datang ziarah pada hari kematian kita.

Terpegun maq petang semalam bila tonton live sebuah page di facebook dimana pengkebumian awrah Abam Bocey berlangsung.

SubhanAllah...

Semua golongan manusia dari berbagai latar belakang hidup ada menemani jenazah dari pagi hinggalah ke proses pengkebumian selesai. Allahhuakhbar.. Allah bayar cash.

Walaupun kesedihan itu ada tapi rasa syukur tetap memanjat minda. Anak yang baik terhadap keluarga terutama ibu, inilah balasan Allah untuknya. Allahhu..

Hati perempuan maq terus jadi sayu*

Sejak kahwin, maq belum pernah berkesempatan jaga ibu abah. Sampai ke harini kami masih terpisah atas sebab komitmen masing masing.

Maq masih tak mampu lagi nak hulur duit belanja ratusan ringgit kat mereka. Maq sendiri pun hidup ditanggung oleh suami.

Pernah bersuara kat ibu terus terang yang maq tak mampu nak bahagiakan ibu dan ayah dengan kemewahan dunia.Tapi kata ibu,

"takpa. Ani doakan je kami ni sihat, dapat cari rezeki halal untuk bantu ramai orang. Cukuplah tu.. "

*terharu..

Kadang bila balik kampung, maq pejamkan je mata untuk hulur mana yang termampu. Bagi maq, duit boleh cari, tapi ibubapa maq cuma mereka berdua.

Kadang ibu tolak pemberian anak sulong mereka ni tapi maq cakap, dalam rezeki kita kan ada rezeki untuk orang lain. Ni Ani kongsi rezeki Ani dengan maq. Tak banyak tapi buat beli jajan boleh lah.. Hehehe nak tak nak akhirnya ibu  terima.

Seperti apa yang ibu maq minta, " doakan je untuk kesihatan kami" - ofcouse itu lah pemintaan ibu yang paling mampu dilakukan setakat ini.

Tapi malam tadi,  masa nak mulakan lena. Selepas memaafkan semua orang, maq tiba tiba terfikir.

"Andai hari ini hari terakhir bagi aku,  siapa pulak akan doakan untuk kesihatan ibu dan abah aku nanti?"


*basah bantal dengan air mata.. 


Sebab tu maq nak maq selalu sihat walafiat. Sampai masanya nanti pasti maq dapat jaga ibu dan abah juga. Sebab maq dah berhutang banyak masa dengan mereka. Sibuk dengan mengurus rumahtangga dan keluarga kecil kami.

Tolong  Maafkan Anakmu ini.. 😢


Nota maq : Allah,aku redha dengan setiap agenda Mu untuk aku. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki hingga kehari ini. Terima kasih Tuhan. ❤

Comments

  1. Moga kita mati dalam khusnul khatimah

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dapat berbakti kepada ibu bapa kita sehingga ke hujung nyawa mereka. aamiin

    ReplyDelete
  3. itu yg diimpikan.. semoga kita semua menjadi calon syurga

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa