Skip to main content

Produk Saji


Assalamualaikum.

Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir.



Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota Tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya..

Sebenarnya memanglah nama kota tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi.



Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni.





Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu.



Dan pagi ni langit Batu Pahat masih kelabu biarpun mentari pagi ada juga beri senyumannya sekejap tadi. Dan kipas angin dirumah maq dah switch off sejak sebelum subuh lagi.  Sejuknya seperti di Korea.

Hmmmm.. ❤❤❤❤ saranghea 😍


Eh terlajak pulak jari ini menaip. Sebetulnya maq nak beritahu bahawa syarikat Saji ada hasilkan mayonis  keluaran mereka.   Dan produk ini telah pun bertukar kepada pek baru. Selain mencari minyak masak ,susu pekat manis dan susu cair produk Saji dipasaraya , kita cari juga mayonis.

Musim hujan perut mudah terasa lapar,  sediakan roti ,telur,  mayonis, dan sos sebagai stock " bila perlu". Insyaallah  cepat kenyang. 

Apa pun yang belaku dinegari Johor sekarang ini, membeli produk muslim masih menjadi amalan maq sekeluarga. Beli keluaran yang halal tak perlu bermusim seperti musim tengkujuh. Kerana mencari yang halal itu fardhu.


Tulisan FGV dikertas label itu tandanya mayonis ini hasil keluaran muslim dan bumiputera. Alhamdulillah..



Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Dos Bertambah Sebab Degil

Kita Hanya Seorang Hamba

Daging Korban Nak Masak Apa?

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Muslim Malaysia Beruntung

Pesanan untuk anak perempuan

Resepi Samperit Klasik